jejak kasih???

selama 9 tahun kawen aku cuma tau yang arwah pak mentua penah berkahwin lain. tu saje.
dan aku tak penah nak tanya lanjut ngan sape kah gerangannya, bile kawen nya, dok mana orangnye etc etc..
sebabnya dulu memang aku beriya-iya nak tau. tapi bila aku tanya takde sape nak buka mulut bercerita.
yang aku tau dia dibesarkan oleh mak nye sendirian.
dan dia penah bagitau aku yang dia hanya penah bersua muka dengan arwah ayahnya sekali sahaja, iaitu masa menghadiri pengkebumian arwah yang mana masa tu dia kecik lagi (yang mana dia pon tak sure bape thn umur dia masa tu)
hairannya, setelah 35 tahun dia hidup atas muka bumi ni, kenapa baru sekarang ada hamba-hamba Allah ini yang muncul lantas mengaku dia lah ibu tiri dan adik-adik tiri padanya?
eh silap, adik kandung la kan sebab sama ayah?
kenapa baru sekarang sebok-sebok nak suh dia carik dan add kat fb bagai?
nape sebelum-sebelum ni tak teringat langsung mereka ini kat dia dan emaknya yang juga punya hak yang sama cam korang?
nape selama ni takde pon usaha nak carik meka berdua, yelah dah korang kan berbin dan berbintikan ayah yang sama?
eh eh, aku pulak yang over kan. tak baik ko senah. mana la kita tau kan, mungkin selama ni dorang ada mencari tapi atas sebab-sebab dan ada halangan tertentu yang mana dah ditakdirkan baru sekarang terjumpa. elok gak dipertemukan sekarang kan dari tak tau langsung. mana tau besok-besok anak-anak dah besor, terjumpa tak kenal lalu "ter" becinta pulak, tak ke naya..
haish... cuma aku rimas la wey tengok this so called new adik rajin bebenor sms dia skang

tu je la kisah jejak kasih kali ni. nanti senang-senang aku up entry pasal lawan bowling weekend lepas kt sunway. nak kuar lunch dulu




0 comments: