jumaat itu..
balik kije singgah umah jap amik jana terus ke tesco. budak 2 org tu tinggal ngn apaknya. malas aku nak mengangkut ramai2 nanti lg lambat pulak jadiknya. lgpun cuma nak carik barang dapor ngn stok lauk je pun. dah buat list ape yg nak beli siap2, capai benda ikut list, yg takde dlm list pun ada gak tersesat dlm troli. kira2 ting tong kuar seratus lima puluh hengget bape sen ntah. aik..beli brg seciput pun dah gitu mahal yek.. (yelah brg kan dah makin mahal senah, gaji ko je yg statik takat tu jugak) tu yg rasa kecit je nilai duit skang. pasni takleh la seminggu sekali jejak tesco, duit kuar cam ayer..sado2 je dah abih.
setel beli barang dah nak masuk maghrib. nak balik umah masak mana lah nak sempat. lgpun capek sgt dah nih. so, melencong la ke domino yg baru bukak area belakang tesco tu. oder dua regular pizza ngn lasagna khunun nak try test. tak shedappp, penyudahnya separuh lagi lasagna tu tak berusik ngn piza lagi 3 ketul takde sape nak dah. alhamdullilah kenyang dah walaupun cam tak puas je rasanya...
sabtu itu...
celik2 mata dah tak bape nak pagi. so, as usual bermulalah tugasan mengemas umah dan membasuh baju dua-tiga-kali-trip. sesambil tunggu mesin membasuh baju buatlah spageti. utk rujukan aku mmg jarang sgt buat makanan al kebaratan cenggini. sebabnya laki aku, aku sendiri ngn ank2 aku tak bape nak suka. tapi takpe lah, asek bihun je, skali skala try la lain sket kan. aku plak pe'el kalu masak ape2 pun suka byk2. masaklah sekampit trus. bila dah toskan... makaih! semangkuk besor. mujur la budak2 ngn bapak budak makan byk jugak. dah petang tu pegi pasar mlm pulak beli murtabak 2 keping ngn kuih muih. bila dah mkn kuih2 dah kenyang, spageti lagi separuh mangkuk besor itu adalah takde sape yg sudi. last2..buang..membazir je, kesian kt makanan..
ahad itu..
apaknya kije. balik tengahari. aku buat bekfast cekodok bilis dua pinggan, stok hadap sampai tengahari. kalu ikut ada kenduri kawin hari ni tapi aku malas la pulak nak pegi. bagi aku yg best about weekend adalah buleh bermalas2an di rumah. hadap tv sambil bergolek2 adalah heaven. tapi kesian pulak kat budak2, nak tunggu weekend la pon mak bapak nye bawak diorang merayap. petang sket tu apaknya ajak kuar jenjalan
maka kuar lah jugak jenjalan dan makan2
balik dari merayap tu sampai umah kengkonon sume pun dah kenyang. aku pun tak masak ler. skali teringat ada ubi kayu iwe beli tengahari tadi. (aku ler yg nyuruhnye dah kata ngidam) takleh ni kang dibior aku lupe jadik kayu keras kekong satu sen tak guna dah. maka aku pun kopek2 rebus dan buat sambal tumis. malam tu mkn ubi rebus cicah sambal tumis, walla terbaekk. dah kata tekak ongkampong kannn..
oh, hampir lupa pulak aku. selamat hari bapa (eh tetiba je kau senah). yelah, kan ke ahad ari tu hari bapa. blum lambat sgt kot kalu aku nak wish selamat hari bapak pada abah aku dan en iwe serta bapak2 di luar sana. tetiba teringat aku kat abah aku. dari dulu sampai skang mana la ada nak wish2 hari bapa sume nih. aku tak reti kau (so aku wish dlm hati je la kat abah aku tu).
tetiba teringat zaman aku kecik2 dulu. byk kali jugak la merasa diri ini berbirat kena libas ngn tali pinggang oleh abahku itu. dah tu sendiri tak dengor kata. aku pulak tu yg selalu jadik mangsa sebabnya aku paling tua. mungkin disebabkan itu, aku dan adik beradikku yg lain memang kurang rapat dengan abah berbanding mak. tapi walaupun begitu, abah yg ku kenal sangat mementingkan pelajaran utk anak2nya. abah yg kukenal sangat cermat orangnya. bila dah dewasa, barulah aku tau dan barulah aku boleh menerima, mmg begitu cara dia mendidik dan gaya asuhan itulah yg telah mendewasakan aku. namun mungkin jua kerana dia dibesarkan dengan cara sebegitu waktu kecil dulu.
tapi, aku sgt bersyukur. sekurang-kurangnya aku masih punya abah sampai saat ini. berbanding iwe - dia tak pernah merasa kasih sayang seorang bapa. setahu aku sejak dia kecil ayahnya dah berkahwin lagi dan sejak itu dia dan ibunya ditinggalkan. dan tak lama selepas itu ayahnya pergi buat selamanya. aku pun tak bertanya lagi tentang itu kerana tegahannya. tapi alhamdullilah dia punya ibu yg mampu membesarkan dia cukup serba serbi walau dalam serba sederhana. dan ibunya juga telah mengajar dia utk tidak menyimpan dendam walau sekelumit pun pada arwah ayahnya.
dan alhamdullilah, walaupun begitu sejarah silamnya tapi dia mampu menjadi ayah yg sgt sempurna utk anak2nya, sekurang-kurangnya pada pandangan mata aku lah. well, kita tak boleh mengharapkan yg terbaik dari pasangan sebab kita juga mempunyai kekurangan diri kan? kan ke manusia itu diciptakan Tuhan berpasangan agar dpt rasa saling melengkapi antara satu sama lain. dengan itu belajar lah menerima pasangan seadanya ye (eh tetiba bg pesanan pada diri sendiri)
sekian sajelah catatan hari minggu saya..
0 comments:
Post a Comment