Balik muor

Dah lama sangat rasanya tak balik kg muar.
Last we all balik masa Olin bertunang bulan Jun hari tu.
Dah masuk 4 bln tak balik, rindu sangat kat mak.
Raya hari tu pun tak dpt cium tangan mak ngn abah..sedih sgt rasanya.
Aku mmg emosional sket bila teringat bab2 balik kg ni.
Maklumlah bila kol cakap ngan mak dia asik dok tanya bila nak balik kg...
dah rindu kat cucu2 dia..tu yg bertambah2 la sedih hati ni..
So, kali ni dah takleh tahan rindu punya pasal, nak balik kg gak.

Kebetulan plak hari Isnin tu kan cuti deepavali,
so aku ngn en suami amik la cuti hari selasa sambung lagi sehari, so daptlah relek 3 hari kat kg.
Sabtu pagi sblm p kije tu, aku dah pesan siap2 kat bibik suh packing baju faris ngn farisya sbb petang or malam tu nak balik muar. Bibik pun hepi nak balik muar sebab dia ngn my mak memang rapat, pantang jumpa byk je citenya.

So, sabtu balik dr kije, aku pun packing la ape2 yg patut. Hubby kol, dia cakap ada member dia buat open hse plak, so dia menyinggah la ke sana tu yg dia sampai umah dah dekat nak maghrib. Kalu ikutkan hati mmg nak ajak balik ptg tu gak tp sian plak laki penat kan..lagi pun muar bukan jauh sgt, 2 jam dah sampai. Sempat lagi suh bibik masak nasik ngn lauk yg simple2 sebab malas dah nak kuar tapau. Lepas makan, lepas kemas, dah packing ape2 patut tu, we all pun bertolak la balik kg, masa tu dah kul 10 mlm dah, sampai kg kul 12.30 camtu. Yg lain sampai2 je sume terus tido maklumlah penat dah kan tp sbb dah lama tak borang aku ngn mak sempat lagi menyembang. Dah lama tak balik so byk cite, borak punya borak sesambil baring tu kul 2.30 pagi baru tido.
So, besok tu monday kan cuti deepavali. My youngest sis, Jana yg study kat matrik tangkak tu tak dpt balik kg sebab besok dia dah stat exam. So, we all pun p la tangkak nak jumpa dia.


sempat lagi posing. Adik aku yg no 2, si Olin tak nak ikut, so dia tinggal umah ngan bibik lagipun tak muat kete kalu sume nak p. Kitaorg singgah Giant dulu beli brg sket kat Jana and sampai sana kul 4 ptg.


Dah sampai pun kat tempat Muksu Jana. Ni sessi makan2, kitaorg lepak kat cafe je sebab tak larat nak panjat tingkat 4 kat bilik dia. Kul 6 kitaorg gerak balik, sampai umah dah maghrib.

posing sblm balik shah alam. Hubby ajak balik tengahari sebab petang tu dia ada hal, nak setel kije katanya. Anyway, oklah yang penting, terubat dah rindu kat mak, abah n kg sebab after this tak tau bila la plak dapat balik kg lagi..:(

tu lah kan, kasih nye ibu ngn anak ni mmg tak boleh nk dipisahkan. walau pon kita dah ada family sendiri, contoh mcm aku ni walau dah beranak pinak pon, kadang kalu dah lama tak tengok org tua especially mak aku akan jadik sentimental, meleleh air mata teringat kan mak kt kg, rindu punya pasal. kalau ikut kan hati nk je dok lama2 kt kg, spend time sesama tp apakan daya tuntutan hidup kan perlukan pengorbanan. harapan aku selagi org tua aku masih ada ni mudah2an kitorg dpt kerap blk kg, bukan apa, puas bila tgk diorg hepi dpt tgk anak cucu blk.

lagi cite psl raya

Raya keempat
Hari ni byk tempat nak p. Ada open house, ada kenduri kawin, so pagi tu dlm kul 10.30 kitaorg dah siap2 kuar umah. First, my hubby ajak singgah umah Tengku Kudin, dia buat open house. My MIL cakap dia ni every year mmg tak penah miss buat open house jemput sume org kg Tg Chat (ni la nama kg ayah Faris ngan Farisya kalu nak tau) makan.. bagus kan dia ni? Makin murah la rezeki dia hendaknye. Anak si Tengku Kudin ni member ngan my hubby...dulu2 la. Rumah dia punya lah besar tp si tuan rumah ni sgtlah down to earth orgnye. Menu dia.. mcm2 ada sampai tak larat nak makan ape, ada soto, nasik impit, mee kari, laksa, segala jenis le. Me cuma amik soto ngn laksa. Pastu amik buah sket, spare perut utk kenduri kawin pas ni plak.
Kul 12 camtu gerak p Pasir Tumbuh attend kenduri kawin anak Kak Nu. Kak Nu ni adik badik ngn Kak Ya (yg semalam kitorg p beraya umah dia tu. Sampai sana dlm kul 12 lebih pengantin tgh nak makan beradap.


Ni la dia pengantin baru tu, yg lelaki tu anak sulung Kak Nu. Dua2 ni bakal cikgu


Diaorg makan beradap kat dalam umah. Yg dok sebelah pengantin lelaki tu la Kak Nu, ni yg kawin ni anak sulung dia, nama ape ntah pengantin tu aku lupa plak nk tanya..

antara deretan hantaran dr pihak pengantin lelaki dan pompuan..

Sempat gak amik gambo ngan pengantin. Geram tol kat faris time nampak pantin sibuk cakap pantin2 dah dekat amik gambo tak reti dok diam plak..

Ni gambo lepas makan. Tunggu hubby ngn MIL p semayang zohor


Nampak tak kain tabir kaler merah nyala kat belakang tu? Actually kan diorg prepare tempat makan laki ngn pompuan asing2. Kain tabir tu la pemisahnye. Pelik kan? tapi benar..
Sebenarnya ni first time aku attend kenduri kawin kat Kelantan. Beza sket la suasana tu cam tak bape nak meriah sgt. Biasanya kenduri kawin mesti ada paluan kompang kan? kat sini takde..so sunyi je. Whatever it is lain tempat lain la caranya kan? So, dlm kul 2.30 camtu kitaorg gerak la balik...eh tak balik lagi. Ada lagi satu open house nak kena attend kat area Pengkalan Chepa. Ni umah besan Che Nah (Che Nah ngn my MIL adik badik okeh). Besan dia ni kije staf nurse, dah 24 tahun dah kije tu, dok umah quarters Hospital.


Dah sampai dah pun kat tempat yg dituju. Umah dia kat tingkat 4, nasib bek ada lif kalu tak jenuh gak la panjat tangga. Farisya tengah men2 ngan Wawa, cucu Che Nah. Sama saiz je kan tengok budak berdua ni, tp si Wawa ni dah setahun ++ dah umurnya.


Sempat lagi nak posing walopun muka dah berminyak2, penat beraya okeh dr pagi td tak rest2 lg ni. Nasib baik la budak kecik ni tak buat hal hari ni. Dr pagi tadi mood dia oke je, usung ke mana pun ok, sian gak kat dia tak mamam lagi ni. Td masa kat umah pengantin je sempat suap nasik sket kat dia.



Camtu la cite kitaorg beraya sampai pukul 6 lebih baru sampai umah. Budak2 dlm kete lagi dah tido, kepenatan beraya sehari suntuk. Besok dah nak balik Shah Alam sebab Monday dah stat kije..so sampai ketemu lagi

Raya lagi..

3rd day raya
Semalam dah beraya sakan so hari ni kitaorg cuma beraya umah Kak Yah. Pepagi lagi kak yah dah call suh datang umah dia, dia masak soto. Best kan kalu hari2 camni, takyah pikir nak masak ape, p beraya je balik perut dah kenyang. Umah dia pun bukannya jauh dr umah my MIL, dlm 5 minit je dah sampai.

Dah siap nak p beraya, dlm kete tengah tunggu bibik buat susu kat farisya.

Cheeze..abg faris tersengih amik gambo dia


Best layan farisya golek2..lepak2... perut plak dah kenyang. Balik dr umah Kak Yah tadi makan laksam, Che Ngah buat sedap gile. Tu yg tergolek lepas makan, elok nak terlelap ada org bagi salam nak beraya..huhu mana la bleh tido raya2 camni kan.. Faris dah lena dah time ni, balik dr umah Kak Yah tadi masa kitaorg p umah Che Ngah carik dia xde ghupe2 nya dah tetido kat umah.
Petang tu me and my hubby p tesco carik barang dapur sket. Mintak mahap le kat anak2ye sebab kena tinggal ngn bibik.

lagi2 raya

2nd day raya
2nd day raya ni la hari yg paling sakan kitaorg beraya. Lepas sarapan dlm kul 11 kitaorg dah kuar umah. Hari ni p beraya umah Kak Ya, anak Che Nah yg dok kat Pasir Pekan. Perjalanan yg biasanya amik masa 20 minit je jadik dekat sejam dok dlm kete sebab jammed, tersengguk2 maklumlah sume org kuar beraya.

faris and farisya dah ready nak p beraya. Masa ni mood farisya oke sgt2 asik sengih2 je sebab xde org dok kacau dia.


Hari ni tema belang2, ayah ngan anak sume belang2, mak budak je tak belang2 sbb takde baju kurung belang2...hehe. Malas dah nak pakai kan farisya baju kurung, sian kat budak kecik ni rimas tengok dia pakai baju kurung, semalam 1st day raya pun tahan 2 jam je pas tu balik umah tinggal pampers je..

Masa kat umah Kak Ya aku tak dan nak amik gambar sebab kamera tertinggal dlm dashboard kete. Tuan rumah buat makaroni goreng, faris makan tambah sampai 2 kali. Siap umah Kak Ya singgah plak umah kak ipar dia yg dok belakang umah je. Makan roti jala plak..sampai sendat2 perut. Dah kenyang ape lagi blah la kan? Raya ni mana bleh dok bertandang lelama nnti tak abis round. Pas tu hubby bwk p umah Ayah Chik. Umah dia ni kat area2 Kota Bharu tu je, dlm 5 minit dah sampai. Kat situ Kak Dah buat nasik minyak plak. Aku cuma makan kuih raya je sebab dah kenyang sgt..Dalam 1/2 jam camtu kitaorg gerak balik. On the way nak balik tu, my MIL ajak singgah beraya kat umah ustazah yg ajar dia ngaji plak. Kalu ikut time tu mmg malas dah, farisya pun dah lena penat sgt dr pagi beraya tp tak nak mengecikkan hati singgah la gak kejap.
Dalam kul 5 lebih camtu baru la sampai umah. Faris ngn Farisya letak pala atas bantal je terus lena sampai ke maghrib. Sekian la cite hari raya kedua kitaorg yg amat memenatkan..to be continue besok plak ye

lebaran bersiaran dr kelantan...cewah

First day raya

Aku bangun awal, kul 6.30 pg nak masak kuah lodeh punya pasal. Malam semalamnya dah prepare siap2 tinggal nak tumis je, takut masak dari malam nanti basi plak.
Disebabkan itu, aku tak dapat join hubby ngan MIL p semayang raya lagi tahun ni sebab sibuk2 masak aleh2 tengok jam dah kul 9pg..alasan..sebenonya mmg malas pun nak p. So, my hubby balik je dr semayang raya, we all pun beraya la p umah Che Ngah, Che Nah ngan umah Ayah Chik sekali harung sebab sumenya dekat2.


Farisya berbaju kurung di pagi raya. Tengok muka dia moody je. Boring betul si kecik ni buat hal bila balik raya kat kelantan. Dia xmo ngn org langsung,nak dok berkepit je tau nya. Kes tak biase dengo loghat sana la ni kot..time org nak pegang dia especially my MIL dibantainye melalak..bertuah punya anak..


Payah betul nak tengok dia sengih bila dah moody ni. Kalu tak tu pantang nampak kamera siap jerit2, posing sakan takyah nak ajar.

Tengok la tu, punya la beso mulut dia melalak, sket punya kuat plak tuh. Yang peliknya bila kitaorg amik je otomatik diam. Pendek kata sepanjang kat kg mmg takde can langsung mak mertua aku nak pegang dia, nak bermesra apatah lagik. Cam ada karen,sentuh je terus melalak.


Sian kan tengok gambar raya kitaorg gelap gulita cenggini. Ni la hasilnye kalu suh si bibik yg amik gambo. Dah la ngan kelam kabut melayan si kecik yg kuat melalak nak posing sakan di pagi raya nan syahdu pun dah ilang mood.

posing pon muke ntah ape2


Ni first time our bibik raya ngn kitaorg, sian gak kat dia tak dapat balik indon, tapi dia cool je, takde emosional pun. Yelah kan tak sampai setahun kije tak kan la nak anto dia blk plak, kang dia x balik sini kan ke naya sape plak nak jaga my kids...

So, tu je la cite pasal raya yg sempat aku siarkan sempena beraya di kelantan. payah nk hapdet si kecit ni asek dok bekepit je ngn aku. insyaallah, besok aku up lagi cite beraya kt sini..walau x meriah ngn besekut raya tp faris ngn farisya sgt la meriah dpt duit raya..

till then, sambung lagik daaa...