hari ni, 11 mac 2011
merupakan hari jadik abahku yg ke 69 tahun.
aku mohon moga dia diberikan kesihatan berpanjangan
aku berdoa agar dia dipanjangkan umurnya
dan semoga dia sentiasa diberkati serta
dipermudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat kelak.
seingat aku,
sesekali tika pulang ke kampung
tatkala mencium tangannya
tangan kasar itu la dulu yg membesarkan aku
tangan itu la dulu yg mendidik aku,
pernah juga memukulku (bahkan slalu..masa kecik la)
aku juga akui gaya didikannya kasar terhadapku adik beradik
tapi tidak,
tidak sekelumit pun aku salahkan dia
malah beribu syukur aku panjatkan
sebab dia aku berpeluang tengok dunia
sebab dia jugaklah
sekarang ni aku mengerti jerihnya nak membesarkan anak
ececeh..tetiba bersajak plak aku ni.
excited sebenarnya ni
sbb petang ni abis kije trus nak balik muor jumpa org tua ku ituew.
tapi tu la kan.
orang kata, bila kita nak dapat pahala cara mudah..
salah satu caranya tataplah wajah kedua org tua kita
ngn pandangan kasih dan ehsan
aku akui aku jenis yg susah nak ungkapkan sayang dengan kata2
never in my life aku cakap kat mak bapak aku yg aku sayangkan mereka (jahatkah?)
tapi..tuhan je yang tau macamana sayangnya aku kat mereka
cuma terkadang aku terkilan
betapanya bila aku dah makin dewasa
bila mana dah dipertengahan usia
makin kurang perhatian yg dpt aku berikan
pada org tua ku
kerana tuntutan hidup yg memaksa
aku membahagikan perhatian
pada sekelian perkara
namun aku mohon padamu Tuhan,
jangan biar aku terlupa
akan jasa keduanya
dan jadikan agar kasih sayang
sentiasa dekat di hati kami
mlm tadi dah kol abah, suh farisya cakap hepi bday kt tok nen..hehe
0 comments:
Post a Comment