musim cinta sudah berlalu

salam suma.


dlm beberapa hari lepas aku ada terbaca satu artikel ni.
tajuknya MUSIM CINTA SUDAH BERLALU.
aku suka dengan cara pengolahan si penulis tu. sebab tu aku up entri ni biar besok2 buleh aku jadikan pedoman

sedikit sebanyak, artikel tu bagi tip tak kira lah untuk orang yg bakal mendirikan rumah tangga ke atau orang yg mmg dah lama kawen untuk menghadapi perubahan diri pasangannya bila semakin meningkat usia perkahwinan tersebut. contoh la, yg mana dulu time bercinta buleh sms sampai 100 kali sehari tapi bila dah berkahwin nak dpt 1 sms dr pasangan pun payah. kau dapat pun, sependek2 ayat.

dan contoh lagi kalau dulu masa bercinta sang jejaka suka ketawa besar, membuat jenaka lantas menghiburkan si buah hatinya, bila sudah lama berumahtangga maka perlahan-lahan perangai tersebut akan berubah. dek 1001 cabaran serta rintangan alam perkahwinan tak mustahil si suami akan berubah menjadi serious, malah terhakis sifat jenaka suatu ketika dulu. si isteri pula bila diasak timbunan tugas yang tiada penghujungnya di rumah serta kerenah anak-anak akan berharapan besar menjadi lebih riuh mulutnya. sibuk berleter itu dan ini dan mengomel tanpa henti.

tapi persoalannya, kenapa bila semakin lanjut usia perkahwinan, si suami atau isteri semakin mahal dengan senyuman, semakin kurangnya senda gurau, pujuk rayu apatah lagi. (kebanyakan nya lah, tak semua)
apakah sebab sudah jemu? atau cinta sudah mula berkurang? tidak, tapi itulah petanda ketenangan semakin dihakis. dihakis oleh cabaran kehidupan. bila mana semakin banyak bebanan ditanggung, maka semakin sedikit luahan perkataan. kalau pasangan tu tak pandai mengawal hati, mengurus emosi, semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi. (ye, yg ni aku akui)

menurut artikel tu, ahli psikologi berkata bahawa true colors pasangan hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.
justeru, jangan sekali-kali merasakan kita sudah kenal pasangan kita walaupun telah lama hidup sebagai suami isteri sebab perangai manusia ni boleh berubah. saat itu akan tiba dan jangan pula terkejut jika kita dapati pasangan kita seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali.

mengikut pengalaman aku sendiri, bila perkahwinan tu semakin lanjut usianya, sedikit sebanyak akan timbul perasaan bosan di hati pasangan. bukan bosan terhadap pasangan, tapi bosan dengan rutin kehidupan yg sama saban hari. sama ada suka atau tidak kita kena jugak laluinya.

justeru, proses perkenalan antara pasangan mestilah diusahakan secara berterusan. Teruskan usaha berkenalan dengan pasangan dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan serta meminta pandangan satu sama lain dan jangan sekali-kali menggunakan "fail lama" untuk mencipta keserasian baru.

ok, yg ni aku copy terus dr artikel tu.

hakikatnya, lelaki dan wanita sama2 diuji dalam sebuah gelanggang mujahadah yg dinamakan rumah tangga. jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati.

Kesimpulannya, pasangan berkahwin mesti paham apa maksud sebenar tanggungjawab. Ia satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita "tanggung" di dunia, "disoal" di akhirat dan mesti kita "jawab" di hadapan Allah S.W.T kelak.

Pasangan harus sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

dan ada beberapa tip untuk mengekalkan rasa tanggungjawab :

1. kenangkan selalu bahawa suami atau isteri kita ialah milik Allah, bukan milik kita

2. sentiasa berbincang dalam membuat keputusan dan jika terdapat perselisihan, carilah kedudukan syariat dalam hal tersebut

3. bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah

aku tak pandai nak mengulas lebih, jadi kalu nak baca kisah penuh nya, sila la dptkan sendiri majalah solusi di kedai2 buku berhampiran.

sekian saja, sharing is caring. semoga kita dpt manfaat dari artikel tersebut dan berusaha menjadi pasangan yg lebih memahami erti tanggungjawab

2 comments:



Mazni said...

beb, aku rasa bab ni ko layan movie I Think I Love My Wife....best giler....

momyluna said...

mas, atas suggestion ko, aku dah pun layan cite tu. mmg best. tp masalah nye yg berubah nye aku, iwe x pon..cane tu?? kuang3