yang dulunya pelik...

salam jumaat.



hari jumaat yg dingin. nyaman je rasanya. alhamdullilah, hujan lebat pagi tadi. rasanya dah lama tak ujan kot. ntah la kt sini aku tak tau, tapi masa aku blk kelantan 5 hari lepas memang panas gila. sakit pala aku dibuatnya. dah 2 hari aku sakit pala ni. tahan je. asyik telan uphamol pun takleh jugak. ni dah hujan, sejuk sikit rasanya, mudah2an lega la sakit pala ni nnti.



lunch hour ni aku malas nak kuar. tadi masa ujan lebat dalam pukul 10.30 baru sempat nak makan pagi. lambat sket, tu yg skang kenyang lagi. jadi, dalam pada melayan pala yg berat semacam ni, ada baiknya aku menghapdet blog ni kejap..aiceh apesal gaya ayat aku muslimah semacam je ni..



ape yg dulunya bagi aku pelik tapi la ni aku suka sgt? ewah soklan cepumas. takpe biar aku tanya aku sendiri yg jawap. dah nama pun blog aku suka aku la kan nak wat entry apa.



dulu kan, aku heran tau nape lah org kelantan ni suka sangat makan benda yg pelik2. aku bukan la ngata org kelantan ye, laki aku pun org sana. ni aku bercakap benda yg umum.



bukan ape, dulu masa mula2 kawen kan, bila blk sana pertama kali aku diperkenalkan ngn etok. iwe la yg ngajor aku makan etok. mendalah ni rupa dia cam lala tapi halus2 je. memang jakun la muka aku masa tu nampak etok. tapi mujur la aku ni jenis tak kisah bab makan dan tibai je ape-ada-depan-mata, jadi perasaan pelik tu kejap je. bila dah try best la pulak. la ni... bila blk kg, dah jadik satu kemestian carik etok ni. biasanya diorg salai siap letak rempah sket. rempah apa tak pasti pulak la. dia jual bungkus pakai kertas sokabar je, bungkus cam kacang putih tu. rasa dia lemak2 masin, sedap dimakan begitu saje.



pic etok gugel, bestnya kalu dpt yg debab2 camni



tu satu, pastu bab makan pagi. dulu aku heran napa susah sgt nak carik roti canai pagi2 kt kelantan. yg glamernya, nasik berlauk. mana2 pegi pun jumpa benda yg sama. nasik yg masa kita beli tu dah dibungkus siap2 berlauk ikan tongkol masak lemak siap letak sambal garam. cuma beza tang lauk je la kot. comel je bungkusnya, tak besar, tak kecit sgt pakai kertas coklat tu, siap letak getah gerit. la ni.. bila blk sana bangun pagi aku sorang buleh hadap sampai 2 bungkus. pastu burp..tersandor macam ulor sawa.



tak lama pastu petpetpet dengar org jual lauk macam2 naik moto dari umah ke rumah. takyah susah2 pegi pasar beli lauk. tunggu dpn pintu jer. dah petang sket karang, lagi la macam2 org berjual. ada colek buah la, lokcing la, lokcing tu kalu tak silap aku penah tanya iwe diorg buat dr isi ikan haruan, bulat2 lebih kurang macam fishball la pastu dibakar dan dicelup ngn sambal yg manis2. kadang tu dah kenyang pun terbeli jugak sebab teringin nak makan punya pasal. petangnya pulak stat la meriah rumah mak mertua aku tu. nama je dia dok sorang tapi biasa dpn umah tu jadik port berkumpul. buleh dikatakan sekampung tu dah mcm sedara sumenya, yg makcik dekat2 umah tu kadang datang siap bawak laksa la, kepok goreng la. jadiknya makan dan makan lagi.









farisya ngn kazen, fashahah dan farihah yg montel. meka ni sebaya, yg tengah tu je tua setahun. agaknya kalu adik dok ngn atuk timah kt sana mesti bolat dan membesar bagai johan jugak kot...hee




tapi pelik tu dulu lah, skang tak pelik lagi dah. skang ni bab makan aku lagi champion makan budu compare ngn iwe. tu kawen ngn org kelantan tu, agaknya kalu jodoh aku org melaka mesti hari2 makan nasik carik cencaluk pulak. tapi aku tak nafikan, aku sgt suka kepelbagaian makanan kelantan. kadang tu bila lama tak balik sana teringat2 plak makanan org sana yg payah nak carik kat sini. aku rasa kalu aku dok sana mesti aku segar bugar lagi montel sebab asik nak makan aje. maunya tidak, pagi makan nasik, tengahari hadap nasik, malam pon tibai nasik. tu baru nasik belum lagi kuih muih. sepanjang hari tu dari pagi sampai ke malam ada je org jual kuih. macam2 jenis sampai rambang mata nak pilih. ada kuih tu kan namanya tahi itik. tapi sgt la manis, dibuat dr gula dan putih telur saje. pastu ada kuih bunga tanjung, jala mas yg mana diorg buat dari kuning telur ngn gula je. manis yg amat. kalu kuih aku mesti carik lompat tikam. beli lebih2 pastu masuk peti ais sejukkan. kalu kat sana diorg jual campur ngn pulut kaler merah.



satu kemestian bila balik sana aku ngn iwe mesti dating malam2 kt wakaf che yeh. tapi kuar pun tunggu anak2 dah tido dulu. konon nak jalan2 cuci mata je. tapi dalam pada tu mesti terbeli jugak tambah lagi kalau pandai tawar menawar mmg dapat murah compare harga biasa.




tingat aku macam balik baru ni, kitorg nak kluar tp tunggu makcik kecit tu tak tido2. jam dah pukul 11 lebih. yg dia pulak asik dok tanya aku nak pegi mana. ntah kenape mlm tu terckp kt dia ibu ngn ayah nak kluar kejap, nak pegi beli ubat jerawat. nak tergelak aku bila dia cakap kedai kan suma dah tutup mana buleh nak beli ubat jerawat malam2. tulah kan, nak menipu tak pandai. tapi kitaorg kluar jugak tu pun lepas makcik kecit tu siap pesan suh balik cepat. sian dia kena tido sorang. abg dia tdo ngn atok kt bilik lain. heee...lawak kalu ingat. curi2 kuar tengah malam macam time bercinta pulak. pastu balik dekat pukul 2 pg siap layan sup belut dulu. wallah, bestnya.




melalut meraban pulak aku dah. tapi kalu bercite bab makanan kelantan memang tak abih. biasa kalu balik sana mmg spend lebih sket tang makan je. tu kalu pegi pasar malam lagi la syok. siap ada murtabak raja, yg besar dan gebu gile isinya dan harganya seploh hengget sekeping. tapi tu dulu masa aku baru ada anak sorang. skang ni macam dah payah nak jumpa. kalu ada pun dorang jual sampai 15 hengget sekeping tapi dah tak bape nak power.




tapi cuti baru ni kitaorg tak kemana sgt pun. takat pegi rumah sedara ngn jalan2 area kota bharu tu je. nak pegi rantau panjang tak sonok lagi2 time cuti skolah camni sebab barang mahal. yelah, org luar cuti ramai yg pegi sana shopping kot tu yg harga mencanak2. lgpun bila dah kena tax bagai ni mmg aku jarang sgt dah pegi sana carik barang. kalau tak perlu sgt memang tak pegi. lagipun jauh. kalu dulu time baru2 kawen mmg shopping bagai kt sana. piuk belanga, toto sume angkut dr sana. la ni nak carik piuk sebijik pun dah kena tax baik la beli kt kt bharu je. jimat minyak. takyah sesak2.




tu la citenya, bila nak balik sini pulak mesti singgah pasar dulu carik stok kopok keping nak bwk balik. ni agenda wajib. kadang tu mesti beli skali serunding daging la, dodol la, lempuk durian la sampai penuh bonet kete. saje beli lebih agak nnti blk muar agih2 sket. dari dulu aku biasa beli kt kedai sorang makcik ni. walaupun sebelah2 tu byk je kedai lain tp kedai dia jugak yg aku carik. dari dulu sampai skang. sampaikan dia dah cam muka aku. senyum lebar dia bila nampak aku , almaklum regular kastemer dia.



sekian saje lah entry kali ni. sampai ketemu lagi.


0 comments: