ni cite weekend lepas.
sabtu tu iwe kije.
cam biasa tinggal la aku ngn bebudak kt umah.
bekfast tu aku buat bihun. pecah telur je sebab takde ape yg tinggal dlm fridge.
ada la ikan sket ngn daging cincang je pon.
nak p tesco beli barang basah malas.
yg sebenarnya aku tak suka p tesco hari sabtu sbb xde plastik beg.
apa motip la kan?
eh ada. sbb aku malas nak bawak beg sendiri. leceh
so, dah tengahari tu aku buat la bubur lambuk style campak ape yg ada.
ok la kan, ngn daging cincang sepeket, campak carot, kentang ngn kacang panjang sket..done.
nak makan tu tabur je la bawang goreng bagi meriah sket.
piuk besar gajah tp isik sket je. tak baik membazir amalan syetonn
tukang test tengah rasa semangkuk bubur
sian makcik kecit ni, makin keding dia lepas baik dr demam, dah la nak makan punya la payah. beriya la mak dia ni masak nak bagi dia mkn tapi makan dua tiga suap je dah takmo dah. faris gak senang layan. letak semangkuk, mintak tambah sampai 2 mangkuk.
dah makan sume, angkat kain di jemuran, lipat baju, amek mop amek baldi mop atas sket. bawah nnti lain hari tunggu mood rajin. tu lah aku, buat kije time ada mood. xde mood dah dok dendiam. pastu layan tv dan krohh bersama anak2. dpt lelap kejap je tengok jam dah kul 4. tak lama iwe pun sampai umah.
pastu dia ajak mak ngn anak2 kuar. sian katanya dok umah sepanjang hari.
eh, best ape dok umah.
kalu ikut aku lagi suka dok umah kalu tak kije.
tapi ikut je la kan. lepas asar tu siap2 la kami ni.
time nak masuk kete tu nampak la si ayah ni bawak masuk skali layang2 dlm bonet kete. aku ni dlm hati ape hal bwk layang2 kan. rupe2nya la si ayah ni nak ngajak anak2 nye main layang kt tepi pantai.
sampai dah pun kt pt remis, tak jauh dr rumah dlm 20 mnt jer.
sumpah aku tak tau kt sini rupenya yg namanya pantai remis tu. ok lah kalu setakat nak tengok ombak, nak feeling2 tepi laut gitu buleh la pegi sana. mandi tu jauh skali la sbb tempt nya kotor. aku tengok pun org yg dtg sini ramai yg lepak2, pot main layang2 ngn mkn2 sbb byk gak kedai makan dekat2 situ. tapi menu adalah so-so saje
percubaan mak budak menaikkan layang2
org lain punya elok je naik tinggi tp layang2 kitaorg tak naik2. dia nak naik bile main kt area umah je kot
pose makcik kecit
motip? nak amek gambar ngn sunset
kejap je pun dah maghrib. lepas tu plak ujan renyai2. kitorg makan kt kedai makan tepi jln on d way nak balik je. PAPA seafood kalu tak silap nama kedainya. siap oder rojak buah tapau bwk balik, sedap! pastu dah nak sampai umah, kt klang sentral tu tak semena2 ternampak la pulak ada funfair di situ. maka terjebak lah kami di situ pulak
dah pegi situ maka kena la layan game kt situ kan, tak kan nak tengok je. iwe pun pegi tukar token pastu layan budak2 main game yg pusing2 tu, mak bapak budak plak try cuba nasib. geram tengok hadiah besar2 ngn tedi bear bagai tapi hampeh belaka. main game cedok2 itik ngn game baling2 bola tu dua2 pun dpt mug kecit je. ngelat diaorg nih. sume yg main pun pakat dpt hadiah kecit cenonet je nampak sgt yg besar2 tu cuma hiasan semata-mata mmg diorg x bagi can nak dpt punya
steady je budak kecit ni. satu-satu sume dia nak try
pastu kitorg naik mendalah yg ala2 cam ferris wheel tu. tinggi woh.. aku ni dah la stok gayat. iwe la nak jugak2 naik. dah la mahal kot sampai 20 hengget . aku dok dendiam tak gerak2, kt ats tu iwe amik gambar plak, kuar muke kontrol gayat aku sambil pegang tiang kt tengah tu kuat2
meka ni aku rasa tak tau gayat kot. si adik bleh tukar2 tempat plak time kt atas nun, nak terkucil aku menengoknye
sayup je dr atas.
menatang sutun yg tak sempat nak naik tu hari.
insyaallah, kalu la funfair tu lama lg ada kt situ buleh je bawak budak2 pegi lagi lain kali.
sampai umah dah pukul 11 lebih. sume mandi2 trus tdo
**************************************************************************************
ni cite hari ahad plak. bangun pun tak bape nak pagi dah, biasalah dah nama pun weekend kan. hari bermalas2an. baca paper pun atas katil..hehe. tunggu budak berdua tu bangun. mandi2, pastu berbondong2 la kami ke mamak.
tetiba teringat dah lama tak pegi pasar pagi kt stadium.
ajak iwe. dia on saje.
tp tak buleh lama la katanya dia kije petang. ok la kan.
sms jana, tanya mau ikut ke tak. then fetch jana kt umah sewa dia then pegi la kami ke stadium. serious, mmg dah lama sgt tak pegi. rasa dlm thn lepas pun skali je kot. hehe bukan beli ape pun saje cuci mata. tengok2. beli la gak baju tdo kt budak2 tu. sbb cumil. dan end up beli kepek, 3 bungkus 5 hengget saje.
pastu ujan pulak. lunch kami ke tesco. makan kt pak hailam kopitiam kt tesco
dah2 mkn cepat..ayah nak kije ni
mine. kuetiaw ape ntah namanya. sedap gak.
byk portion dia, siap suap farisya tu pun tak abis gak
adik nak bubur tp dia mkn sket je. mak dia jugak tolong abiskan
adik ngn muksu jana
dah abis mkn anta jana blk umah dia. tak sempat nak naik tesco beli brg sbb nak blk cepat. lagipun tak bleh nak merambu sgt sbb muksu dah nak exam ujung bln ni. then bln dpn dia dah stat cuti. lama plak tu sampai bln sept. nnti kita ragging muksu jadik bibik plak. takdelah, dah tanya dia pun. insyaallah, time dia cuti nnti dia stay ngn kitorg. so bebudak pun hepi tak payah dok kt nursery.
so, kat mana tadi? sambung cite, iwe anta kitorg blk then dia trus p kije.
dah sampai umah, lipat baju stok basuh semalam ngn kemas ape yg patut. dlm pukul 3 bawak budak berdua tu pegi tesco, cam biasa kena beli stok barang basah dan stok lauk utk seminggu.
bila balik dah petang. tengok bunga belaan ku dah kekuningan sbb lupa nak siram semalam. sian kat pokok2 tu. siram la kejap. dlm pada tu pikir nak masak ape jap lg. angkut brg2 yg beli kt tesco tadi, kemas2. pastu masak la ape2 yg patut utk dinner mlm kang. mujur dpt laki tak cerewet bab makan. masak la ape pon sume dia telan. pastu suruh budak2 mandi. aku dah siap masak pun diorg tak siap2 lagi mandi. last2 mak dia jugak mandikan. dah maghrib ayah baru sampai umah. biasa kalu awal sket mesti kena layan budak2 p playground sedas. ni dah maghrib so adik pun dah tau dah gelap so playground nak sleep katanya..hehe
biasa time maghrib je buleh solat jemaah sesama, time tu mmg kitorg ajak budak2 skali.
melentur buluh biar dr rebung nya kan..
so, camtu la cite weekend lepas. pada aku weekend ke, hari kije ke, sama je. bila kita dah bergelar mak budak, bak kata org, motherhood is never ending job..