semalam yang mamun

khamis 7.7.11


ada ke perkataan mamun? takde kot dlm kamus bahasa
tu bahasa aku. aku suka guna perkataan tu tapi suku sakat aku je la yg paham maknanya
mengikut maksud aku mamun = bengong = ting tong (lebih kurang la)
tapi kalau nak sebut semalam yg bengong macam agak keterlaluan bunyiknya.

tersebutlah kisah smlm nak dekat time lunch bos aku kol. nak buat miting tergempar katanya. dah lama jugaklah tak jumpa dia sbb dia pon sibuk ke sana ke mari. yg terlibatnya, aku dan ada lagi a few makhluk yg handle satu projek ni. yg peliknya aku takde kaitan pun ngn makhluk 3 org ni tp kenapa aku terlibat sama? pastu... stat la miting...bla bla.. bla..bla. habis je miting, ting tong, aku stat la mamun. sebab utama yg aku dapat kenal pasti adalah aku kena in charge kije 3 makhluk tuhan yg mana sblm ni aku tatau langsung ape bendanya yg diorg buat. dah la kije sedia ada pun tak larat nak buat, tambah lagi satu pasni. aku try jugaklah explain kat bos aku kondisi aku yg aku rasa dia pun memang dah tau tapi cuma kluar ayat penyedap hati berbunyik "ala, awk monitor je, kije still diorg yg buat"
yelah, betul la tu bos. tp pada aku kalu dah nama IN CHARGE, sure punya sume benda ko kena amik tau.

petang lepas lunch, panggil makhluk 3 org ni diskus la ape2 yg patut. lama la jugak yg pasti aku cuma dengar je, tak banyak bunyik. aku pulak posa ganti tak abis2 lagi, otak aku letih nak pikir banyak2. pastu sambung lagi buat kije. tengok luar cuaca gelap, mendung semacam. pastu terus la amik air semayang, semayang. pastu tengok jam. haaaa... aku semayang asar pukul 4? haha gelak sendiri dlm hati. tu la jadinya, tangan buat benda lain tapi otak ntah ke mana2. aku ingat habis kat situ je mamun ku. rupenya bersambung2. balik kije sampai tol cam biasa aku kluar kan kad touch n go tapi tak perasan termasuk lorong tunai. pastu leret2 dua tiga kali tak bunyik tapi palang tu memang dah ternaik so aku pun jalan je. sampai tol satu lagi sah2 kantoi di situ. berintekom tak pasal aku ngn org kije tol tu. lepas tu nak tak nak kena pegi customer service kena isi refund form, dah la lama. sampai kan kat belakang que sket punya panjang. minah belakang aku dah jeling2..err aku mampu senyum2 sumbing je. kalu tak buat camtu kad takleh guna. haish.. punya la nak cepat, lambat jugak jadinya.

sampai umah dah pukul 6 lebih. dalam hati berkira2, sempat ke tidak nak masak ni? tapi mujur lah lauk dah defrost. kung kang kung kang masak la ape yg patut. elok dengar azan maghrib setel masak sume. alhamdullilah, lepas makan barulah mamun tu hilang..hahaha


0 comments: