sebal


jika tiba2 kau dapat melihat
jejak-jejak harapan
sebenarnya Allah sedang
berbisik kepadamu

ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau ingin merasa bersyukur
Allah telahpun memberkatimu

ketika sesuatu yg indah terjadi
dan kau merasa taksub
Allah telahpun tersenyum kepadamu

ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah telahpun menghitung airmatamu

jika kau fikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
dan terasa waktu pantas berlalu
Allah sedang menunggu bersamamu

ketika kau merasa sendirian
dan tiada yg mempedulikan dirimu
Allah sentiasa berada di sampingmu

ketika segalanya berkecamuk
dan kau merasa tertekan
ingatlah bahawa
Allah sentiasa bersamamu

kembali kepada Allah
ada jawapan pada tiap persoalan

ada ke perkataan sebal? suka2 je
hmm.. susah nak paham makhluk tuhan yg bernama manusia ni. sakit. memang sakit bila kita jenis yg terlalu berlembut dengan makhluk bernama manusia ni jiwa kita naik sakit. yelah bak kata org pun rambut sama hitam tapi hati dalam kalerful lagi. aku pulak dah mmg jenis camni. suka sgt nak pikirkan perasaan org lain. kadang sendiri punya hati letak tepi. la ni, sendiri rasakan. tu sebab terkadang aku suka bersendiri. buat apa perlunya kawan kan kalau akhirnya melukakan?

tabahlah wahai hati, jgn la sedih2..kan ke jumaat penghulu segala hari (ntah ape kena mengena pun aku tatau..)

* entry meracau, jiwa kacau - jika engkau menjadi aku, aku yakin engkau akan mengerti

4 comments:



gadisBunga™ said...

takpe..walau saya tak faham, saya akan cuba memahami. :)

Mazni said...

sabar As, sbb terlalu pikirkan perasaan orang ko rasa camni, cuba wat derkk kan jer, ye lah, aku ckp senang, ko yang menanggung mesti susah kan, apapun, sabar okehhhhh!!1

momyluna said...

GB - mmg susah org nak paham saya
maz - aku akan try buat derk je pasni walaupun mmgla susah

PHIRDOTE said...

bersabar