Dah lama sangat rasanya tak balik kg muar.
Last we all balik masa Olin bertunang bulan Jun hari tu.
Dah masuk 4 bln tak balik, rindu sangat kat mak.
Raya hari tu pun tak dpt cium tangan mak ngn abah..sedih sgt rasanya.
Aku mmg emosional sket bila teringat bab2 balik kg ni.
Maklumlah bila kol cakap ngan mak dia asik dok tanya bila nak balik kg...
dah rindu kat cucu2 dia..tu yg bertambah2 la sedih hati ni..
So, kali ni dah takleh tahan rindu punya pasal, nak balik kg gak.
Kebetulan plak hari Isnin tu kan cuti deepavali,
so aku ngn en suami amik la cuti hari selasa sambung lagi sehari, so daptlah relek 3 hari kat kg.
Sabtu pagi sblm p kije tu, aku dah pesan siap2 kat bibik suh packing baju faris ngn farisya sbb petang or malam tu nak balik muar. Bibik pun hepi nak balik muar sebab dia ngn my mak memang rapat, pantang jumpa byk je citenya.
So, sabtu balik dr kije, aku pun packing la ape2 yg patut. Hubby kol, dia cakap ada member dia buat open hse plak, so dia menyinggah la ke sana tu yg dia sampai umah dah dekat nak maghrib. Kalu ikutkan hati mmg nak ajak balik ptg tu gak tp sian plak laki penat kan..lagi pun muar bukan jauh sgt, 2 jam dah sampai. Sempat lagi suh bibik masak nasik ngn lauk yg simple2 sebab malas dah nak kuar tapau. Lepas makan, lepas kemas, dah packing ape2 patut tu, we all pun bertolak la balik kg, masa tu dah kul 10 mlm dah, sampai kg kul 12.30 camtu. Yg lain sampai2 je sume terus tido maklumlah penat dah kan tp sbb dah lama tak borang aku ngn mak sempat lagi menyembang. Dah lama tak balik so byk cite, borak punya borak sesambil baring tu kul 2.30 pagi baru tido.
So, besok tu monday kan cuti deepavali. My youngest sis, Jana yg study kat matrik tangkak tu tak dpt balik kg sebab besok dia dah stat exam. So, we all pun p la tangkak nak jumpa dia.
sempat lagi posing. Adik aku yg no 2, si Olin tak nak ikut, so dia tinggal umah ngan bibik lagipun tak muat kete kalu sume nak p. Kitaorg singgah Giant dulu beli brg sket kat Jana and sampai sana kul 4 ptg.
Dah sampai pun kat tempat Muksu Jana. Ni sessi makan2, kitaorg lepak kat cafe je sebab tak larat nak panjat tingkat 4 kat bilik dia. Kul 6 kitaorg gerak balik, sampai umah dah maghrib.
posing sblm balik shah alam. Hubby ajak balik tengahari sebab petang tu dia ada hal, nak setel kije katanya. Anyway, oklah yang penting, terubat dah rindu kat mak, abah n kg sebab after this tak tau bila la plak dapat balik kg lagi..:(
tu lah kan, kasih nye ibu ngn anak ni mmg tak boleh nk dipisahkan. walau pon kita dah ada family sendiri, contoh mcm aku ni walau dah beranak pinak pon, kadang kalu dah lama tak tengok org tua especially mak aku akan jadik sentimental, meleleh air mata teringat kan mak kt kg, rindu punya pasal. kalau ikut kan hati nk je dok lama2 kt kg, spend time sesama tp apakan daya tuntutan hidup kan perlukan pengorbanan. harapan aku selagi org tua aku masih ada ni mudah2an kitorg dpt kerap blk kg, bukan apa, puas bila tgk diorg hepi dpt tgk anak cucu blk.
0 comments:
Post a Comment