ha kau.. panjang berjela tajuk entry aku. eh tak la panjang sgt kot. biasa2 je.
sementara tunggu nak balik kije dah ni, saje aku merajinkan diri buat entry psl cuti wesak baru ni. ni pun dah bape lama dok kt draft tak posting2. dah la nak upload gambo al-lembabs yg amat.
alkisahnya... mak, abah, adik ngn adik iporku dtg bertandang ke umah. dah lama diorg plan nak datang tapi baru ni la betul2 jadik. tambah2 abah aku, dah dekat setahun lebih tak mai shah alam katanya. almaklum lah, dah tua2, mak aku plak dah tak bape larat nk jalan sbb sakit kaki, maka kalu nak ke mana2 pun mengharapkan si ziko adik ipor aku tu jadi drebarnya. dia plak cbok benor kekdahnya. jadiknya wesak tu ada cuti panjang sket, maka sampai jugaklah rombongan org muor ke shah alam.
dorang bertolak dr muar lepas zohor, singgah umah kak ipar kt keramat, ada sesat barat sket dekat nak maghrib baru la sampai umah. aku plak petang tu masak kari ayam je ngn sayo campur. sempat jugak pegi pasar malam beli kuih sikit tapi disebabkan byk sgt ole2 dr kampung maka kuih pasar mlm tu tak laku. sbb meka2 pun penat maka mlm tu sume pun tido awal.
besoknya tu, ahad pepagi lepas bekfast kami dok bersantai aje kt umah. sambil golek- golek tengok tv, sambil borak2. lunch tu kitorg masak berjemaah. sayur keladi masak lemak ngn ikan bawal suwit sour. makan ramai2 time nasik panas2, walla best sgt. petang nya ujan, tak lebat mana pun. tapi kami tak kemana pun. dok umah lagi tengok tv. si olin ngn ziko je yg kuar jenjalan kt tesco area umah.
malam lepas maghrib kitorg kuar makan kt padang jawa. pastu pegi jenjalan kt ict. tak lama pun. mak aku tak larat, kejap benti kejap benti. asal jumpa kerusi je dia duduk. dpt la jugak amek gambar 2-3 keping buat kenang2an. sian kt tok pah, kul 11 lebih kami pun balik
belikan adik cekak minnie mouse yg kelip2
gambo feeling2 adalah wajib
gambar last ngn tok nen sblm blk
besoknya tu (isnin), kitorg plan nk kuar jenjalan ke shopping mall. si olin nak ke klcc tp mak aku malas, tak larat katanya. iwe ajak p mandi2 kt bagan lalang. tempat kitaorg pegi hari tu, masa cuti buruh. lagipun tak jauh mana sgt. tak sampai sejam perjalanan. lagipun, bila sampai sana nanti, mak pun buleh rilek2, baring2.
pakat punya pakat, sume pun beriya la ni. lagipun hari ni kan hari kije, tak ramai org. bleh mandi-manda ngn tenang. maka masak2 lah kami ni utk bekalan ke pantai nanti. masak nasik lemak, buat bihun goreng dan sandwich sardin jugak. tapi nak cepat punya pasal, piuk nasik lemak tertinggal, nasib baik dekat ngn umah lagi aku teringat. so, pusing balik la, kalu tak penat je masak.
sampai sana dah tengahari, air tengah surut. kelebihan nya pegi weekdays camni, boleh pilih port yg sgt strategik. dekat ngn toilet dan surau semua. sementara menunggu air pasang pun dah masuk zohor, maka solat la dulu. pastu bermalas2an saje la kami sementara nak memulakan aktiviti berkubang. tok pah siap landing baik punya. nasib baik bawak bantal segala.
lengang. cuma deruan angin je yg kuat kedengaran..cewah
makcik kecit aku plak meragam masa sampai2 tu. perut masuk angin agaknya. dia kalu pagi memang payah nak makan. minum susu je pun. sampai sana siap muntah2. nasib baik kejap je. pastu ok dah, ligat main pasir ngn abg nya.
peace..no war
dan main dokong2 ngn ayahnye
yg mak aku plak awal2 dari rumah lagi tadi dia dah ckp dia tak nak mandi. beriya aku bwk kan baju suh tukar pun tak mau jugak. jadiknya meka berdua ni cuma dok bwh pokok jadik pemerhati je la. lagi pun sume pegi berendam sape pulak nak tengok2 kan makanan ye dak?
tapi last2 hasil pujukan anak cucu serta menantu kesayangan, maka tok pah ngn tok nen pun turut serta jugak berkubang dlm air laut. tapi sayangnya tak sempat nak amik gambar camne suwitt nye tok pah berseluar tido teddy bear time mandi laut tu. nasib baik mak aku muat pakai suar aku masa ngandung dulu. kaler pink lagi. yg abah aku pulak mula2 ckp segan nak pakai short tapi bila dah tukar baju, dah dpt berendam dia pulak yg hover siap baring2 layan ombak laut. sampai ke petang barulah bertolak balik. sampai umah dah dekat nak maghrib.
ni je gambar berkubang yg sempat ambik, tu pun masa air tak pasang lagi. bila sume dah berendam, langsung tak sempat nak posing2 dah
disebabkan sume pun dah tak larat bila sampai umah, dinner mlm tu aku ngn iwe kuar tapau kt pasar malam saje. tok pah ngn tok nen lepas makan je terus tido. sian aku tengok diorg kepenatan. mak aku siap ckp seumur idup dia tak penah nya mandi laut. sampai kan masa nak tido tu pun dia cakap pala dia rasa hoyong hayang cam kat laut lagi. mabuk laut tak abis lagi.
besoknya selasa cuti lagi. dah kata wesak day kan. aku buat bekfas makaroni. lepas makan tu para lelaki sume kuar merayap. yg lain2 cuma melepak saje kt umah sebab tengahari tu dorang nak gerak balik dah. plannya nak bertolak kul 12 tp kena pegi keramat dulu jemput mak mertua adik aku baru la bertolak balik muor.
time dorang nak balik tu mula la aku stat emo. aku mmg ratu air mata. ngn mak aku sama naik. ntah ape2 buleh je merembes2 air mata. bukan ape la kan. terpikir satu je. ntah bila la pulak dapat jumpa camni lagi. ntah dpt jumpa lg ke tak. nak tunggu balik kg mungkin 2-3 bulan lagi la kot. tak pun kalu panjang umur nnti puasa baru dapat balik sebab cuti sekolah bulan dpn nak kena balik kelantan pulak.
dan disebabkan encik drebar tak familiar jalan ngala kl nun, so kitorg sume kuar tunjuk jln yg senang sampai keramat tanpa jem. sbb kan dah tengahari maka singgah la makan dulu kt sup ani sec 9. dah sudah makan barulah diorang bertolak balik. konon nak ajak jenjalan shah alam dulu tapi abah aku dah tak nyempat2 nak ajak balik dah. dia dah tak tahan rindu kt kucen2 kt umah.
tu aje la aku nak cite sempena rombongan tok pah, tok nen, mak ngah olin dah pak ngah ziko ke shah alam. sian gak sbb dorang berhajat nak pegi kl tapi tak terpergi pun.
insyaallah, kalu panjang umur, dipermudahkan segalanya satu hari nnti dtg la lagi bleh kita jenjalan ke kl pulak.
p.s - time taip ni dh rasa windu kt tok pah ngn tok nen...
0 comments:
Post a Comment