jejak kasih part 2

khamis

15.9.2011

mesti iwe anggap hari tersebut dalam sejarah (aku rasa la)
maunya tidak. adik-adiknya (yang lain mak ituew) datang beraya kt umah.
dia pon tak bajet dorang nak datang umah sbb dia xde pon ngajak (eii zalim kan abg camni)
tapi dah nama pon raya kan, dtg je lah takyah jemput bagai

jejak kasih wey.. dari kecit tak jumpe tup-tup dtg dah beranak pinak.
tapi serious la wey, muke mmg lain pesen. yelah, dah kata mak pon lain-lain kan.
kesian tau laki aku, baru hari tu dia tau yang dia ada 6 org adik lagi.
sebelum ni bila aku tanya dia kata 4 org jek.
hee... magik tau tetiba je adik badik ko jadik ramai kan bang

tapi sian kat dorang, aku tak prepare ape pon. dah lepas masak sume dah nak masuk maghrib baru iwe bagitau meka nak datang. tak koser aku aku nak masak lagi. makan je la beskut raya. mujur la aku rajin sket, buat la cekodok ikan bilis tu pun tunggu punya tunggu kul 10 baru dorang sampei.
yang datang pun tak ramai. cuma adik no 2 ngn wife n anak dia 2 orang ngn adik yang bongsu yg baru abis study dan katanya dah stat kije next week kt area cheras. yg bongsu ni la yang rajin dok kontek bagai ngn iwe. tapi bile dah jumpe dpn mata takdelah banyak cakap. malu-malu dugong je aku nengok. yelah, berpuluh tahun tak jumpe kelu lidah berkate-kate gamaknye.

bile dorang dah balik tu aku cakap kat iwe best ape ada adik badik ramai. meriah gitu. dia takde perasaan pong, ntah biase-biase je dia kata, benda tu tetap takkan sama katanya, kalu nak harap dia yang mencarik dorang memang tidak le sebab dia dah terbiasa sebegitu rupa. kesian dia, takpelah bang oi, yang dah lepas tu toksah le dikenang lagi.

insyaallah la, lepas ni ada kelapangan buleh la membuat kunjungan balas ke putrajaya nun. nak kenal-kenal rumah kata org. adik nya ada dua org yang dok sana. kije gomen lagi. nak kenal dgn yang sulung payah sbb dok obersea lagi, siap dpt warganegara sana kabornya. dengarnya mak tiri yang dok kat pasir mas tu ada kedai makan. wallah.. buleh la nanti bila balik sana singgah blaka..ye dop?? make free gituk...


0 comments: