salam,
dah lama rasanya tak menulis ape2 kt sini. aku ni camni la. bila teringat dan rasa rajin barulah bukak belog. org lain berbelog meriah posting hari2. aku punya..sepi. takpe lah, dah nama pun cam diari meluah rasa hati.
tapi hari ni aku puas hati. lega rasanya bila dpt setelkan satu kije yg aku dok hadap dr last week. tapi kt sini xmo cite psl kije. sbb cite psl kije mmg xkan ada kesudahan.
aku nak cite psl aku. camne paniknya aku masa khamis minggu lepas.
kejadian yg membuatkan aku skang bila petang je asik tengok jam.
bila petang je asik mengira waktu, cepatlah abis kije.
cepatlah pukul 5.30 agar bleh aku bedesup balik kije lantas menjemput budak berdua tu blk.
sejak diorg dok kt nursery ni, aku dah jadik mak budak yg risau tak tentu hala.
asik teringatkan depa berdua. ntah ape yg dibuatnya. makan ke tidak ke?
ntah ape2 la aku ni. owg lain pun ada anak jugak. owg lain tu lagi lah berderet anta anak kt nursery tapi rilek aje. aku je yg mengelabah lebih.
tapi khamis last week tu memang dari pagi hati aku tak tenang.
apa yg aku buat kt opis rasa mcm ada je yg tak kena gaya.
asyik teringat2 kt budak berdua tu je. rasa nk kol aje tanya si adik tengah buat apa.
yg si abg pulak dah sampai ke dr sekolah (sbb transit belah ptg)
kalu ikutkan mmg jarang sgt aku kol nursery. aku paham, diaorg pun ramai budak nak jaga, kang kita asek kol2 je annoying plak org kat kita.
tapi hari tu aku takleh tahan, aku sms gak tanya.
rupanya mmg ada benda yg tak baik jadik kt si abg.
owner nursery tu reply sms aku bgtau dia bergaduh. siap mention hidung berdarah, tepi mata kiri ada bengkak sikit. kt dalam mata kiri ada kesan merah2.
patutlah aku risau semacam, jantung pun berdebar tak tentu arah rasa.
aku tak puas ati. takkan la dia bergaduh. aku tau anak aku camne. sbg ibu aku lebih kenal dia. at the same time cepat je tangan aku kol laki bgtau ape dah jadi.
pastu aku kol nursery tu semula sebab nak tau ape sebenarnya dah jadik. dalam pala aku dah pikir nak balik je. tapi bila aku kol diaorg kata si abg dah ok dan dah tido pun. aku tengok jam, masa tu tinggal lagi sejam nak balik so aku sabar je la. tapi kerisauan dlm hati tu hanya tuhan je yg tau.
lepas ckp ngn owner nursery tu baru la tau cite. rupa2nya si abg jadik mangsa. org lain yg bergaduh tapi dia yg kena. benda jadik masa dlm van on the way back dr skolah nak blk ke rumah.
tapi sedikit yg aku kesalkan, aku cuma dpt tau berita tu sbb tuhan gerakkan hati aku utk sms & tanya.
kalu tak agaknya sampai petang time aku jemput diaorg baru aku tau citenya.
bukan ke sepatutnya mereka2 ni, tak kira la owner nurseri ke, org yg bawak van ke nak bagitau direct kt mak bapak budak bila sesuatu perkara berlaku kt anak mereka. no hp mak bapak sume pun diorg simpan. dalam hal yg macam ni lah patutnya mak bapak budak tu diberitahu. tapi yelah benda pun dah jadi. dah Tuhan tetapkan camtu. Tapi bila aku pikir2 balik mungkin diorg tak bgtau sebab diorg rasa alah tak serious mana pun. lagi pulak bukan kena kat anak diorg kan.
(gambar dicapture mlm tadi)
kesian abg jadik mangsa keadaan.
teringat lagi masa aku jemput dia hari tu masih ada kesan darah kering kt idung dia.
cuma aku harap, sbg seorang ibu yg 'terpaksa' meletakkan anak di bawah jagaan org lain semasa keluar bekerja.. mintak dijauhkan la perkara yg memudaratkan dari menimpa anak2 kita. aku tak rasa ada mak bapak yg suka2 nak hantar anak ke nurseri kalau bukan kerana kekangan kerja. dan pastinya setiap anak2 yg dihantar ke nursery tu adalah amanah daripada parent diorg. parent diorg berharap anak2 mereka dijaga seeloknya. so pada pemilik atau org yg mengendalikan nurseri ataupun org yg ambil upah menjaga anak org tu, sekurang2nya jagalah amanah dr mak bapak tersebut dgn rasa tanggungjawab dan bukan hanya mementingkan keuntungan semata2.
1 comments:
ish, mata aku plak berair tgk mata farish as, teruknya org nursery tu, at least ckp la, ada plak dorang plak yg tentukan serius ke tak, n decide to silent. nak tunggu seriously injured smpi tahap Nauzubillah baru nak consider teruk ke. Ko monitor kerap2 la As, takpun ckp kat nursery tu lenkali inform ko if anything happen to ur kids. Ish, tak tak la apa aku wat klu kena kt anak aku..for me, aku consider tu terukkkkk..
Post a Comment