tiba-tiba semangat


ni sambungan dari cite mamun semalam
hari ni dtg kije berazam tak nak mamun tak tentu pasal dah
sebabnya pada aku kije ni benda yg takkan ada kesudahan
camne byk pun yg dtg, pandai2 la kita delegate
aiceh tetiba je ayat aku mcm kan bagus sgt...

ntah nape tetiba je bila dengar lagu ni macam bersemangat nak buat kije


* lama rupenya nak masukkan video kt belog ek?
aku tatau. ni pon percubaan pertama
tu pun kena bg credit to cik janature sbb beliau sudi mengupload video ini utk belog kakak beliau



semalam yang mamun

khamis 7.7.11


ada ke perkataan mamun? takde kot dlm kamus bahasa
tu bahasa aku. aku suka guna perkataan tu tapi suku sakat aku je la yg paham maknanya
mengikut maksud aku mamun = bengong = ting tong (lebih kurang la)
tapi kalau nak sebut semalam yg bengong macam agak keterlaluan bunyiknya.

tersebutlah kisah smlm nak dekat time lunch bos aku kol. nak buat miting tergempar katanya. dah lama jugaklah tak jumpa dia sbb dia pon sibuk ke sana ke mari. yg terlibatnya, aku dan ada lagi a few makhluk yg handle satu projek ni. yg peliknya aku takde kaitan pun ngn makhluk 3 org ni tp kenapa aku terlibat sama? pastu... stat la miting...bla bla.. bla..bla. habis je miting, ting tong, aku stat la mamun. sebab utama yg aku dapat kenal pasti adalah aku kena in charge kije 3 makhluk tuhan yg mana sblm ni aku tatau langsung ape bendanya yg diorg buat. dah la kije sedia ada pun tak larat nak buat, tambah lagi satu pasni. aku try jugaklah explain kat bos aku kondisi aku yg aku rasa dia pun memang dah tau tapi cuma kluar ayat penyedap hati berbunyik "ala, awk monitor je, kije still diorg yg buat"
yelah, betul la tu bos. tp pada aku kalu dah nama IN CHARGE, sure punya sume benda ko kena amik tau.

petang lepas lunch, panggil makhluk 3 org ni diskus la ape2 yg patut. lama la jugak yg pasti aku cuma dengar je, tak banyak bunyik. aku pulak posa ganti tak abis2 lagi, otak aku letih nak pikir banyak2. pastu sambung lagi buat kije. tengok luar cuaca gelap, mendung semacam. pastu terus la amik air semayang, semayang. pastu tengok jam. haaaa... aku semayang asar pukul 4? haha gelak sendiri dlm hati. tu la jadinya, tangan buat benda lain tapi otak ntah ke mana2. aku ingat habis kat situ je mamun ku. rupenya bersambung2. balik kije sampai tol cam biasa aku kluar kan kad touch n go tapi tak perasan termasuk lorong tunai. pastu leret2 dua tiga kali tak bunyik tapi palang tu memang dah ternaik so aku pun jalan je. sampai tol satu lagi sah2 kantoi di situ. berintekom tak pasal aku ngn org kije tol tu. lepas tu nak tak nak kena pegi customer service kena isi refund form, dah la lama. sampai kan kat belakang que sket punya panjang. minah belakang aku dah jeling2..err aku mampu senyum2 sumbing je. kalu tak buat camtu kad takleh guna. haish.. punya la nak cepat, lambat jugak jadinya.

sampai umah dah pukul 6 lebih. dalam hati berkira2, sempat ke tidak nak masak ni? tapi mujur lah lauk dah defrost. kung kang kung kang masak la ape yg patut. elok dengar azan maghrib setel masak sume. alhamdullilah, lepas makan barulah mamun tu hilang..hahaha


careful ye lagi2 org pompuan

tadi tengah aku cek email nampak la satu email ni

mungkin ada yg dah tau tapi saje aku tepek sini nak share
sebab aku tatau lagi psl ni
andai katalah... (sebenarnya mintak jauh la) time kita nak withdraw duit kt atm tu tetiba ada pencurik kt belakang kita, tambah2 pulak tonyoh pisau ke mintak duit yg tengah kita nak kluarkan tu... ape yg kita nak buat?
so ni tipnya (aku copy paste saje sbb malas)
kalau lah ditakdirkan kita tak panik saat menghadapi saat getir camni pun dah besar rahmat kan?..

Subject: When Robber Force you take money from ATM

When a robber forces you to take money from the ATM, do not argue or
resist. You might not know what he or she might do to you. What you
should do is to punch your PIN in the reverse mode.
I.e. if your PIN # is 1254, you punch 4521.

The moment you punch in the reverse mode, the money will come out, *but*
will be stuck into the machine half way out and it will alert the
Police (security) without the notice of the robber

Every ATM has it; it is specially made to signify danger and help. Not
everyone is aware of this.



info tambahan : tp kalu kita dah tertekan no pin baru kena ugut tu mmg x dpt nak nolong la kan. bagi je la duit tu kt dia, dari hilang nyawa. kita tatau spesis2 longkang camni sanggup buat ape saje utk duit... jadi hati2 la ye kengkawan sume, terutamanya kaum pompuan





weekend

time weekend. weekend yg lepas2 kot.
asal weekend je pening pala mana nak bawak budak keluar jalan2. tak dibawak karang merengek2.
tak pun dah pandai berdrama.."ibu, dah lama adik tak pegi tesco" nak tak nak hangkut la jugak.
yelah, dah isnin-jumaat dok kt umah je kan ke boring.

donkey pun donkey la...
sesambil tu mak bapak buleh la lepas gian karaoke singgit satu lagu

nek gajah pulok

makan pulok.. aik nak makan pun sempat tengok majalah? nak buat cane, dah hobi dia. bukan baca pun, tengok jer

ni pot wajib singgah lepas balik dari pasar malam tiap2 ptg sabtu

ibu : ni ape benda nih???
tuan punya tangan : tu la i lap u yg big skali...


hari tu makan donut bulat2 comel ni. la ni dok terkenang2 pulak. mana nak carik la kt sini. aku suka la donut nya liat2 kenyal2 cam kunyah chewing gum. kalu dunkin donut tu pd aku gebus semacam, pastu ada wangi2 sket bau dia kan. tekak masing2, haish.. tak kan la kena p mid valley lagi kot..




nasib kan lain-lain

ni bukan entry sedih2
ni cuma luahan rasa seorang ibu
yg terkadang tak kuat semangatnya bila diduga

alkisah citenya..
sabtu minggu lepas aku ngn iwe pegi sekolah si abg amek repot kad.
borak2 ngn cikgu dia.. tanya ape progressnya
so far, ada la sikit peningkatan walaupun tak ketara.

tapi yg sendu tu buleh pulak la si laki bini ni borak camni masa on the way blk dari sekolah tu...

si bini la yg stat dulu "yang, mesti bestkan kan kalu abg join team bola sepak"
ntah bengong ape ntah, gitu tiba2 tertanya kt si laki.

yg laki pulak buleh sambung layankan imaginasi karut si bini...
"ha'a kan.. mesti nanti dia sibuk mintak kasut bola, pastu petang2 bleh la abg praktis sama2 ngn dia" gitu la serba sikit perbualan si laki bini ni.

tak sedar punya lah tinggi memasang angan.
bukanlah tak berpijak di bumi nyata cuma terkadang tu secara tak sengaja akan meluahkan angan2 di hati, berangan tu kan ke indah.
maka sedikit sebanyak juga akan membandingkan si dia ngn org lain yg sebaya dengan dia.
pastu bila sedar diri, mula lah rasa sedih melanda jiwa
sebab tau yg angan2 itu takkan menjadi kenyataan

bila aku diduga sebegini aku rasa orang lain amat bertuah
walaupun aku tak rasa nasib aku seteruk mana
tapi bukan senang utk menerima kenyataan pada mulanya
sekarang bila ada yg bertanya
bila ada yg memandang dia sebegitu rupa
aku lebih bersikap terbuka
walaupun nun jauh dlm hati hanya tuhan je yg tau ape rasanya
dulu2, memang selalu jugak menyalahkan takdir
tapi sekarang aku belajar menerima..
dan belajar menjadi redha

sebenarnya payah tau nak buat hati ni kuat
cuma kadang tu try jugaklah mengingatkan diri ini ada satu hadith tu yg aku baca tu..
di mana menyatakan yg manusia ni hanya punya 3 hari saje. hari kelmarin yg telah berlalu. besok hari yg belum mendatang dan hari ini di mana kita hanya perlu tumpukan segala tindak tanduk dan perbuatan kita hanya kepada sang pencipta.
indahnya kalau dapat dipraktikkan sebegitu rupa.
tentu boleh hilang gundah gulana di jiwa.

sejak dua menjak ni kalau ada masa aku suka layan cite ni
sedihnya, dua tiga kali tengok pun meleleh air mata
xde tisu pun xpe, lap pakai baju
sampai basah2 baju lengan baju sume, bengong kan
pastu malu sendiri bila si kenit dok pandang muka mak dia yg serabai
dan aku suka nak relatekan cite ni ngn nasib aku
ye..betul. tak semuanya org bernasib baik dlm dunia ni
tapi walau macamana teruk pun kehidupan kita di dunia ni, yg lebih penting adalah macamana cara kita utk menghadapinya. itu yg lebih penting




sebal


jika tiba2 kau dapat melihat
jejak-jejak harapan
sebenarnya Allah sedang
berbisik kepadamu

ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau ingin merasa bersyukur
Allah telahpun memberkatimu

ketika sesuatu yg indah terjadi
dan kau merasa taksub
Allah telahpun tersenyum kepadamu

ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah telahpun menghitung airmatamu

jika kau fikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
dan terasa waktu pantas berlalu
Allah sedang menunggu bersamamu

ketika kau merasa sendirian
dan tiada yg mempedulikan dirimu
Allah sentiasa berada di sampingmu

ketika segalanya berkecamuk
dan kau merasa tertekan
ingatlah bahawa
Allah sentiasa bersamamu

kembali kepada Allah
ada jawapan pada tiap persoalan

ada ke perkataan sebal? suka2 je
hmm.. susah nak paham makhluk tuhan yg bernama manusia ni. sakit. memang sakit bila kita jenis yg terlalu berlembut dengan makhluk bernama manusia ni jiwa kita naik sakit. yelah bak kata org pun rambut sama hitam tapi hati dalam kalerful lagi. aku pulak dah mmg jenis camni. suka sgt nak pikirkan perasaan org lain. kadang sendiri punya hati letak tepi. la ni, sendiri rasakan. tu sebab terkadang aku suka bersendiri. buat apa perlunya kawan kan kalau akhirnya melukakan?

tabahlah wahai hati, jgn la sedih2..kan ke jumaat penghulu segala hari (ntah ape kena mengena pun aku tatau..)

* entry meracau, jiwa kacau - jika engkau menjadi aku, aku yakin engkau akan mengerti

doa

semalam lepas sahur bukak tv kejap sementara tunggu subuh

pagi2 mana la ada cite sgt pun kan.
tekan2 nampak rancangan bersama dato' fadhilah kamsah tu
saje la tengok. rasanya dah ulangan kot
dah last2 tu ada la dia bg ayat2 Al-quran utk kita amalkan
kejap tadi aku try google, jumpa info ni psl surah Taha ni. so cepat2 la buat entry ni. utk peringatan diri aku sendiri sebenarnya pun, sbb aku mudah lupa

Surah Toha

antara fadhilatnya :

1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

bacakan ayat 1-6 dan hembuskan pada leher anak sewaktu ia menarik nafas utk menjadikan anak itu mendengar kata. (bleh try masa anak tido ni)

2. Ayat ini juga boleh diamalkan menjadi ayat pelembut hati dan kepada anak yg malas nak p sekolah

selain drpt tu, ayat2 lain dlm Al-Quran yg boleh juga kita amalkan :

1) surah Al-Baqarah (Ayat 102) - untuk mengelakkan suami/isteri dan anak2 bergaduh

2) Surah Anbiyaa' (Ayat 79) - terang hati anak2 agar mudah belajar

3) Surah Anbiyaa' (Ayat 69) - lembutkan hati/elak panas baran

4) Ayat akhir Surah At Taubah sebagai ayat pendinding

dan ada juga ayat2 yg boleh kita amalkan sebagai ayat pengasih, yg mana boleh mengeratkan lagi perasaan kasih sayang antara pasangan.

Surah Yusuf Ayat 4
bermaksud : Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, "Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku"

dan disambung dengan surah Taha (Ayat 39)
bermaksud : "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku"


* Sesungguhnya Tuhan sentiasa mendengar doa hamba-Nya, cuma kita yg selalunya leka dan lupa pada-Nya