suatu tika dulu



bila anak dah beso sket ni, tetiba aku...

rindu pulak nak cium bau budak time dorang baby dulu. skang toksah kan nak cium dok sebelah pun dah terbau masyam nye.

rindu nak geget2 kaki yg demok2 time baby dulu

rindu rasa nak gomol2 dan picit2 pipi dorang tanpa perlu dibuli balik, er skang try le merasa kalu kena debik balik

rindu nak beranak kecit lagi tapi er.. takde pun usaha nak menambah sbb dah selesa ngn ape yg ada skang dan malas dah nak bangun tengah malam (terbaek alasan ko senah)

tapi kalau ditakdirkan ada rezeki lagi, kan ku terima ngn hati yg terbuka. cuma yg malas nya tu bagi aku satu perkara je, nak mengusung perut boyot selama 9 bulan aje.
sebab kita akan pastinya merindui masa dorang kecit yg kadang tu terlalu cepat berlalu tanpa kita sedari. lagipun pengalaman membesarkan anak ni lain2, perangai tiap sorang anak tu pun macam2 dan setiap anak tu ada rezeki masing2 maka terpulang pada kita je nak mencorakkan camne.
Sesungguhnya, anak itu anugerah Allah yg terindah...

* sebenarnya ni mlm td punya kije. kononnya first time la ni masukkan video. edisi trial n error. bengong aku kan. benda senang camni pun siap mintak tolong sifu gak.
dah2 sambung balik buat kije


wayang blackout

ni 2 minggu lepas punya cite.
pegi jusco bukit raja, konon nak tengok wayang la.
show stat kul 5. tiket dah beli siap2 ni.
sampai sana awal sejam ingatkan nak pegi makan dulu.
skali tu tetiba blackout kau!
first time dlm hidup aku pegi shopping kompleks tetiba blackout.
gelap gulite. mengagau la kami carik jalan kuar. nasib baik la jusco tu tak bape nak besar.
macam tak logik pun ada. aku tanya kt sorang budak jaga kaunter tu dia ckp ni dah kali kedua jadik. sebelum tu penah gak sampai 3 jam baru ada karen blk.
buatnya la kan, time bergelap tu orang nak bawak lari barang pun xde sape nampak. yelah contoh cam kedai emas ke kan, kalu dah time tu ada customer tgh pegang2 barang tup2 gelap gulita tetiba. haru biru dowh. dah la time tu pak2 guard tu dok belari sana sini cam hilang punca je.

merasa la piknik kt tepi coridor jusco dlm cuaca panas

tengok sume org pun pakat keluar. dah macam pesta pulak. yg baru2 sampai taktau cite lagi macam pelik je tengok apesal la ramai sangat org berkampung kt luar.
yelah, takkan nak tunggu kt dalam pulak kan. berkuap kau. duduk je la melangut kt tepi corridor. nak buat ape pun tak tau. dah la nak beli ape2 pun tak buleh.

dalam 15 minit pastu tak tahan panas la pulak. cakap kt iwe kuar aje la sebab tak larat dah nak tunggu. tunggu pun bukan diorg tau pukul bape ada karen balik. nak keluar plak satu hal. dah tu semua pun pakat nak keluar, que sket punya panjang.

dpt je keluar pegi carik makan dulu, perut pun dah lapar. pegi la makan kt meru sebab paling dekat. dalam hati besar lah harapan nak nengok wayang jugak, kalu ok pukul 5 nanti kitaorg masuk balik. setel makan dah pukul 5.30. rupa-rupanya karen baru ada dalam 10 minit lepas. tu pun tau sebab iwe kol kawan dia yg kije sana.

pastu takde mood la dah nak tengok wayang, dah berlengas2. tambah2 si abg nak melabor pulak. so, iwe anta aku ngn jana je pegi jusco balik, depa sume balik rumah. pegi tu pun cuma nak amek refund atau tanya kalu2 diorg bleh reschedule ke cite tu. tapi skali tengok punya lah ramai umat beratur kt dpn tgv kaunter tu. blackout punya pasal la tadi kan. tgv pun siap tarik shutter lagi. dah macam tunggu kedai yg belum bukak. siap up notis mention penjualan tiket start 6.15 onwards.

fine. masa tu baru kul 6. tak kuasa nak berdiri tunggu kt situ. nampak plak ada baskin robin sebelah tu. maka kami pun layan la eskem dulu. sama makan nampak org beratur dpn tgv dah makin panjang. takleh jadik ni. naya je kalu kena beratur sama nanti. nasib baik nampak org jaga kaunter tu kt luar. aku pun kejar2 la dia tanya nak mintak refund. nasib baik that guy sgt la baik hati. dia amik tiket bawak kt kaunter and bagi kitorg refund.

bagi can mak budak nak hepi2 sesambil layan eskem

lepas tu turun la kami ke bawah. jusco sale la pulok... lalu kt situ nampak pulak beg comel2 siap diskaun 50%. tengok la kejap, kejap je kononnye. punya la kejap sampai kan siap benti solat maghrib skali takut terlajak pastu sambung balik. belek punya belek, try punya try, last2 terbeli la jugak.

then naik atas masuk kedai kasut. mmg ingt nak carik sandal flat2 pakai p kije. sejak rasa diri dah makcik2 ni memang aku sarung sandal je, xpon selipar. pusing2 xde yg berkenan. last2 beli kasut kt jana je. penyudahnya pukul 9 baru ingat nak balik. tu pun pikir kesian kt anak2 kt umah ntah makan ke tidak.

tu cite 2 minggu lps, agak hampa la jugak hasrat tak tercapai.
tapi last week dah dpt lepas geram.
layan cite karak.
tapi apesal karak? bukan ke masa last tengok cite hantu melayu yg tajuknya khurafat hari tu aku dah berikrar xnak dah layan cite hantu melayu. rasa cam buang masa je tengok kt wayang. beli cd je tengok kt umah lagi berbaloi. tapi konon kru buat cite ni kan. nak tengok la kehebatan spesel effect hantu2 tu. skali haram tak seram pon.
aku ni kalu ikut mmg jenis penakut jugak la.
tapi sumpah xde langsung adegan tutup2 mata pakai tudung sume tu.
kalu nak compare jgn pandang belakang lagi seram kot.
patut kalu nak buat cite hantu tu jgn la hendaknya hantu tu muncul terang2 dpn mata gitu.
ala2 skali imbas gitu baru la terkujat kan.
ni ngn rambut ngerbang2 gitu dah klakor pulak nengoknya.
tapi xpe la kan. lepas gian skali skala. nxt week kalu dpt nak tgk kung fu panda pulak.


tekak ngidam kena turutkan

p/s : ntah ape2 la tekak aku ngidam mendalah ni pulak. puncanya masa pegi tesco la hari tu. tengok2 sayor tetiba terpandang pulak mendalah ni. test la beli. skali cam sedap la pulak. sudahnya pegi jusco hari tu carik benda ni jugak
dah kata ngidam kan..kena la turutkan. kang menitik air liur kalu tak dapat
sakian saje, sampai ketemu lagi

musim cinta sudah berlalu

salam suma.


dlm beberapa hari lepas aku ada terbaca satu artikel ni.
tajuknya MUSIM CINTA SUDAH BERLALU.
aku suka dengan cara pengolahan si penulis tu. sebab tu aku up entri ni biar besok2 buleh aku jadikan pedoman

sedikit sebanyak, artikel tu bagi tip tak kira lah untuk orang yg bakal mendirikan rumah tangga ke atau orang yg mmg dah lama kawen untuk menghadapi perubahan diri pasangannya bila semakin meningkat usia perkahwinan tersebut. contoh la, yg mana dulu time bercinta buleh sms sampai 100 kali sehari tapi bila dah berkahwin nak dpt 1 sms dr pasangan pun payah. kau dapat pun, sependek2 ayat.

dan contoh lagi kalau dulu masa bercinta sang jejaka suka ketawa besar, membuat jenaka lantas menghiburkan si buah hatinya, bila sudah lama berumahtangga maka perlahan-lahan perangai tersebut akan berubah. dek 1001 cabaran serta rintangan alam perkahwinan tak mustahil si suami akan berubah menjadi serious, malah terhakis sifat jenaka suatu ketika dulu. si isteri pula bila diasak timbunan tugas yang tiada penghujungnya di rumah serta kerenah anak-anak akan berharapan besar menjadi lebih riuh mulutnya. sibuk berleter itu dan ini dan mengomel tanpa henti.

tapi persoalannya, kenapa bila semakin lanjut usia perkahwinan, si suami atau isteri semakin mahal dengan senyuman, semakin kurangnya senda gurau, pujuk rayu apatah lagi. (kebanyakan nya lah, tak semua)
apakah sebab sudah jemu? atau cinta sudah mula berkurang? tidak, tapi itulah petanda ketenangan semakin dihakis. dihakis oleh cabaran kehidupan. bila mana semakin banyak bebanan ditanggung, maka semakin sedikit luahan perkataan. kalau pasangan tu tak pandai mengawal hati, mengurus emosi, semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi. (ye, yg ni aku akui)

menurut artikel tu, ahli psikologi berkata bahawa true colors pasangan hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.
justeru, jangan sekali-kali merasakan kita sudah kenal pasangan kita walaupun telah lama hidup sebagai suami isteri sebab perangai manusia ni boleh berubah. saat itu akan tiba dan jangan pula terkejut jika kita dapati pasangan kita seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali.

mengikut pengalaman aku sendiri, bila perkahwinan tu semakin lanjut usianya, sedikit sebanyak akan timbul perasaan bosan di hati pasangan. bukan bosan terhadap pasangan, tapi bosan dengan rutin kehidupan yg sama saban hari. sama ada suka atau tidak kita kena jugak laluinya.

justeru, proses perkenalan antara pasangan mestilah diusahakan secara berterusan. Teruskan usaha berkenalan dengan pasangan dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan serta meminta pandangan satu sama lain dan jangan sekali-kali menggunakan "fail lama" untuk mencipta keserasian baru.

ok, yg ni aku copy terus dr artikel tu.

hakikatnya, lelaki dan wanita sama2 diuji dalam sebuah gelanggang mujahadah yg dinamakan rumah tangga. jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati.

Kesimpulannya, pasangan berkahwin mesti paham apa maksud sebenar tanggungjawab. Ia satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita "tanggung" di dunia, "disoal" di akhirat dan mesti kita "jawab" di hadapan Allah S.W.T kelak.

Pasangan harus sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

dan ada beberapa tip untuk mengekalkan rasa tanggungjawab :

1. kenangkan selalu bahawa suami atau isteri kita ialah milik Allah, bukan milik kita

2. sentiasa berbincang dalam membuat keputusan dan jika terdapat perselisihan, carilah kedudukan syariat dalam hal tersebut

3. bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah

aku tak pandai nak mengulas lebih, jadi kalu nak baca kisah penuh nya, sila la dptkan sendiri majalah solusi di kedai2 buku berhampiran.

sekian saja, sharing is caring. semoga kita dpt manfaat dari artikel tersebut dan berusaha menjadi pasangan yg lebih memahami erti tanggungjawab

atoks datang melepas rindu

ha kau.. panjang berjela tajuk entry aku. eh tak la panjang sgt kot. biasa2 je.
sementara tunggu nak balik kije dah ni, saje aku merajinkan diri buat entry psl cuti wesak baru ni. ni pun dah bape lama dok kt draft tak posting2. dah la nak upload gambo al-lembabs yg amat.

alkisahnya... mak, abah, adik ngn adik iporku dtg bertandang ke umah. dah lama diorg plan nak datang tapi baru ni la betul2 jadik. tambah2 abah aku, dah dekat setahun lebih tak mai shah alam katanya. almaklum lah, dah tua2, mak aku plak dah tak bape larat nk jalan sbb sakit kaki, maka kalu nak ke mana2 pun mengharapkan si ziko adik ipor aku tu jadi drebarnya. dia plak cbok benor kekdahnya. jadiknya wesak tu ada cuti panjang sket, maka sampai jugaklah rombongan org muor ke shah alam.

dorang bertolak dr muar lepas zohor, singgah umah kak ipar kt keramat, ada sesat barat sket dekat nak maghrib baru la sampai umah. aku plak petang tu masak kari ayam je ngn sayo campur. sempat jugak pegi pasar malam beli kuih sikit tapi disebabkan byk sgt ole2 dr kampung maka kuih pasar mlm tu tak laku. sbb meka2 pun penat maka mlm tu sume pun tido awal.

besoknya tu, ahad pepagi lepas bekfast kami dok bersantai aje kt umah. sambil golek- golek tengok tv, sambil borak2. lunch tu kitorg masak berjemaah. sayur keladi masak lemak ngn ikan bawal suwit sour. makan ramai2 time nasik panas2, walla best sgt. petang nya ujan, tak lebat mana pun. tapi kami tak kemana pun. dok umah lagi tengok tv. si olin ngn ziko je yg kuar jenjalan kt tesco area umah.

malam lepas maghrib kitorg kuar makan kt padang jawa. pastu pegi jenjalan kt ict. tak lama pun. mak aku tak larat, kejap benti kejap benti. asal jumpa kerusi je dia duduk. dpt la jugak amek gambar 2-3 keping buat kenang2an. sian kt tok pah, kul 11 lebih kami pun balik

belikan adik cekak minnie mouse yg kelip2


gambo feeling2 adalah wajib

gambar last ngn tok nen sblm blk

besoknya tu (isnin), kitorg plan nk kuar jenjalan ke shopping mall. si olin nak ke klcc tp mak aku malas, tak larat katanya. iwe ajak p mandi2 kt bagan lalang. tempat kitaorg pegi hari tu, masa cuti buruh. lagipun tak jauh mana sgt. tak sampai sejam perjalanan. lagipun, bila sampai sana nanti, mak pun buleh rilek2, baring2.

pakat punya pakat, sume pun beriya la ni. lagipun hari ni kan hari kije, tak ramai org. bleh mandi-manda ngn tenang. maka masak2 lah kami ni utk bekalan ke pantai nanti. masak nasik lemak, buat bihun goreng dan sandwich sardin jugak. tapi nak cepat punya pasal, piuk nasik lemak tertinggal, nasib baik dekat ngn umah lagi aku teringat. so, pusing balik la, kalu tak penat je masak.

sampai sana dah tengahari, air tengah surut. kelebihan nya pegi weekdays camni, boleh pilih port yg sgt strategik. dekat ngn toilet dan surau semua. sementara menunggu air pasang pun dah masuk zohor, maka solat la dulu. pastu bermalas2an saje la kami sementara nak memulakan aktiviti berkubang. tok pah siap landing baik punya. nasib baik bawak bantal segala.

lengang. cuma deruan angin je yg kuat kedengaran..cewah


makcik kecit aku plak meragam masa sampai2 tu. perut masuk angin agaknya. dia kalu pagi memang payah nak makan. minum susu je pun. sampai sana siap muntah2. nasib baik kejap je. pastu ok dah, ligat main pasir ngn abg nya.

peace..no war

dan main dokong2 ngn ayahnye

yg mak aku plak awal2 dari rumah lagi tadi dia dah ckp dia tak nak mandi. beriya aku bwk kan baju suh tukar pun tak mau jugak. jadiknya meka berdua ni cuma dok bwh pokok jadik pemerhati je la. lagi pun sume pegi berendam sape pulak nak tengok2 kan makanan ye dak?

tapi last2 hasil pujukan anak cucu serta menantu kesayangan, maka tok pah ngn tok nen pun turut serta jugak berkubang dlm air laut. tapi sayangnya tak sempat nak amik gambar camne suwitt nye tok pah berseluar tido teddy bear time mandi laut tu. nasib baik mak aku muat pakai suar aku masa ngandung dulu. kaler pink lagi. yg abah aku pulak mula2 ckp segan nak pakai short tapi bila dah tukar baju, dah dpt berendam dia pulak yg hover siap baring2 layan ombak laut. sampai ke petang barulah bertolak balik. sampai umah dah dekat nak maghrib.

ni je gambar berkubang yg sempat ambik, tu pun masa air tak pasang lagi. bila sume dah berendam, langsung tak sempat nak posing2 dah

disebabkan sume pun dah tak larat bila sampai umah, dinner mlm tu aku ngn iwe kuar tapau kt pasar malam saje. tok pah ngn tok nen lepas makan je terus tido. sian aku tengok diorg kepenatan. mak aku siap ckp seumur idup dia tak penah nya mandi laut. sampai kan masa nak tido tu pun dia cakap pala dia rasa hoyong hayang cam kat laut lagi. mabuk laut tak abis lagi.

besoknya selasa cuti lagi. dah kata wesak day kan. aku buat bekfas makaroni. lepas makan tu para lelaki sume kuar merayap. yg lain2 cuma melepak saje kt umah sebab tengahari tu dorang nak gerak balik dah. plannya nak bertolak kul 12 tp kena pegi keramat dulu jemput mak mertua adik aku baru la bertolak balik muor.

time dorang nak balik tu mula la aku stat emo. aku mmg ratu air mata. ngn mak aku sama naik. ntah ape2 buleh je merembes2 air mata. bukan ape la kan. terpikir satu je. ntah bila la pulak dapat jumpa camni lagi. ntah dpt jumpa lg ke tak. nak tunggu balik kg mungkin 2-3 bulan lagi la kot. tak pun kalu panjang umur nnti puasa baru dapat balik sebab cuti sekolah bulan dpn nak kena balik kelantan pulak.

dan disebabkan encik drebar tak familiar jalan ngala kl nun, so kitorg sume kuar tunjuk jln yg senang sampai keramat tanpa jem. sbb kan dah tengahari maka singgah la makan dulu kt sup ani sec 9. dah sudah makan barulah diorang bertolak balik. konon nak ajak jenjalan shah alam dulu tapi abah aku dah tak nyempat2 nak ajak balik dah. dia dah tak tahan rindu kt kucen2 kt umah.

tu aje la aku nak cite sempena rombongan tok pah, tok nen, mak ngah olin dah pak ngah ziko ke shah alam. sian gak sbb dorang berhajat nak pegi kl tapi tak terpergi pun.
insyaallah, kalu panjang umur, dipermudahkan segalanya satu hari nnti dtg la lagi bleh kita jenjalan ke kl pulak.

p.s - time taip ni dh rasa windu kt tok pah ngn tok nen...

toce sifu...

sian kt belog aku. dah rupe ape ntah. nasib la cuma aku je yg dok tengok pun.

itu lah kau senah. gatal khengkonon nak tukor2 rupe.
org lain berbelog aku pon nak berbelog sama. penyudahnya kelam kelibut rupe belog kau senai oi.
nasib baik la ada cik jana ture yg sudi memberi tunjuk ajor kt kakak beliau yg rabun gajet ni. dengan itu aku nak la berterima kasih byk2 pada sifu jana ture berkat tunjuk ajor beliau maka ada la lagu2 kt belog ni (sebenarnya dia yg buat sume tu aku tengok je..haha). tapi masa menaip entry ni pun lagu tu dah ilang. ntah mana pegi nya pun aku tatau.
nantilah, kalu ada masa nnti aku godek2 la balik, tukor template lama balik. tak pun balik kije nanti aku suh sifu ture buatkan..
cikgu ture baik kan..........plsssss...........

sori adik, ibu tak sengaja

cite hari kemarin.
hari ahad, cam biasa la. dah nama pun cuti maka terbangun pun lewat sket. lewat sket je dari biasa. itu pun nasiblah sebab budak berdua tu dah bangun awal. diaorg la yg secara tak langsung mengejutkan aku.
Budak berdua tu bila dah siap mandi sume bersantai tengok cd upin ipin. balik2 upin ipin. tak jemu-jemu.
aku plak sesambil tunggu mesin membasuh baju, aku goreng mee, utk sarapan merangkap makan tengahari sekali gus.

"ibu, tolong amikkan, adik nak beskut" tetiba je si kenit tu dah ada sebelah aku.
time kita nak masak time tulah dia sibuk nak macam2. dah nama pun budak kan. cepat je tangan aku ambik tin beskut, keluarkan beskut masuk dlm mangkuk bagi kat dia.

"dah, pi makan kat sana" aku sambung balik masak.

"nanti adik nak lagi ibu amikkan ye, adik kan masih small.."
nak tergelak aku. dia nak cakap dia rendah. nak ambik sendiri tak sampai. masih small pulak jadiknya.
yelah, dah mak nya pon tak cakap omputih kt umah, gitu la jadiknya.
siap je goreng mee, pastu aku pun sambung la menyidai baju kt luar.

"ibu.. ibu, sini kejap" dia jerit lagi.

aku tengok dia tengah buat puzzle. bersepah2. abis sume mainan yg dlm kotak tu dah terkeluar. aku biarkan aje. mmg gitu la gayanya pun. kemas pun nanti bersepah balik. mlm nanti bila dia nak tido pandai la dia kemas sendiri.
nak suh aku ngadap dia la tu sama2 buat puzzle ngn dia.

"nnti ye ibu jemur baju dulu" aku sambung kije.

setel jemur baju, pegi dapur. tengok lantai dapur dah melekit2. mop la tang dapur tu sikit. dah alang2 pegang mop, aku mop skali sampai ke belakang. dah nama pun belum mandi. baik skali harung berpeluh. karang dah mandi, xde nya nak buat sume ni.

"ibu..ibu" aku dengar adik panggil lagi

tak sempat aku nak jawap bila aku toleh tengok dia dah BELEBAB!!! jatuh terduduk kat belakang aku.

"HA KAN IBU DAH CAKAP JANGAN MAIN KT SINI, LICIN NI" mengalahkan sora mak king kong aku memekik. Terkejut si adik. Dah la budak tu sakit jatuh terduduk gitu.

Aku tengok mata dia dah berair dah.

"DAH BANGUN PEGI SANA" aku buat2 sambung mengemop. aku malas nak pujuk nanti lagi sakan dia melalak.

Aku tengok je dia bangun pelan2, pastu kutip buku dia. Agaknya dia dtg tadi ntah nak tunjuk ape yg dia buat ngn buku tu kt aku.

Cepat2 aku sambung mengemop, kang aku tinggalkan sekerat jalan aku pulak jatuh terkangkang kelicinan di situ.

Ada lah dlm seploh minit lepas tu aku baru perasan senyap sunyi je budak2 ni. musykil plak aku dibuatnya.

skali aku jengok depan tv tengok budak yang jatuh tadi dah ketiduran. elok je dia parking gitu pun buleh tido. alahai... tetiba sebak plak aku dibuatnya. Sayu hati aku tengok dia dah tido bersepah gitu.

Ape la yg dia buat sampai kan aku menjerit2 kalah mak tiri kat dia tadi. Teruk betul aku ni. Inilah salah satu kelemahan aku. HANGIN.
Dari dulu sampai la ni. cuma skang ni aku rasa aku dah banyak berusaha utk mengurangkan tahap kehanginan aku ni, almaklum umur pun makin meningkat, takut nanti cepat kena sakit jantung pulak bila asyik hangin memanjang. Sape pun x suke nak hangin tak tentu pasal tapi kengkadang benda tu jadik di luar kawalan. Bila hangin tu dah datang takleh nak kontrol2 dah. Dah marah-marah baru nak rasa menyesal. Dah tengking-tengking baru rasa ya allah teruknya aku ni. Apalah salah budak tu pun sampai camtu skali aku memekik kt dia tadi.
Aku tenung muka dia yg tengah tido tu, lama..

Sori adik, ibu tak sengaja marah adik. ibu memang jahat... :(

diari abang

Hai sume,

kali ni Abg nak nyebok kt belog ibu. abg nak cite pasal cuti2 hari tu. dah lama dah pun. masa 1 may hari tu. ayah kata hari tu hari buruh. ayah kata hari tu sume org dpt cuti tu sebab ayah ajak kami pegi mandi kolam.

bestnya.. dah lama kami tak mandi kolam. biasa nya kami mandi kolam kt umah je, tu pun kalu ibu rajin tolong isikan air. tapi leceh, sian pulak kat ibu, lepas tu ibu kena kemas kan pulak.

mula2 ibu tak mau. dia risau sebab mata abang merah lagi. kan hari tu abg jadik mangsa buli. dia kata kt ayah dok umah je dendiam. ibu tu ntah ape2 la. asyik risau manjang. tapi tak tau ayah pujuk ibu camne last2 jadik jugak.

tak jauh pun ayah bawak kami mandi kolam. kejap je dah sampai. tak sampai sejam pun. yg bestnya bleh mandi tepi pantai jugak. hotel tu dekat je ngn pantai. jalan kaki pun sampai.

bila sampai je ayah pegi amek kunci bilik. kitaorg tunggu dlm kete. pastu ibu cakap kat ayah nak makan dulu. ayah bawak kami makan kt tepi pantai. abg makan nasik ayam. ibu kata kena makan banyak2 kalau tak ibu tak bagi mandi kolam. abg tau ibu acah aje. ibu cakap camtu sebab adik tu memang payah sgt nak makan. dah kenyang kami balik hotel.

adik tak sabar2, sampai je dia terus nak tukar baju. dah la dari dlm bilik tu buleh nampak dah ada org mandi. tapi ibu tak bagi, ibu cakap panas lagi. nanti bila dah redup sikit baru ibu bagi kami mandi. ibu suh kami posing dulu. amek gambar buat kenang-kenangan.


adik memang suka sgt bergambar. lentuk sana, lentuk sini, tak payah nak ajar. tapi abg tak suka amek gambar. abg tak pandai. biasa pun ibu yg paksa abg tengok kamera. abg mana tau nak posing sume. ibu cakap abg yg paling susah nak senyum, tu sebab senyum abg mahal.



tapi ibu punya pasal, abg bagi senyum paling mahal masa amek gambar. biar ibu puas hati.

dah petang sikit baru ibu bagi kami mandi. adik bawak mr crab oren dia. dari rumah lagi byk kali dia ingatkan ayah nak bawak mr crab oren dia tu



best sgt dpt mandi kolam. panas pun xpe, ramai org pun takpe, kami hepi je.
tapi.. masa mandi kat kolam kejap2 ibu panggil abg. ibu nak titik kan ubat kt mata abang. kacau aje ibu tu. abg ok la ibu. ibu jangan la risau sgt. abg sian tengok ibu. nanti ibu jugak yg cepat tua kalau asyik risau aje.

ibu tak mandi, ayah je yg temankan kami mandi. tapi ayah mandi kat kolam org besar. ibu tak bagi kami mandi kat situ.
bila dah puas mandi, ayah ajak kami pegi tepi pantai pulak. dekat je. jalan kaki pun sampai. ayah siap bawak layang2 lagi. ayah kata angin kuat, best kalu main layang2.



tapi bila dah sampai ibu yg main layang2 adik. adik taknak main pun. abg ngn adik sibuk nak main air. ombak pulak kuat masa tu. org mandi pun ramai tapi ibu tak bagi kami mandi sebab tak bawak baju



kejap je adik dpt kawan baru. dia panggil kawan baru dia kakak. selamba je adik main layang2 kakak tu.


sebab ibu tak bagi kami mandi, maka adik lipat suar dia sampai atas peha xmo kasi basah, takut nanti ibu marah. tapi last2 dia basah jugak


sian adik, dia dah gigil2 masa ni sebab angin kuat sgt. pastu ibu pun ajak kami balik sebab dah nak masuk maghrib.

lepas mandi kami terus tertido. ibu siap amek gambar kami tido. ibu kata kami penat sangat, tido sampai ternganga.

kononnya malam tu ayah nak ajak dinner kat tepi laut tapi sebab kami dah terbongkang dulu dan ibu tak sampai hati nak kejut kami bangun, maka ayah oder je, makan kt bilik je la kami mlm tu. tu pun dah pukul 11 baru kami bangun makan


besoknya kami bangun pagi2. lepas bekfas kami mandi kolam lagi. lepas tu ayah ajak kami pegi mandi pantai. kan semalam tak dpt mandi. tapi dah sampai tengok2 air surut pulak. takleh la nak mandi. jadinye kami main pasir aje.



kan abg dah cakap. kalu abg amek gambar mesti mata tengok kt lain. tapi ibu cakap ibu suka gambar ni. ibu kata abg hensem masa ni. ibu mmg slalu kata abg hensem. panas terik pun abg buleh senyum sumbing

sambil2 tu kami tengok adik main tulis2 atas pasir

tak lama pastu ibu ajak kami balik. lagipun dah panas. ibu risau, ibu kata abg tak buleh berjemur lama2, nnti cepat je hidung abg berdarah. ayah kata tak dapat mandi air laut nnti balik hotel bilas dalam kolam pun tak pe. jadiknya balik tu kami mandi kolam lagi. sampai kecut2 tangan kami.

abg pinjam mr crab adik nak mandi ngn ayah kt kolam org besar

abg rasa tu je la kot cite abg kali ni.
walaupun sekejap tapi abg ngn adik suka sgt. tima kasih ayah. tima kasih ibu sebab bawak abg ngn adik jenjalan, mandi kolam. lain kali kita pegi lagi ye

momytingtong - agaknya gini la cite si abg kalu la dia bleh menceritakan segalanya... hakikatnya hanya aku dan Dia sj yg tau

tengkiu yang...

awak2..
hepi beday to you, hepi beday to you, hepi bday to ayah, hepi bday to you...


awak ingt lagi tak bulan lepas masa bday awak, sebulan sblm tu awak pesan kt saya awak xmo hadiah. awk kata tak baik membazir. siap suh saya janji x bagi hadiah. ntah ape2 la awk ni. awk cuma mintak saya masak sedap2 tp awak pun tau bini awak ni bukan pandai sgt masak. tapi sy belikan jugak awk hadiah. tapi hadiah murah je. saya harap awk suka lagipun benda tu tak membazir pun sbb awak bleh guna sampai bila2.

pastu masa bday awak 3 apr tu awak kije la pulak. saya dah plan nak beli kek tapi ditakdirkan faris plak tak sihat hari tu. awk yg bawak dia ke klinik. dlm seminggu pastu kita terpaksa cuti bergilir2 sbb ketiadaan bibik dan dlm masa yg sama survey2 neseri nak letak budak berdua tu. 2 minggu lepas dari bday awak barulah saya dpt belikan awk kek. itu pun kek kecik je. tengahari tu awk balik kije trus kitorg suh awk tiup lilin. budak2 berdua tu bukan main hepi mengalahkan diorg yg sambut bday.


awak, tima kasih banyak sebab awk sentiasa ada di sisi sy, saat sy bersedih awk la org pertama yg sy carik, di bahu awk la tempat sy meluah perasaan. awk jugalah yg setia menadah telinga mendengar bebelan saya pasal hal kije yg tak berkesudahan. tima kasih kerana mengajar sy menjadi isteri dan ibu yg lebih sabar. sy byk belajar semuanya dari awk.

awak, saya mintak maaf sebab selalu lupe nak senyum tatkala menyambut kepulangan awak dari kije. yelah paham2 sendiri sudah. kan ke kita pun sama2 kije. sama2 penat. tapi awak tak pernah ambik hati. kengkadang kan saya tak paham la time saya sibuk2 nak masak balik dr kije tu , masa tu lah awak nak bercerita aktiviti seharian awak kt saya, cam repot duty gitu. tapi selalunya saya malas nak amek port kan? saya tak layan pun awak kan. sori ye wak. saya mmg camtu, awak pun dah paham perangai saya. tapi bila masa nak tido tu bila saya nak story mori ngn awak, awak pulak dah kroh dulu. tapi awk akan layan jugak saya walau sambil tutup mata kan.. time kasih byk la wak.

saya bersyukur sgt sbb awk tak pernah merungut tentang tentang masakan saya. apa yg saya masak sume pun awk kata sedap. walaupun badan awk tak naik2 tp saya suka tengok awk makan banyak apa yg sy masak.


awak, saya suka tengok awak buat summersault berpusing kt adik. mengekek-ngekek dia ketawa. sy tak mampu nak buat camtu, kang patah pinggang sy wak. awk mmg pandai tekel hati budak2 tu. kalu saya marah2 je budak2 tu mesti mengadu kt awk. nnti mesti diorg takmo kawan ngn saya. tapi ngn awak tak penah pun diorg majuk.


awk tau kan, cuma awak je yg tau nak NGAM TUNE mood saya tika angin kus2 sy dtg melanda. awk mmg terer. suka buat muka cam kambing gurun sampai kan sy nak majuk lama pun tak jadik. sori ea sy slalu panggil awk kambing gurun. satu2nya kambing gurun yg ttp setia di hati saya. sampai bila2

Tuhan, terima kasih kerana meminjamkan aku seseorg yg amat sempurna utk melengkapi diriku yg serba kekurangan, utk memimpin ku sepjg perjalanan, menempuh turun naik kehidupan dan menjadi pemimpin ku duniawi seterusnya bekalan ke akhirat kelak.


sekian saje luahan hati serta penghargaan seorg isteri poyo pada suami mithali nya walaupun dia tau yg sominya itu tidak la mengetahui akan kewujudan belognya ini.

naluri seorang ibu

salam,

dah lama rasanya tak menulis ape2 kt sini. aku ni camni la. bila teringat dan rasa rajin barulah bukak belog. org lain berbelog meriah posting hari2. aku punya..sepi. takpe lah, dah nama pun cam diari meluah rasa hati.

tapi hari ni aku puas hati. lega rasanya bila dpt setelkan satu kije yg aku dok hadap dr last week. tapi kt sini xmo cite psl kije. sbb cite psl kije mmg xkan ada kesudahan.

aku nak cite psl aku. camne paniknya aku masa khamis minggu lepas.
kejadian yg membuatkan aku skang bila petang je asik tengok jam.
bila petang je asik mengira waktu, cepatlah abis kije.
cepatlah pukul 5.30 agar bleh aku bedesup balik kije lantas menjemput budak berdua tu blk.
sejak diorg dok kt nursery ni, aku dah jadik mak budak yg risau tak tentu hala.
asik teringatkan depa berdua. ntah ape yg dibuatnya. makan ke tidak ke?
ntah ape2 la aku ni. owg lain pun ada anak jugak. owg lain tu lagi lah berderet anta anak kt nursery tapi rilek aje. aku je yg mengelabah lebih.

tapi khamis last week tu memang dari pagi hati aku tak tenang.
apa yg aku buat kt opis rasa mcm ada je yg tak kena gaya.
asyik teringat2 kt budak berdua tu je. rasa nk kol aje tanya si adik tengah buat apa.
yg si abg pulak dah sampai ke dr sekolah (sbb transit belah ptg)
kalu ikutkan mmg jarang sgt aku kol nursery. aku paham, diaorg pun ramai budak nak jaga, kang kita asek kol2 je annoying plak org kat kita.

tapi hari tu aku takleh tahan, aku sms gak tanya.
rupanya mmg ada benda yg tak baik jadik kt si abg.
owner nursery tu reply sms aku bgtau dia bergaduh. siap mention hidung berdarah, tepi mata kiri ada bengkak sikit. kt dalam mata kiri ada kesan merah2.
patutlah aku risau semacam, jantung pun berdebar tak tentu arah rasa.
aku tak puas ati. takkan la dia bergaduh. aku tau anak aku camne. sbg ibu aku lebih kenal dia. at the same time cepat je tangan aku kol laki bgtau ape dah jadi.
pastu aku kol nursery tu semula sebab nak tau ape sebenarnya dah jadik. dalam pala aku dah pikir nak balik je. tapi bila aku kol diaorg kata si abg dah ok dan dah tido pun. aku tengok jam, masa tu tinggal lagi sejam nak balik so aku sabar je la. tapi kerisauan dlm hati tu hanya tuhan je yg tau.
lepas ckp ngn owner nursery tu baru la tau cite. rupa2nya si abg jadik mangsa. org lain yg bergaduh tapi dia yg kena. benda jadik masa dlm van on the way back dr skolah nak blk ke rumah.

tapi sedikit yg aku kesalkan, aku cuma dpt tau berita tu sbb tuhan gerakkan hati aku utk sms & tanya.
kalu tak agaknya sampai petang time aku jemput diaorg baru aku tau citenya.

bukan ke sepatutnya mereka2 ni, tak kira la owner nurseri ke, org yg bawak van ke nak bagitau direct kt mak bapak budak bila sesuatu perkara berlaku kt anak mereka. no hp mak bapak sume pun diorg simpan. dalam hal yg macam ni lah patutnya mak bapak budak tu diberitahu. tapi yelah benda pun dah jadi. dah Tuhan tetapkan camtu. Tapi bila aku pikir2 balik mungkin diorg tak bgtau sebab diorg rasa alah tak serious mana pun. lagi pulak bukan kena kat anak diorg kan.

(gambar dicapture mlm tadi)
kesian abg jadik mangsa keadaan.
teringat lagi masa aku jemput dia hari tu masih ada kesan darah kering kt idung dia.

cuma aku harap, sbg seorang ibu yg 'terpaksa' meletakkan anak di bawah jagaan org lain semasa keluar bekerja.. mintak dijauhkan la perkara yg memudaratkan dari menimpa anak2 kita. aku tak rasa ada mak bapak yg suka2 nak hantar anak ke nurseri kalau bukan kerana kekangan kerja. dan pastinya setiap anak2 yg dihantar ke nursery tu adalah amanah daripada parent diorg. parent diorg berharap anak2 mereka dijaga seeloknya. so pada pemilik atau org yg mengendalikan nurseri ataupun org yg ambil upah menjaga anak org tu, sekurang2nya jagalah amanah dr mak bapak tersebut dgn rasa tanggungjawab dan bukan hanya mementingkan keuntungan semata2.