opt for maid...again???

as-salam sume,


hari rabu yg cbok. besok org p****** nk datang audit.
kena prepare apa yang patut. dah la semalam aku mc, ngn kije semalam dok pending tak dan nak buat lagi. takpe lah, kasi setel la slow2. pala pon masih ting tong lagi.

semalam aku diserang penyakit 3 serangkai. demam, selsema ngn batuk. paling tak tahan tekak rasa cam ada batu besar, nak telan air liur pon sakit. nak makan lagi lah tak selera. badan pon rasa lemau semacam.
dah la ngn jerebu bagai. semalam p klinik amik ubat, viral fever kata doktor.

pagi isnin tu lagi dah rasa lain macam sebenarnya. pala dah berat, tekak dah perit.
balik dari kije jemput bebudak kat neseri. balik umah dah stat bersin tak benti, hidong dah start srot sret, srot sret.
lepas maghrib tengok2 berjangkit kt si adik pulak.
tapi disebabkan aku mc semalam, maka bebudak dipos jugak ke neseri tapi cuma sekerat hari. kul 1 iwe jemput balik, aku yang suruh.

nak cite.. last week rasanya, kalu tak silap la. aku kalu selsema ni otak pon bengong2 sket.
masa tu aku otw nk p open hse umah kawan iwe, dpt sms...
maid aku yg memula kije ngn aku tu dia ckp nak datang sini kije ngn aku balik.
aku cam tak percaya. yelah, dia sms aku dalam bulan puasa hari tu bagitau ayahnya telah meninggal dunia. kini, hanya tinggal dia saje dengan mak nya sebab adik badik lain dah kawen dan duduk jauh ngan family. aku terpikir masakan dia sanggup nak tinggalkan mak nya sengsorang. tak lama lepas ayahnya pergi, dia diduga lagi, dia putus tunang sebab tunangnya dipaksa kawen ngn orang lain. berjela-jela jugaklah dia sms aku mencurah rasa hati. aku cuma boleh support dari jauh. suh dia banyak-banyak bersabar dan bagitau dia semua yang jadik tu ada hikmahnya.

tup, tup la ni dia bagitau dia nak datang balik. mula-mula dapat sms tu aku tunjuk kat iwe. iwe cakap ok lah, dia nak datang lagi bagus. nanti sampai sini buat permit kat dia balik.
tapi aku cam tak tau nak reply apa kat dia. sebab aku rasa so far aku takde maid aku ok je. berjaya je menyetel sume kije opis ngn kije umah ngn tulang empat kerat aku ni dan aku lebih rasa puas hati begitu. tapi takkan la aku taknak bagi dia datang pulak kan. so, aku fikirkan yang ni rezeki untuk anak-anak aku lebih-lebih lagi si adik yang masih dok ingat sangat lagi kat kakak yani nya itu. sikit-sikit kalu nampak eroplane cakap dalam tu ada kakak yani nak balik umah dia. yelah, itu yang dia ingat last masa anta yani balik setahun yang lepas. mungkin masa aku cakap kat dia ada hikmahnya semua ni terjadi adalah ada jodoh antara kami untuk berjumpa semula.

ape2 pun aku mengharapkan yang terbaik utk kami suma. sekian lah saje cite saya kali ni. nak pegi tapau lunch kejap je dah kul 1 lebih, pastu sambung balik kije-kije-kije...



0 comments: