sebal
doa
semalam lepas sahur bukak tv kejap sementara tunggu subuh
minggu ganti posa
kena ubah
catatan ujung minggu
layan lawak jap
aku cek email jap td, jumpa plak satu email ni, saje nak share buat lepaskan tensen kije...
Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai mamak berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.
Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..
"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
"Yes boss?"
"Sini wifi aper dia punya password?"
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'
Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' boleh tak?"
mural,mural on the wall
syabas ganu
yang dulunya pelik...
lunch hour ni aku malas nak kuar. tadi masa ujan lebat dalam pukul 10.30 baru sempat nak makan pagi. lambat sket, tu yg skang kenyang lagi. jadi, dalam pada melayan pala yg berat semacam ni, ada baiknya aku menghapdet blog ni kejap..aiceh apesal gaya ayat aku muslimah semacam je ni..
ape yg dulunya bagi aku pelik tapi la ni aku suka sgt? ewah soklan cepumas. takpe biar aku tanya aku sendiri yg jawap. dah nama pun blog aku suka aku la kan nak wat entry apa.
dulu kan, aku heran tau nape lah org kelantan ni suka sangat makan benda yg pelik2. aku bukan la ngata org kelantan ye, laki aku pun org sana. ni aku bercakap benda yg umum.
bukan ape, dulu masa mula2 kawen kan, bila blk sana pertama kali aku diperkenalkan ngn etok. iwe la yg ngajor aku makan etok. mendalah ni rupa dia cam lala tapi halus2 je. memang jakun la muka aku masa tu nampak etok. tapi mujur la aku ni jenis tak kisah bab makan dan tibai je ape-ada-depan-mata, jadi perasaan pelik tu kejap je. bila dah try best la pulak. la ni... bila blk kg, dah jadik satu kemestian carik etok ni. biasanya diorg salai siap letak rempah sket. rempah apa tak pasti pulak la. dia jual bungkus pakai kertas sokabar je, bungkus cam kacang putih tu. rasa dia lemak2 masin, sedap dimakan begitu saje.
pic etok gugel, bestnya kalu dpt yg debab2 camni
tak lama pastu petpetpet dengar org jual lauk macam2 naik moto dari umah ke rumah. takyah susah2 pegi pasar beli lauk. tunggu dpn pintu jer. dah petang sket karang, lagi la macam2 org berjual. ada colek buah la, lokcing la, lokcing tu kalu tak silap aku penah tanya iwe diorg buat dr isi ikan haruan, bulat2 lebih kurang macam fishball la pastu dibakar dan dicelup ngn sambal yg manis2. kadang tu dah kenyang pun terbeli jugak sebab teringin nak makan punya pasal. petangnya pulak stat la meriah rumah mak mertua aku tu. nama je dia dok sorang tapi biasa dpn umah tu jadik port berkumpul. buleh dikatakan sekampung tu dah mcm sedara sumenya, yg makcik dekat2 umah tu kadang datang siap bawak laksa la, kepok goreng la. jadiknya makan dan makan lagi.
farisya ngn kazen, fashahah dan farihah yg montel. meka ni sebaya, yg tengah tu je tua setahun. agaknya kalu adik dok ngn atuk timah kt sana mesti bolat dan membesar bagai johan jugak kot...hee
tapi pelik tu dulu lah, skang tak pelik lagi dah. skang ni bab makan aku lagi champion makan budu compare ngn iwe. tu kawen ngn org kelantan tu, agaknya kalu jodoh aku org melaka mesti hari2 makan nasik carik cencaluk pulak. tapi aku tak nafikan, aku sgt suka kepelbagaian makanan kelantan. kadang tu bila lama tak balik sana teringat2 plak makanan org sana yg payah nak carik kat sini. aku rasa kalu aku dok sana mesti aku segar bugar lagi montel sebab asik nak makan aje. maunya tidak, pagi makan nasik, tengahari hadap nasik, malam pon tibai nasik. tu baru nasik belum lagi kuih muih. sepanjang hari tu dari pagi sampai ke malam ada je org jual kuih. macam2 jenis sampai rambang mata nak pilih. ada kuih tu kan namanya tahi itik. tapi sgt la manis, dibuat dr gula dan putih telur saje. pastu ada kuih bunga tanjung, jala mas yg mana diorg buat dari kuning telur ngn gula je. manis yg amat. kalu kuih aku mesti carik lompat tikam. beli lebih2 pastu masuk peti ais sejukkan. kalu kat sana diorg jual campur ngn pulut kaler merah.
jengah sekejap
salam..