bertambah lagi umurku

tanggal 25 september lepas, genap lah umurku 32 tahun. (ewah.. ayat penyata, xde sape pon tanya)
dah masuk umur 30an ni sendu je rasanya. tambah lagi ngan anak2 yang makin membesar dan kalu jumpe budak-budak kecik dok panggil aku aunty...aunty manjang... aduhai terasa pasrah sungguh aku mendengornya. tapi kita takleh nak elak dah, umur tetap akan meningkat. yang penting camne kita membawak diri seiring ngn penambahan usia tersebut, ye dak

as usual, takde celebrate menda pon.
beli kek je sebijik nyanyi2, potong, makan udah abis cite.
disebabkan janah ture pon celebrate bday nya bulan yg sama, maka kite share kek saje lah, jimat kos

slalu pon begitu, spt bday itu dia yang punya


kek coklat pisang

malam minggu nya tu kuar lah aku laki bini tengok wayang. cite bini2ku gengster.
biase pon gitu, tunggu bebudak dah tido, baru lah kuar bercinta ngn laki. yang aku ni sementara nak nunggu kul 12 dah sempat ketiduran dpn tv almaklum siangnya tu merayap merata, lepas maghrib nya pulak pegi jamuan raya sp setia kt area umah. dah la melantak sakan, ngn nasik minyak, laksa lemang bagai, balik dari jamuan tu ngan perut ketat memang rasa nak carik bantal je dah. tapi dah laki booking kan tiket, tak kan tak pegi pulak kan.

masa otw nk p tengok movie tu, ngn aku yg tgh mamai2 tak abih lagi, iwe bagi present pulak dlm kete. aku siap eh ada hadiah ke?? bukak kad baca, bukak hadiah siap pakai tapi baru tingat tak cakap tima kasih pong kat dia.. seingat aku lah ni dah kali ke tiga kot dia bagi present benda yang sama. takyah la aku nak mention kat sini hape bendanya. tapi bila aku tanya apesal bagi ****** lagik?
tau ape dia jawap??

"dah tatau nak bagi ape dah. lagi pon ok ape, awk pakai benda tu semedang la awk ingat kat saya..." alohai.. suwit kau bang.
tu baru gara2 bday ke 32, lagi seploh tahun punya bday nanti ada harapan la bday aku pon dia dah tak ingat agaknya
takpelah wahai kandaku, ape pon yang kanda bagi dinda terima ngn hati terbuka.

oh, terima kasih gak kat jana ture sebab bagi present tu hari. ko macam tau2 aje aku memang plan nak beli benda alah tu tapi tak tau la tawon bile baru aku beli. ala, ko pon tau aku ni spesis camne kan. dan aku harap ko suke present yg kiteorg bg tuh. sori la, tu taste iwe, aku suh dia je beli sebab aku tak sompek nak carikkan ko hadiah tu hari.

berbalik pd cite bini2ku gengster tu, series best la cite dia.
suwit gile sahiezy sam ngn liana tu belakon as laki bini
the best part yang tak tahan gelak time dua-dua bini gadoh kat dapor pastu bile si suami datang sume pakat cam tengah sibuk prepare makanan, tak padahal rupe sengsorang dah macam hantu raya sebab muka penuh tepung, ngn periuk belanga bertempiaran sana sini. eh, series lawak lah bab tu.

aku rasa lepas ni kalu nak layan movie pon tgk cite yg lawak2 camni baru ok kot. baru kena ngn jiwa aku. cam minggu lepas layan midnite hantu bonceng, pon lawak gak. aku bukan ape kadang tu beriya nak tengok bile sume pakat kata cite tu best macam cite kl gengster tu hari tapi bile dah tengok pada aku biase2 aje. dah masuk era kertu gamaknya, sesuwai layan cite lawak aje la kot.

eh, tak masal lari tajuk plak dah. ape pon, sempena pertambahan usia ku ini, aku mengharapkan segala yang terbaik untuk aku anak beranak. mudah-mudahan kehidupan aku dipermudahkan dan diberkati sentiasa oleh-Nya. aku bersyukur dikurniakan orang-orang yang aku sayangi di sekeliling aku. mak bapak aku yang banyak jasanya membesarkan aku dari kecik. takkan terbalas jasa dorang sampai bebila. iwe, somiku yang aku rasa kita memang diciptakan untuk saling melengkapi satu sama lain. aku akui takde sape yang sempurna, aku berusaha untuk jadik isteri dan ibu yang baik untuk mereka. aku terima seadanya anak-anakku, sesungguhnya mereka anugerah yang cukup sempurna di mataku. segalanya serba memadai. terima kasih Tuhan atas segalanya..



demam angry bird

sebelum kena demam tu hari..
budak berdua ni dah lebih dulu diserang demam angry bird
lebih2 lagi si adik la kan..
ntah ape la yang best sgt ntah. aku kadang tu layan gak tapi asal main je tak lepas2 naik nyampah pulak.
dah la nyampah, mulut nyumpah pulak, tu malas nak main dah.
kalu adik mmg pantang, asal nampak je hp mesti main game angry bird.
tak hp aku hp ayah nya la yg jadik mangsa
aku cas kejap2 je bateri dah flat.
fenomena betol la burung ni. kat mana2 pon mesti jumpa.
kalu tshirt tu mmg merata la jual kan. balik2 angry bird
tu hari, kuar jenjalan ternampak la benda2 berunsur burung marah ni, sume pon dia nak.
style dia kalu nak dia tak cakap tapi dok tenung benda tu, panggil la byk kali pon dia takmo gerak.
maka beli la jugak

puzzle burung marah


ready, gesek...go

last2.. dua tiga kali main tak kena bertaburan la menatang tu di mana2


saya ada assistant


hari ni terpaksa angkut farisya p opis.
sebab dari semalam dia demam. badannya panas sangat tapi on and off.
malam tadi pulak dia tido tak nyenyak, asyik la merengek.
risau la pulak nak anta neseri hari ni.
ramai budak demam kat situ, tu yg berjangkit agaknya.
ish la...lepas sorang...sorang..
si faris baru je baik. jumaat minggu lepas dia muntah2.
bangun2 tido tengok dah termuntah, abis kena cadar sume.
makan sikit pon abis kuar balik sume sampai ke malam camtu, lembek melepek je dia
org yang jaga kat neseri tu sms bagitau dia dah flat semacam dah
tu yang jumaat tu aku terpaksa halfday, ambik meka berdua dari neseri kul
1 lebih terus bawak pegi klinik.
doktor kata maybe salah makan tak pon angin.
mujur sabtu tu ok dah.
tunggu turn kat klinik, ramai la pulak org sakit

aku sebenarnya risau gak nak bawak makcik kecik ni takut kang termuntah pulak sebab budak2 ni kalu demam memang skali pakej camtu. tapi aku lagi risau kalu aku tinggal kat neseri karang orang yang jaga tu sms aku tak sudah, dah nak berkejar ke sana pulak. kalu dekat takpe lah, ni setengah jam jugak nak nyampai sana. tu yang nak tak nak aku angkut jugak. tapi aku siap pesan la kat dia kalu nak muntah bagitau, siap bagi tuperware besar buat tadah..haha

pagi tadi sampai je opis aku bagi makan roti ngn ubat sume pastu aku bagi kertas ngn pen, pesan kat dia tulis la nak tulis ape pon.
la ni dah ke hulu kilir berlari-lari cam kat neseri pulak dia siap nyanyi2 bagai.
pening pala pulak aku nak melayannya
takpelah nak oi, ko sihat la cepat2, besok bleh p skool lagi
tak yah dah la jadik asistant ibu lagi..


jejak kasih part 2

khamis

15.9.2011

mesti iwe anggap hari tersebut dalam sejarah (aku rasa la)
maunya tidak. adik-adiknya (yang lain mak ituew) datang beraya kt umah.
dia pon tak bajet dorang nak datang umah sbb dia xde pon ngajak (eii zalim kan abg camni)
tapi dah nama pon raya kan, dtg je lah takyah jemput bagai

jejak kasih wey.. dari kecit tak jumpe tup-tup dtg dah beranak pinak.
tapi serious la wey, muke mmg lain pesen. yelah, dah kata mak pon lain-lain kan.
kesian tau laki aku, baru hari tu dia tau yang dia ada 6 org adik lagi.
sebelum ni bila aku tanya dia kata 4 org jek.
hee... magik tau tetiba je adik badik ko jadik ramai kan bang

tapi sian kat dorang, aku tak prepare ape pon. dah lepas masak sume dah nak masuk maghrib baru iwe bagitau meka nak datang. tak koser aku aku nak masak lagi. makan je la beskut raya. mujur la aku rajin sket, buat la cekodok ikan bilis tu pun tunggu punya tunggu kul 10 baru dorang sampei.
yang datang pun tak ramai. cuma adik no 2 ngn wife n anak dia 2 orang ngn adik yang bongsu yg baru abis study dan katanya dah stat kije next week kt area cheras. yg bongsu ni la yang rajin dok kontek bagai ngn iwe. tapi bile dah jumpe dpn mata takdelah banyak cakap. malu-malu dugong je aku nengok. yelah, berpuluh tahun tak jumpe kelu lidah berkate-kate gamaknye.

bile dorang dah balik tu aku cakap kat iwe best ape ada adik badik ramai. meriah gitu. dia takde perasaan pong, ntah biase-biase je dia kata, benda tu tetap takkan sama katanya, kalu nak harap dia yang mencarik dorang memang tidak le sebab dia dah terbiasa sebegitu rupa. kesian dia, takpelah bang oi, yang dah lepas tu toksah le dikenang lagi.

insyaallah la, lepas ni ada kelapangan buleh la membuat kunjungan balas ke putrajaya nun. nak kenal-kenal rumah kata org. adik nya ada dua org yang dok sana. kije gomen lagi. nak kenal dgn yang sulung payah sbb dok obersea lagi, siap dpt warganegara sana kabornya. dengarnya mak tiri yang dok kat pasir mas tu ada kedai makan. wallah.. buleh la nanti bila balik sana singgah blaka..ye dop?? make free gituk...


opt for maid...again???

as-salam sume,


hari rabu yg cbok. besok org p****** nk datang audit.
kena prepare apa yang patut. dah la semalam aku mc, ngn kije semalam dok pending tak dan nak buat lagi. takpe lah, kasi setel la slow2. pala pon masih ting tong lagi.

semalam aku diserang penyakit 3 serangkai. demam, selsema ngn batuk. paling tak tahan tekak rasa cam ada batu besar, nak telan air liur pon sakit. nak makan lagi lah tak selera. badan pon rasa lemau semacam.
dah la ngn jerebu bagai. semalam p klinik amik ubat, viral fever kata doktor.

pagi isnin tu lagi dah rasa lain macam sebenarnya. pala dah berat, tekak dah perit.
balik dari kije jemput bebudak kat neseri. balik umah dah stat bersin tak benti, hidong dah start srot sret, srot sret.
lepas maghrib tengok2 berjangkit kt si adik pulak.
tapi disebabkan aku mc semalam, maka bebudak dipos jugak ke neseri tapi cuma sekerat hari. kul 1 iwe jemput balik, aku yang suruh.

nak cite.. last week rasanya, kalu tak silap la. aku kalu selsema ni otak pon bengong2 sket.
masa tu aku otw nk p open hse umah kawan iwe, dpt sms...
maid aku yg memula kije ngn aku tu dia ckp nak datang sini kije ngn aku balik.
aku cam tak percaya. yelah, dia sms aku dalam bulan puasa hari tu bagitau ayahnya telah meninggal dunia. kini, hanya tinggal dia saje dengan mak nya sebab adik badik lain dah kawen dan duduk jauh ngan family. aku terpikir masakan dia sanggup nak tinggalkan mak nya sengsorang. tak lama lepas ayahnya pergi, dia diduga lagi, dia putus tunang sebab tunangnya dipaksa kawen ngn orang lain. berjela-jela jugaklah dia sms aku mencurah rasa hati. aku cuma boleh support dari jauh. suh dia banyak-banyak bersabar dan bagitau dia semua yang jadik tu ada hikmahnya.

tup, tup la ni dia bagitau dia nak datang balik. mula-mula dapat sms tu aku tunjuk kat iwe. iwe cakap ok lah, dia nak datang lagi bagus. nanti sampai sini buat permit kat dia balik.
tapi aku cam tak tau nak reply apa kat dia. sebab aku rasa so far aku takde maid aku ok je. berjaya je menyetel sume kije opis ngn kije umah ngn tulang empat kerat aku ni dan aku lebih rasa puas hati begitu. tapi takkan la aku taknak bagi dia datang pulak kan. so, aku fikirkan yang ni rezeki untuk anak-anak aku lebih-lebih lagi si adik yang masih dok ingat sangat lagi kat kakak yani nya itu. sikit-sikit kalu nampak eroplane cakap dalam tu ada kakak yani nak balik umah dia. yelah, itu yang dia ingat last masa anta yani balik setahun yang lepas. mungkin masa aku cakap kat dia ada hikmahnya semua ni terjadi adalah ada jodoh antara kami untuk berjumpa semula.

ape2 pun aku mengharapkan yang terbaik utk kami suma. sekian lah saje cite saya kali ni. nak pegi tapau lunch kejap je dah kul 1 lebih, pastu sambung balik kije-kije-kije...



isnin yang mandom

salam semua,


dah lama tak bersiaran lepas cuti raya. bukan ape, kije membukit, ngn audit bagai, tu yang nak update belog pun tak berkesempatan. weekend pulak sibuk ngemas umah pastu ada pulak open hse sini sana.

but just a short update.

12.9.2011

tarikh penting bagi aku. sebabnya si abang ngn adik telah dihantar dengan jayanya ke neseri semula. to most people mungkin ape lah sangat anta anak dok neseri. benda biasa. tapi bagi aku selaku ibu yang diuji dengan punya "si abang", tak semua neseri willing to accept dia. bukan perkara senang bagi aku untuk melepaskan dia di bawah jagaan orang asing yang aku tak tau hati budinya. that's why petang semalam sebelum anta janah balik rumah sewanya, singgahlah kami anak-beranak ke neseri tersebut. tengok tempatnya, sape ownernya dan yang paling penting setelah hampir sejam kat situ, aku berharap sangat anak-anak aku di bawah jagaan orang yang aku boleh percayai. aku tak nak ape yang berlaku pada abg sebelum ni jadik balik. aku serik. if anything happen to him, aku tau penghujungnya aku akan tak sudah-sudah salahkan diri aku sendiri.

la ni dah masuk time lunch. frankly aku takde selera nak makan. aku asik teringatkan dorang. aku tau diorng ok. pagi tadi aku siap bekalkan nasik goreng kat meka berdua. favorit si abang. aku harap sangat budak-budak lain kat situ tak buli dia. aku akan lebih terasa kalau pikirkan tentang dia compare ngn adiknya. adiknya lain, aku tau si adik lebih berdikari tapi si adik masih terlalu mentah nak ku harapkan menjaga abangnya itu. masa taip entry ni pon tak pasal-pasal air mata merembes-rembes kuar. ntah ape-ape la kan. haih la camne nak ngadap miting ngn muke sembab pasni.

aku dah tatau nak taip ape dah. mungkin nnti ada kelapangan aku nak cite pasal raya kat muar tu hari. insyaallah lah, sampai ketemu lagi.