wikend @ sunway

ni cite last week
sabtu petang tu pegi sunway pyramid. nak tengok si ayah main bowling kononnya.


game start 6.30. sampai sana merewang dulu dalam pukul 7 baru la pegi tempat bowling tu.


team merah vs team biru.

meriah la jugak sebab ramai yang bawak family. satu team 48 orang. tapi yang pasti team biru memang gempak gile stok terer ya ampun asek-asek strike aje. almaklum katanya diorang praktis dua hari skali.


penyokong team merah


dalam pukul 7 lebih camtu kluar semayang kejap. ingatkan lepas tu nak sambung tengok balik tapi melencong turun bawah. jalan-jalan window shopping skali terjumpa tempat game tu pulak. makcik kecit stat la buat-buat kaku tak mau gerak dah bila nampak bendaalah pusing-pusing tu



"adik nak naik funfair" dia kata. nak tak nak maknya kena lah beratur beli tiket. que dah lah sket punya panjang




lepas satu-satu dok layankan dia main game kat bawah tup-tup si ayah sms bagitau dah setel dan gamenya. alahaiii..sempat tengok setengah jam je tadi, support la sangat bunyiknya kan..


dah puas hati dapat naik funfair katanya baru la bleh ajak balik


sebelum tu singgah makan kat popeye. dengar la riuh-riuh dan nampak ramai orang bersidai tengok ada event ape ntah kat bawah. lepas makan tu tengok-tengok rupanya ada model seach kt tempat ice skating tu. jana sempat gak menyelit nak amek gambar. tak tengok pun sebab dah pukul 10 lebih. kat situ je yang masih bising-bising, kedai-kedai lain sume pun banyak yang dah tutup. so balik lah sampai umah pon dah pukul 11

jejak kasih???

selama 9 tahun kawen aku cuma tau yang arwah pak mentua penah berkahwin lain. tu saje.
dan aku tak penah nak tanya lanjut ngan sape kah gerangannya, bile kawen nya, dok mana orangnye etc etc..
sebabnya dulu memang aku beriya-iya nak tau. tapi bila aku tanya takde sape nak buka mulut bercerita.
yang aku tau dia dibesarkan oleh mak nye sendirian.
dan dia penah bagitau aku yang dia hanya penah bersua muka dengan arwah ayahnya sekali sahaja, iaitu masa menghadiri pengkebumian arwah yang mana masa tu dia kecik lagi (yang mana dia pon tak sure bape thn umur dia masa tu)
hairannya, setelah 35 tahun dia hidup atas muka bumi ni, kenapa baru sekarang ada hamba-hamba Allah ini yang muncul lantas mengaku dia lah ibu tiri dan adik-adik tiri padanya?
eh silap, adik kandung la kan sebab sama ayah?
kenapa baru sekarang sebok-sebok nak suh dia carik dan add kat fb bagai?
nape sebelum-sebelum ni tak teringat langsung mereka ini kat dia dan emaknya yang juga punya hak yang sama cam korang?
nape selama ni takde pon usaha nak carik meka berdua, yelah dah korang kan berbin dan berbintikan ayah yang sama?
eh eh, aku pulak yang over kan. tak baik ko senah. mana la kita tau kan, mungkin selama ni dorang ada mencari tapi atas sebab-sebab dan ada halangan tertentu yang mana dah ditakdirkan baru sekarang terjumpa. elok gak dipertemukan sekarang kan dari tak tau langsung. mana tau besok-besok anak-anak dah besor, terjumpa tak kenal lalu "ter" becinta pulak, tak ke naya..
haish... cuma aku rimas la wey tengok this so called new adik rajin bebenor sms dia skang

tu je la kisah jejak kasih kali ni. nanti senang-senang aku up entry pasal lawan bowling weekend lepas kt sunway. nak kuar lunch dulu




balik kampong

alhamdullilah, minggu lepas dapat balik kampong kejap menjenguk orang tua. tu pun sebab iwe dapat cuti hari sabtu, biasanya kan dia kije. walau sekejap pun jadik lah, dapat jugak budak-budak melepas rindu kat tok nen dan tok pah.
walaupun adik badik tak ramai mana, bila balik sekali sekala dapat berkumpul sume hepi sangat rasanya.

ni ntah masa bila. si adik jadik mangsa eksperimen moksu ngn makngah nye, kalah burung hantu dah mata dia


sabtu petang sempat jugak main boling.
mujur jumpe bola merah itu, dpt la strike skali kalu tak mesti sume masuk ke longkang.
al amatur la kate kan

budak sibuk

budak sibuk baru lepas nangis.
sian.. dahi dia terkena tangan ayah yang tak perasan anak dok kat belakang masa baling bola
nasib baik tak kena bola kalu tak benjol..

saje nak fokus objek cik kak baju kunen kat belakang
tu baru betul profesional sampai terbabas-babas masuk lane

boan,tur,kom

balik dari main boling kami singgah tapau kfc dan beli kek kecit untuk abang faris. saje nak bagi dia hepi-hepi tiup lilin dan sambut dengan tok nen ngan tok pah pulak


hepi 8th bday skali lagi abg faris

ahad nya pulak, lepas sarapan sume pegi lah econsave membeli barang dapur. balik tu teruslah masak-masak dan makan berjemaah. lepas zohor pegi belakang umah jolok rambutan yang tak berapa nak masak lagi stok nak hangkut bawak balik setelah disuruh berkali-kali oleh tok pah

lepas asar ajak tok pah ngn tok nen keluar. plan konon nak ke melaka tapi manalah nak sempat kan sebab malam dah nak bertolak balik. so ke tanjung sajelah kami pegi

senam bah..jangan tak senam

dan melawat kengkawan yang sentiasa kelaparan di tanjung ketapang

3 generasi
oh kami masih punya nenek dan buyut lagi, kalu ikut sume ada 5 generasi. insyaallah, kalu berkesempatan nanti raya buleh amek gambar nenek dan buyut skali

benti solat asar kat mesjid pon buleh posing

isi tangki kejap sebelum balik. singgah kt marina ape ntah name nya tepi laut tu. kami sampai situ petang so tak ramai sangat la orang. kalau malam tempat ni memang happening ngan ada karaoke bagai

ni air leci

ngn kue tiaw hainan wak tur yang oder
sampai umah dah masuk maghrib. lepas semayang sume p dapor..

untuk sesi makan-makan dan kopek duyan bawak balik

duyan cat sleep

lepas isyak maka berangkat la kami pulang. alhamdullilah jalan tak jem, jam 12 tgh mlm sampai la umah. kemas-kemas dan iron la baju sebab besok nya kije.. lalalalalalalalala


aku dan kije

meh dengar meh, saje nak bersajak sket

tajuk nya ME and MY BOSS

when i take a long time to finish
i am slow
when my boss takes a long time
he is thorough

when i don't do it
i am lazy
when my boss does not do it
he is busy

when i do something without being told
i am trying to be smart
when my boss does the same
he takes the initiative

when i make a mistake
i am an idiot
when my boss makes mistake
he's only a human

when i am out of the office
i am wondering around
when my boss is out of the office
he's on business

when i am on a day off sick
i am always sick
when my boss is a day off sick
he must be very ill

when i do good
my boss never remembers
when i do wrong
he never forgets



kesian kan sape dapat boss camni... kesian jugak kat batang hidung sendiri sebenarnya.
nak buat camne, dah nama pun orang bawahan, nak tanak amek je la oder. kije kasik setel cepat2 jangan banyak munyik

dah-dah pi sambung buat kije cepat

ps : wat to do la wey.. ni baru mc sehari

terseliuh

dah seminggu lebih tak update belog. rindu pulak rasanya.

minggu lepas kesihatan tak mengizinkan.
ntah cemana pinggang terseliuh pulak rabu lepas
nak tegak tak buleh, nak ngiring masa tido pun sakit
kalu dah duduk nak bangun pun sakit ya amat
pun begitu khamis tu gagahkan diri jugak pegi kije
tapi telan painkiller saje
kulu kilir terbongkok-terbongkok kalah nenek kebayan rupenya
almaklum dah senja gamaknya, tulang pun dah makin rapuh
pantang silap sket mudah saje terpeleot

kesian kan bini dia yang dah rupe nenek-nenek si bongkok tiga, malam tu si somi bawak la balik tukang urut. lepas maghrib tu stat la sesi menyeringai menahan sakit.
dekat 2 jam la jugak baru setel sume.
tapi serious dapat tukang urut yang muda belia cam kak som tu memang power. dah la kuat di urutnya. nak buat cane, sakit punya pasal, tahankan saje
tapi part yang paling syok tu bila dah last-last dia tekan kat tulang belakang dari tengkuk bawak ke pinggang tu bunyik prak, prak, prak sampai 5 kali... sebijik macam bunyik org makan kopok. tergelak kami dua-dua
dia kata.. kalah badan orang tua lama
besok tu terus dapat mc, err sendiri bagi. bangun-bangun tido terasa bisa-bisa satu badan. pinggang pun naik lebam-lebam.
tapi alhamdullilah, dua hari lepas tu badan rasa ringan
tu lah kan hikmah nya, kalu tak terseliuh gitu, takde lah sampai nak carik orang mengurut segala
yelah.. ada masa badan pun kena bagi rilek juga

ape-ape hal pun tima kasih banyak la kat en somi. tak gitu takde lah kenal ngn kak som yg juga buleh mengurut orang lepas bersalin sume. insyaallah, lepas ni terasa nak berurut buleh la jumpa dia





9 july, bersih?

last week orang sibuk bercakap pasal bersih. perhimpunan bersih.
tak pasal2 jugak jalan jem sini sana. sekatan jalan sini sana terutamanya di pusat bandar.
aku pun dapat jugak merasa sikit tempias jem balik kije jumaat minggu lepas.
aku kalu, jem sikit pun dah boleh hangin, tak dapat nak bayang la manusia yg stuck berjam2 masa bersih tu hari.
yang pastinya, memang ada segelintir manusia menunggu tarikh 9 july 2011 tu.
berkobar2 semangat nak berhimpun segala
pikir satu benda je lah. kita sebagai rakyat jelata
ape motip nak berhimpun segala
kalu itu mendatangkan huru hara
jangan la pulak nak suka2 memeriahkan suasana
sebab kelakar pun ada. bila tengok berita ada yg kena tangkap tu tak tau hujung pangkal pula.
terhegeh2 join together-gether
ntah ape2 punya manusia
haha, tak pasal2 jadik sajak pulak di hujung2 cite.

dah. tutup cite bersih, aku tak reti komen lebih-lebih sbb aku taktau sgt psl politik.
baca paper pun stakat amik tau gitu2 je.
tapi 9 july versi aku memang kutunggu tiap-tiap tahun.
walau aku tak mengharap sebesar keajaiban berlaku pada tarikh tersebut
cukup lah kalau tuhan mengizinkan
aku utk terus menghela nafas
dan melihat dia sentiasa ada di sisi
sebab segalanya daripada dia
aku belajar mensyukuri ape yang ada
sekurang-kurangnya bagilah aku melihat dia bahagia
beribu kan aku yg terlalu banyak kekurangan dan cela

HEPI 8TH BESTDAY TO YOU
MUHAMMAD FARIS UMAIR

kami sume sayang abg sangat2

sape punya bday sebenornya nih?





tiba-tiba semangat


ni sambungan dari cite mamun semalam
hari ni dtg kije berazam tak nak mamun tak tentu pasal dah
sebabnya pada aku kije ni benda yg takkan ada kesudahan
camne byk pun yg dtg, pandai2 la kita delegate
aiceh tetiba je ayat aku mcm kan bagus sgt...

ntah nape tetiba je bila dengar lagu ni macam bersemangat nak buat kije


* lama rupenya nak masukkan video kt belog ek?
aku tatau. ni pon percubaan pertama
tu pun kena bg credit to cik janature sbb beliau sudi mengupload video ini utk belog kakak beliau



semalam yang mamun

khamis 7.7.11


ada ke perkataan mamun? takde kot dlm kamus bahasa
tu bahasa aku. aku suka guna perkataan tu tapi suku sakat aku je la yg paham maknanya
mengikut maksud aku mamun = bengong = ting tong (lebih kurang la)
tapi kalau nak sebut semalam yg bengong macam agak keterlaluan bunyiknya.

tersebutlah kisah smlm nak dekat time lunch bos aku kol. nak buat miting tergempar katanya. dah lama jugaklah tak jumpa dia sbb dia pon sibuk ke sana ke mari. yg terlibatnya, aku dan ada lagi a few makhluk yg handle satu projek ni. yg peliknya aku takde kaitan pun ngn makhluk 3 org ni tp kenapa aku terlibat sama? pastu... stat la miting...bla bla.. bla..bla. habis je miting, ting tong, aku stat la mamun. sebab utama yg aku dapat kenal pasti adalah aku kena in charge kije 3 makhluk tuhan yg mana sblm ni aku tatau langsung ape bendanya yg diorg buat. dah la kije sedia ada pun tak larat nak buat, tambah lagi satu pasni. aku try jugaklah explain kat bos aku kondisi aku yg aku rasa dia pun memang dah tau tapi cuma kluar ayat penyedap hati berbunyik "ala, awk monitor je, kije still diorg yg buat"
yelah, betul la tu bos. tp pada aku kalu dah nama IN CHARGE, sure punya sume benda ko kena amik tau.

petang lepas lunch, panggil makhluk 3 org ni diskus la ape2 yg patut. lama la jugak yg pasti aku cuma dengar je, tak banyak bunyik. aku pulak posa ganti tak abis2 lagi, otak aku letih nak pikir banyak2. pastu sambung lagi buat kije. tengok luar cuaca gelap, mendung semacam. pastu terus la amik air semayang, semayang. pastu tengok jam. haaaa... aku semayang asar pukul 4? haha gelak sendiri dlm hati. tu la jadinya, tangan buat benda lain tapi otak ntah ke mana2. aku ingat habis kat situ je mamun ku. rupenya bersambung2. balik kije sampai tol cam biasa aku kluar kan kad touch n go tapi tak perasan termasuk lorong tunai. pastu leret2 dua tiga kali tak bunyik tapi palang tu memang dah ternaik so aku pun jalan je. sampai tol satu lagi sah2 kantoi di situ. berintekom tak pasal aku ngn org kije tol tu. lepas tu nak tak nak kena pegi customer service kena isi refund form, dah la lama. sampai kan kat belakang que sket punya panjang. minah belakang aku dah jeling2..err aku mampu senyum2 sumbing je. kalu tak buat camtu kad takleh guna. haish.. punya la nak cepat, lambat jugak jadinya.

sampai umah dah pukul 6 lebih. dalam hati berkira2, sempat ke tidak nak masak ni? tapi mujur lah lauk dah defrost. kung kang kung kang masak la ape yg patut. elok dengar azan maghrib setel masak sume. alhamdullilah, lepas makan barulah mamun tu hilang..hahaha


careful ye lagi2 org pompuan

tadi tengah aku cek email nampak la satu email ni

mungkin ada yg dah tau tapi saje aku tepek sini nak share
sebab aku tatau lagi psl ni
andai katalah... (sebenarnya mintak jauh la) time kita nak withdraw duit kt atm tu tetiba ada pencurik kt belakang kita, tambah2 pulak tonyoh pisau ke mintak duit yg tengah kita nak kluarkan tu... ape yg kita nak buat?
so ni tipnya (aku copy paste saje sbb malas)
kalau lah ditakdirkan kita tak panik saat menghadapi saat getir camni pun dah besar rahmat kan?..

Subject: When Robber Force you take money from ATM

When a robber forces you to take money from the ATM, do not argue or
resist. You might not know what he or she might do to you. What you
should do is to punch your PIN in the reverse mode.
I.e. if your PIN # is 1254, you punch 4521.

The moment you punch in the reverse mode, the money will come out, *but*
will be stuck into the machine half way out and it will alert the
Police (security) without the notice of the robber

Every ATM has it; it is specially made to signify danger and help. Not
everyone is aware of this.



info tambahan : tp kalu kita dah tertekan no pin baru kena ugut tu mmg x dpt nak nolong la kan. bagi je la duit tu kt dia, dari hilang nyawa. kita tatau spesis2 longkang camni sanggup buat ape saje utk duit... jadi hati2 la ye kengkawan sume, terutamanya kaum pompuan





weekend

time weekend. weekend yg lepas2 kot.
asal weekend je pening pala mana nak bawak budak keluar jalan2. tak dibawak karang merengek2.
tak pun dah pandai berdrama.."ibu, dah lama adik tak pegi tesco" nak tak nak hangkut la jugak.
yelah, dah isnin-jumaat dok kt umah je kan ke boring.

donkey pun donkey la...
sesambil tu mak bapak buleh la lepas gian karaoke singgit satu lagu

nek gajah pulok

makan pulok.. aik nak makan pun sempat tengok majalah? nak buat cane, dah hobi dia. bukan baca pun, tengok jer

ni pot wajib singgah lepas balik dari pasar malam tiap2 ptg sabtu

ibu : ni ape benda nih???
tuan punya tangan : tu la i lap u yg big skali...


hari tu makan donut bulat2 comel ni. la ni dok terkenang2 pulak. mana nak carik la kt sini. aku suka la donut nya liat2 kenyal2 cam kunyah chewing gum. kalu dunkin donut tu pd aku gebus semacam, pastu ada wangi2 sket bau dia kan. tekak masing2, haish.. tak kan la kena p mid valley lagi kot..




nasib kan lain-lain

ni bukan entry sedih2
ni cuma luahan rasa seorang ibu
yg terkadang tak kuat semangatnya bila diduga

alkisah citenya..
sabtu minggu lepas aku ngn iwe pegi sekolah si abg amek repot kad.
borak2 ngn cikgu dia.. tanya ape progressnya
so far, ada la sikit peningkatan walaupun tak ketara.

tapi yg sendu tu buleh pulak la si laki bini ni borak camni masa on the way blk dari sekolah tu...

si bini la yg stat dulu "yang, mesti bestkan kan kalu abg join team bola sepak"
ntah bengong ape ntah, gitu tiba2 tertanya kt si laki.

yg laki pulak buleh sambung layankan imaginasi karut si bini...
"ha'a kan.. mesti nanti dia sibuk mintak kasut bola, pastu petang2 bleh la abg praktis sama2 ngn dia" gitu la serba sikit perbualan si laki bini ni.

tak sedar punya lah tinggi memasang angan.
bukanlah tak berpijak di bumi nyata cuma terkadang tu secara tak sengaja akan meluahkan angan2 di hati, berangan tu kan ke indah.
maka sedikit sebanyak juga akan membandingkan si dia ngn org lain yg sebaya dengan dia.
pastu bila sedar diri, mula lah rasa sedih melanda jiwa
sebab tau yg angan2 itu takkan menjadi kenyataan

bila aku diduga sebegini aku rasa orang lain amat bertuah
walaupun aku tak rasa nasib aku seteruk mana
tapi bukan senang utk menerima kenyataan pada mulanya
sekarang bila ada yg bertanya
bila ada yg memandang dia sebegitu rupa
aku lebih bersikap terbuka
walaupun nun jauh dlm hati hanya tuhan je yg tau ape rasanya
dulu2, memang selalu jugak menyalahkan takdir
tapi sekarang aku belajar menerima..
dan belajar menjadi redha

sebenarnya payah tau nak buat hati ni kuat
cuma kadang tu try jugaklah mengingatkan diri ini ada satu hadith tu yg aku baca tu..
di mana menyatakan yg manusia ni hanya punya 3 hari saje. hari kelmarin yg telah berlalu. besok hari yg belum mendatang dan hari ini di mana kita hanya perlu tumpukan segala tindak tanduk dan perbuatan kita hanya kepada sang pencipta.
indahnya kalau dapat dipraktikkan sebegitu rupa.
tentu boleh hilang gundah gulana di jiwa.

sejak dua menjak ni kalau ada masa aku suka layan cite ni
sedihnya, dua tiga kali tengok pun meleleh air mata
xde tisu pun xpe, lap pakai baju
sampai basah2 baju lengan baju sume, bengong kan
pastu malu sendiri bila si kenit dok pandang muka mak dia yg serabai
dan aku suka nak relatekan cite ni ngn nasib aku
ye..betul. tak semuanya org bernasib baik dlm dunia ni
tapi walau macamana teruk pun kehidupan kita di dunia ni, yg lebih penting adalah macamana cara kita utk menghadapinya. itu yg lebih penting