saya ada assistant


hari ni terpaksa angkut farisya p opis.
sebab dari semalam dia demam. badannya panas sangat tapi on and off.
malam tadi pulak dia tido tak nyenyak, asyik la merengek.
risau la pulak nak anta neseri hari ni.
ramai budak demam kat situ, tu yg berjangkit agaknya.
ish la...lepas sorang...sorang..
si faris baru je baik. jumaat minggu lepas dia muntah2.
bangun2 tido tengok dah termuntah, abis kena cadar sume.
makan sikit pon abis kuar balik sume sampai ke malam camtu, lembek melepek je dia
org yang jaga kat neseri tu sms bagitau dia dah flat semacam dah
tu yang jumaat tu aku terpaksa halfday, ambik meka berdua dari neseri kul
1 lebih terus bawak pegi klinik.
doktor kata maybe salah makan tak pon angin.
mujur sabtu tu ok dah.
tunggu turn kat klinik, ramai la pulak org sakit

aku sebenarnya risau gak nak bawak makcik kecik ni takut kang termuntah pulak sebab budak2 ni kalu demam memang skali pakej camtu. tapi aku lagi risau kalu aku tinggal kat neseri karang orang yang jaga tu sms aku tak sudah, dah nak berkejar ke sana pulak. kalu dekat takpe lah, ni setengah jam jugak nak nyampai sana. tu yang nak tak nak aku angkut jugak. tapi aku siap pesan la kat dia kalu nak muntah bagitau, siap bagi tuperware besar buat tadah..haha

pagi tadi sampai je opis aku bagi makan roti ngn ubat sume pastu aku bagi kertas ngn pen, pesan kat dia tulis la nak tulis ape pon.
la ni dah ke hulu kilir berlari-lari cam kat neseri pulak dia siap nyanyi2 bagai.
pening pala pulak aku nak melayannya
takpelah nak oi, ko sihat la cepat2, besok bleh p skool lagi
tak yah dah la jadik asistant ibu lagi..


0 comments: