Ceh, tajuk gempak semacam. tak bukan peknen ye kak non2 sekelian.

In life, when Allah leads you to the edge of a cliff, TRUST HIM FULLY. Only one of the two things will happen. HE will catch you when you fall or teach you how to fly
Ceh, tajuk gempak semacam. tak bukan peknen ye kak non2 sekelian.

aku baru balik amik farisya dari tadika. becok mulut dia bercerita sume benda yg dia buat kat skool. dari belajar buat bulat2 sampaikan ke makan roti cicah air milo tapi nak tergelak plak bila tanpa aku tanya, penat katanya walaupun sekolah cuma 4 jam je. itu pun sepatutnya stat dr 8 pg tapi aku anta dia dah pukul 9, kadang kul 9 lebih. bukan ape kadang terpikir kesian kat budak2 zaman skang umur 3-4 thn dah diantar sekolah. kalau kita dulu umur 6 thn baru mak bapak anta tadika, baru nak mengenal abc. skang ni kalau masuk darjah 1 tak tau lagi membaca dah dikira termasuk dlm kategori ketinggalan
faris lagi kesian, waktu sekolah dr 8 pg sampai 12.50 tapi pukul 2 baru sampai umah. kadang pukul 3 pun penah sebab naik van yg mana majoriti budak2 duduk meru dan dia paling jauh dr sekolah, so driver van anta dia last skali. kadang bila sampai umah, time makan nasik cam lapar sgt2. teringat aku time aku sekolah rendah dulu. hari2 mak bawakkan bekal. time rehat tak payah berebut2 beli makanan. pegi balik sekolah dengan abah naik moto so sampai umah on time dan bila sampai makanan sume dah dihidang tinggal nak suap masuk mulut je. tapi keadaan sekarang berbeza, disebabkan mak terpaksa bekerja, jadik kita terpaksa dan dengan redha menyerahkan hal anak2 pada bibik (ni kes aku la). sedih sebenarnya, sebab how la i wish dpt anta anak pegi balik sekolah, dengar diaorg bercerita ape yg diaorg buat kt skolah dan spend more time ngn diorg tengok diorg buat homework sume.
nota kaki : dah bincang ngn iwe nak pindahkan faris kt sekolah setia alam, hopefully by feb takde la dia sampai umah lewat lagi, mintak2 dipermudahkan..
selamat tahun baru 2011 semua.
pastinya ramai yg pasang macam2 azam utk tahun baru ni.
yg pasti azam aku tahun lepas byk yg tak materialized lagik.
so azam tahun ni cukup lah kiranya azam tu dpt dipenuhi sblm tanggal 31.12.2011 nnti.
insyallah...
bibik ngan budak asuhannya
macam dok kt tepi pantai plak
pastu kitaorg p kat area yg ganas sket. tapi yg tak best nya farisya takut plak sebab ada ikan pirana bermulut besar yg dok mencurahkan air dr mulut. skali dia gedebush..sakit tu air tu kena badan tu yg langsung dia berkepit je dia ngn aku pastu
inilah rupenya ikan yg farisya takut sangat tu
time : tengahari nak masuk petang
cuaca plak bleh tahan panas terik
aktiviti : puas berendam berjemur pulak,
maka hasilnya perubahan warna kulit dah nampak ala2 tukar kaler kelabu ala2 dayang senandung, sekian
dah nak balik dah, tata dr kami anak beranak
rasanya dah dekat sebulan aku peram entry ni. sebabnya dah elok2 taip bile time nak upload pic je fail. maklum la menumpang line wifi org sebelah umah yg tak bape nk kuat signal nya.
mahyu & jue
angah & saiful
To angah & mahyu serta pasangan masing2, selamat menjalani kehidupan berumah tangga dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. this is the second marriage for angah sebab jodoh ngn suami lama tak panjang. Sesungguhnya tuhan tu maha mengetahui, kan ke pompuan yg baik utk laki2 yg baik.
cite pasal kawen ni, teringat aku sometimes last week dapat kol dari adik ipar aku zol, dia nangis2 ngadu kat aku dia gado ngn bini dia (adik aku la tu). Nak tergelak aku, tapi kesian pun ada. kesian sebab aku tau sangat perangai hangin adik aku. walaupun badan dia cekeding bleh dilepuknye laki dia time diaorg gadoh. tu yg laki dia tepon aku mengadu nasib.
tapi adatlah, kawen mesti ada gadoh2, asam garam berumah tangga memang camtu. aku cuma nasihat dia jgn cepat gelabah. owg laki kena cool, kontrol keadaan. aku cakap kt dia even aku yg dah 8 thn kawen pun kadang2 saje carik gadoh (gadoh2 kan makin sayang) then, aku ckp kat dia tu kira proses mengenal luar dalam pasangan la sebab makin lama kita hidup ngan seseorg tu maka kita akan tau lebih banyak perangai2 yang tak best yang dulu time bercinta kita nampak sumenya indah belaka. so, belajar menerima pasangan seadanya sebab kita bukan nak hidup sehari dua je dgn dia tp akan habiskan sepanjang hayat kita bersamanya kalu diizinkan tuhan.
dah lama tak cite apa2 kat sini. sebenarnya byk benda gak nk story tapi tak de masa nak update.
skang kan masih cuti sekolah. sian kat budak2 tak bawak diaorg p mana2. tu yg last wk masa cuti awal muharam p kuantan bwk diorg mandi manda. tu pun last minit plan, en suami tiba2 buat plan mengejut nk p gambang water park. so aku pun kemas lebih kurang sebab dok sana semalam je.
hasil drpd berkubang sehari suntuk tu balik2 dari gambang anak beranak jadik dayang senandung. paling ketara adik la, sampai la ni tak ilang lagi.
gambar nnti aku upload kalu ada masa.
Hari ni digerakkan hati nak menulis setelah 2 bulan lebih belog ni tak berusik.

