tengkiu yang...

awak2..
hepi beday to you, hepi beday to you, hepi bday to ayah, hepi bday to you...


awak ingt lagi tak bulan lepas masa bday awak, sebulan sblm tu awak pesan kt saya awak xmo hadiah. awk kata tak baik membazir. siap suh saya janji x bagi hadiah. ntah ape2 la awk ni. awk cuma mintak saya masak sedap2 tp awak pun tau bini awak ni bukan pandai sgt masak. tapi sy belikan jugak awk hadiah. tapi hadiah murah je. saya harap awk suka lagipun benda tu tak membazir pun sbb awak bleh guna sampai bila2.

pastu masa bday awak 3 apr tu awak kije la pulak. saya dah plan nak beli kek tapi ditakdirkan faris plak tak sihat hari tu. awk yg bawak dia ke klinik. dlm seminggu pastu kita terpaksa cuti bergilir2 sbb ketiadaan bibik dan dlm masa yg sama survey2 neseri nak letak budak berdua tu. 2 minggu lepas dari bday awak barulah saya dpt belikan awk kek. itu pun kek kecik je. tengahari tu awk balik kije trus kitorg suh awk tiup lilin. budak2 berdua tu bukan main hepi mengalahkan diorg yg sambut bday.


awak, tima kasih banyak sebab awk sentiasa ada di sisi sy, saat sy bersedih awk la org pertama yg sy carik, di bahu awk la tempat sy meluah perasaan. awk jugalah yg setia menadah telinga mendengar bebelan saya pasal hal kije yg tak berkesudahan. tima kasih kerana mengajar sy menjadi isteri dan ibu yg lebih sabar. sy byk belajar semuanya dari awk.

awak, saya mintak maaf sebab selalu lupe nak senyum tatkala menyambut kepulangan awak dari kije. yelah paham2 sendiri sudah. kan ke kita pun sama2 kije. sama2 penat. tapi awak tak pernah ambik hati. kengkadang kan saya tak paham la time saya sibuk2 nak masak balik dr kije tu , masa tu lah awak nak bercerita aktiviti seharian awak kt saya, cam repot duty gitu. tapi selalunya saya malas nak amek port kan? saya tak layan pun awak kan. sori ye wak. saya mmg camtu, awak pun dah paham perangai saya. tapi bila masa nak tido tu bila saya nak story mori ngn awak, awak pulak dah kroh dulu. tapi awk akan layan jugak saya walau sambil tutup mata kan.. time kasih byk la wak.

saya bersyukur sgt sbb awk tak pernah merungut tentang tentang masakan saya. apa yg saya masak sume pun awk kata sedap. walaupun badan awk tak naik2 tp saya suka tengok awk makan banyak apa yg sy masak.


awak, saya suka tengok awak buat summersault berpusing kt adik. mengekek-ngekek dia ketawa. sy tak mampu nak buat camtu, kang patah pinggang sy wak. awk mmg pandai tekel hati budak2 tu. kalu saya marah2 je budak2 tu mesti mengadu kt awk. nnti mesti diorg takmo kawan ngn saya. tapi ngn awak tak penah pun diorg majuk.


awk tau kan, cuma awak je yg tau nak NGAM TUNE mood saya tika angin kus2 sy dtg melanda. awk mmg terer. suka buat muka cam kambing gurun sampai kan sy nak majuk lama pun tak jadik. sori ea sy slalu panggil awk kambing gurun. satu2nya kambing gurun yg ttp setia di hati saya. sampai bila2

Tuhan, terima kasih kerana meminjamkan aku seseorg yg amat sempurna utk melengkapi diriku yg serba kekurangan, utk memimpin ku sepjg perjalanan, menempuh turun naik kehidupan dan menjadi pemimpin ku duniawi seterusnya bekalan ke akhirat kelak.


sekian saje luahan hati serta penghargaan seorg isteri poyo pada suami mithali nya walaupun dia tau yg sominya itu tidak la mengetahui akan kewujudan belognya ini.

0 comments: