terlupe daaa...

tak penah lagi jadik kitaorg pegi mana2 sampai ke tahap tertinggal beg baju.
tapi ianya BERLAKU minggu lepas.
pegi kenduri kawen sepupu kt ulu tiram johor.
pegi hari sabtu. eventnya hari ahad
so kitaorg pegi awal sehari dan dok kt hotel bajet
sbb rumah pengantin dah padat maksima.
dah tiba kt hotel, nak mandi tetiba baru perasan beg baju budak2 takde.
kalut la aku di situ. tak puas ati. turun bawah skali lagi cek dlm bonet kete.
konfem mmg tak bawak!
budak2 dah mandi belaka.
alahai, nak buat camne..
pakai la baju busuk tu balik. haha hambik kau.
dan pegi la carik baju baru
dah la tak tau nak carik ceruk mana
bukan penah datang sana. pusing punya pusing terjumpe tiram mart
(ala2 mydin kot) tu pun yg paling dekat
bantai je la carik kat sana. baju tido, baju utk besok,pampers
berus gigi bla bla bla
lari jugak le bajet mak bapaknye di situ
nak buat lagu mana
dah terlupe...

budak berbaju baru beli ngn muksunye kt lobby hotel
sblm p tengok pantin

pengantin gak.. 9 thn lepas

pengantin yg serba merah

kitaorg bertolak balik dr umah pantin pun dah pukul 6 petang. benti makan la, solat la, so dekat pukul 10 baru sampai rumah.

mujurla besok tu amik cuti. so, plan nak buat makan2 sket kami anak beranak sesambil baca doa selamat sempena hari jadik abah.
tak masak ape pun, cuma beli kek, sate sket ngn kuih2 sket. sangat best dpt berkumpul, nyembang2 sesambil makan2 camni, yelah family aku pun berapa kerat la sangat, bukan cam org lain yg ada family besar. aku kan cuma 3 beradik. kalu aku balik baru la nampak meriah sket sebab ada budak berdua tu memeriahkan suasana. ntah bila la plak bleh berkumpul camni lagi.

wajah org tua kesayangan saya

anak sape la yg comot2 nih

sempat amik gambar family kecitku sebelum berangkat balik
abaikan la rupe sengsorang yg menyengih nampak gigi je tu

hepi bday abah

hari ni, 11 mac 2011

merupakan hari jadik abahku yg ke 69 tahun.
aku mohon moga dia diberikan kesihatan berpanjangan
aku berdoa agar dia dipanjangkan umurnya
dan semoga dia sentiasa diberkati serta
dipermudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat kelak.

seingat aku,
sesekali tika pulang ke kampung
tatkala mencium tangannya
tangan kasar itu la dulu yg membesarkan aku
tangan itu la dulu yg mendidik aku,
pernah juga memukulku (bahkan slalu..masa kecik la)
aku juga akui gaya didikannya kasar terhadapku adik beradik
tapi tidak,
tidak sekelumit pun aku salahkan dia
malah beribu syukur aku panjatkan
sebab dia aku berpeluang tengok dunia
sebab dia jugaklah
sekarang ni aku mengerti jerihnya nak membesarkan anak

ececeh..tetiba bersajak plak aku ni.
excited sebenarnya ni
sbb petang ni abis kije trus nak balik muor jumpa org tua ku ituew.
tapi tu la kan.
orang kata, bila kita nak dapat pahala cara mudah..
salah satu caranya tataplah wajah kedua org tua kita
ngn pandangan kasih dan ehsan
aku akui aku jenis yg susah nak ungkapkan sayang dengan kata2
never in my life aku cakap kat mak bapak aku yg aku sayangkan mereka (jahatkah?)
tapi..tuhan je yang tau macamana sayangnya aku kat mereka

cuma terkadang aku terkilan
betapanya bila aku dah makin dewasa
bila mana dah dipertengahan usia
makin kurang perhatian yg dpt aku berikan
pada org tua ku
kerana tuntutan hidup yg memaksa
aku membahagikan perhatian
pada sekelian perkara
namun aku mohon padamu Tuhan,
jangan biar aku terlupa
akan jasa keduanya
dan jadikan agar kasih sayang
sentiasa dekat di hati kami

mlm tadi dah kol abah, suh farisya cakap hepi bday kt tok nen..hehe

bertukar kaler

Alkisahnye, bilik air tingkt atas umah aku bocor sejak bulan lepas lagi. dah 4 org indon iwe bawak balik suh betulkan tapi hampeh belaka! tak ok jugak.
yg peliknya takde orang guna bilik air tu pun air menitik2 kuar ke bawah. ntah air dr mana pon aku tak tau. last skali check2 ada sorang pakcik indon tu cakap tangki air kt atas umah yg problem. ntah, aku malas nak amik tau apa yg rosak janji dia buleh repair cukup.
sebab nye amatlah mendatangkan stress. ada ke kat atas yg bocor tapi yg efek teruk tu jadik kat cabinet dapur tingkat bawah. aiyohh.. cabinet dapur aku tu dah la tak bape nak mahal regenya. jadik nye cabinet tersebut idoklah kayu solid yg bila dah diserap air ianya pun mengembang dan meleding lah lagaknye. paham ke tak aku cite ni eh? takpe buat2 je la paham.
bila dah jadik camtu aku pon ngn otomatiknye jadik menyampah sebab nak kena panjat dan letak bekas besar atas cabinet tu nak tadah air bagai.

nak dijadikkan cite, awal bulan lepas masa kitorg balik kelantan 5 hari, ditakdirkan time tu ujan lebat agaknya. sesampainye kami ke rumah, dah la ngn penat yg amat, skali tengok air dah melimpah2 sampai kena dapur. dapur masak tu pun dah berkarat kena air. yg cabinet tu plak dah berubah rupe, i mean dah mengembang sampai berkulat belah dalamnya. mengucap panjang aku time tu. tu yg nak tak nak kena repair jugak la kan.


tempat yg berlubang tu la yg kuar air.
dah alang2 merepair tu kitaorg pun decide utk deco2 la sket. maklumlah, dari pindah sini 5 thn lepas mmg xde buat renovation ape pun kt umah ni. jadiknye iwe pun upah org tu skali utk tambah cornice sket kt hall dan ngecat, bagi tukar kaler plak.

dah kata nak ngecat kan, kena la bungkus dan cover sume2 benda. part ni yg letihnye. imagine la diorg buat kije dari sabtu sampai isnin, so berkampung la kami anak banak kt atas je 3 hari tu. makan pun kt luar tak pun tapau je

sblm
oren nye mak ngah..


kombinasi kaler oren & cokelat.
suram je jadiknye, tp aku suke je

dan melarat sampai ke bilik budak2. bilik si abg tukar kaler biru muda dan adik ngan pink kaler. gugurl kan suke pink. kaler tu dia yg pilih sendiri


nampak tak seberapa tapi penat jugak la wey. bila dah siap sume nak mengemas balik, nak pasang balik curtain, nak bersihkan segala habuk2, nak angkut barang letak tempat asal. dah la bibik aku weekend je cuti. tp puas hati la ngn hasil nya, rasa cam baru pindah umah plak..auwww. tu la kan moral of the stori lain kali time pindah rumah tu renovate ngn cat siap2 utk mengelakkan kesulitan di kendian hari. tp yg penting mintak2 bocor tu tak berulang lagi pasni

tiring weekend

wah, tajuk cam la penat sgt kan

tak padahal bukan buat ape2 pon
tapi serious, mmg penat
dari sabtu sampai semalam (isnin)
siap tersambung cuti hari isnin tu sebab terdemam
er, pembetulan.. demam tu dari last week lagi
dah stat sakit tekak dan batuk tapi malas nak p klinik dan makan panadol je
so, melarat la kan..padan la muka
nnti la aku cite ape benda
yang memenatkan sgt tu
skang nak tdo sbb sakit pala..

oh m.nasirku...

eh tak, aku tak suka sgt kat m.nasir pun.
iwe je yg obses ngn lagu2 dia.
suke sampai tahap sanggup simpan koleksi lagu2 dia dr dulu sampai latest, dan hapal.
tp yg aku nak cite ni takde kena mengena pun ngn m. nasir.

sabtu last week company iwe buat dinner.
malamnya nak dinner, petang tu baru dia bagitau aku tema dinner tu ala2 60an, retro gitu.
aku dok bayangkan kalu retro tu suar bell bottom, kemeja petak2 pastu pakai cermin mata besar, bling2 bagai.
mana lah nak gagau sume tu kan. dia pun satu last minit baru nak bgtau.
so, merangkap perunding imej tak bertauliah di hari kejadian, aku paksa dia pakai kemeja bunga2 zaman tok tandun yang beli kat langkawi 5 thn lepas sebab mmg takde baju lain yg sesuwai.
memandangkan dia kata nak masuk karaoke contest nyanyi lagu m.nasir, so aku cakap kat dia abaikan je la tema 60an tu, kira baju style ala2 m.nasir la tp kat belakang cam nak mati aku gelakkan dia. klakar...mmg lari tema
tapi...dlm pada lari tema tu pun, iwe sms dia kata dapat no 4 best dress. biar betol... aku rasa mesti yg organise best dress contest tu main tangkap muat je. tu yg dia dpt gak kot.haha

ko ada brani nak dressing cam ni? mantop...
juwita....menangis m.nasir tengok ko nyanyi bang oi
tapi......yang paling aku tak sangka balik dr dinner tu dia tunjuk aku envelop ni

haha..champion siot! dptla voucher rm300, berbaloi2

aku cakap kt dia dia menang pun sebab nasib baik je tak pun yg lain tu mmg stok suara ke laut. dengki kan aku? haha
tapi yg tak brape nak nasib baik time lucky draw. punya lah banyak hadiah grand2 tp dia cuma dapat hamper je. citt...

tapi, nasib baik hamper tu tinggi sket dr farisya

aku bukan ape, saje tumpang hepi tengok org lain ada dinner la, ada family day la, ada company trip la sebab nak harap company yg aku kije ni ibarat bermimpi di siang hari la jawapnye..

oh, hampir2 lupa plak aku nak ucapkan berbanyak terima kasih jugak kat en iwe aka abg m.nasirku ini sebab sudi menggantungkan gambar2 yg tak seberapa kt bilik budak berdua tu. ni kes berangan nak deco2 umah la ni. berangan la dari dulu sampai skang tapi buatnya tak jugak. actually gambar2 tu dah lama terperap tak digantung sebab iwe takde masa nak mendrill. so, pagi ahad tu aku paksa gak dia buat. dan lihat la hasilnye..

-


-


-


-
ni kat bilik faris

bilik makcik kecit

kat hall atas

tu pun sebab minggu sebelumnya tu kitaorg p ikea. tu yg beli stok frame yg murah2 kt sana. dah alang2 ke sana belikan jugak lampu tido bunga yg melekat kat dinding tu utk makcik kecit tu. sebab kat bilik faris dah lama ada, so fair la kan. tu baru cara2 anak 2 kalu anak 4 besok tak tau la cane gayanya nak deco bilik sengsorang.
dah tu je nak cite. ape pun tq so much la abg m.nasirku...

uniform

dah dekat 2 bulan sekolah baru semalam dapat uniform.
3 helai sumenya. waa..makcik kecit tu sgt teruja
aku blk kije je, trus dia tunjuk uniform baru dia kt aku
so, pagi tadi try la pakai uniform baru.
dah cam badut sarkas plak skali pandang.
ngan besarnya, lengan baju ngn seluar buleh lipat 2 kali.
dah tu aku rasa cam panas je material nya
tak sesuai la kot utk budak tadika depa buat baju
tambah2 long sleeve cenggitu
so aku cakap kt teacher dia uniform tu aku gilir2 je
seminggu 2x je ke. the rest pakai tshirt biasa
lebih kan? mak budak yg over, anak tak de komplen pun.
meh kita tengok makcik kecit ngn uniform barunya..

tangan takleh blah, asek peace manjang. dah2 la tu nak oi

aku tingat masa register kan dia kt bondamama awal tahun hari tu.
teacher dia ada tanya aku farisya dah kenal abc blum?
bukan nak kata ape la kan, aku rasa budak2 zaman skang umur 3-4 tahun rata2 dah kenal abc sampai z kot, 1 sampai 10 tu cam kacang je kot.
tu yg masa register bulan lepas teacher dia bgtau so kalu dah kenal sume tu dia target ngn confidentnya dlm masa 3-4 bulan budak tu akan bleh membaca.
aku macam.. mak aih..
"4 bulan dah boleh membaca? biar betul?"
tp malas nak cakap byk sbb tadika tu pun baru je bukak.
nama tadika tu pun baru 1st time aku dengar. aku anta kt sini pun sebab sgtlah dekat ngn umah (blakang blok umah je so bibik bleh fetch dia blk hari2)
lagipun aku tgk cikgu yg mengajar tadika tu pun jaga baby at the same time sebab kekurangan tenaga pengajar (ye, boleh kata tempat ni lebih pada nursery sbb aku tengok bby bwh setahun je yg ramai kat sini)
frankly, aku x expect apa2 pencapaian mengejut dr anak yg umurnya blum pun cukup 4 thn bila anta dia masuk tadika. bagi aku, dia kecit lagi.. aku antar dia p skool pun nak suh dia berkawan2, bagi dia hepi2.
kadang bila pikir balik, para cikgu2 ni kalu nak target pun biarlah bertempat.
kalu ko ckp by end of the year nak suh budak tu pandai membaca macam ok la kan.
logik gak bila dipikirin. ini, letak target bagai, then bgtau kat mak bapak budak.
then by the time ape yg ko promise tu takleh nak deliver, tak ke sikit sebanyak hilang dah confident mak bapak kt nursery ko? betul x?




eh, kata nak pikir positif...
takpe lah cikgu, kita tengok je la by april nnti mudah2an bleh dah membaca budak2 ni termasuklah makcik kecit kesayanganku ini.. insyaallah...

insya allah..

sgt suka bila dengar lagu ni

sgt mendayu2 dan menenangkan jiwa
biar la orang nak kata aku ketinggalan pun sbb baru skang nak layan lagu ni
tu pun disebabkan iwe beli cd ni last week
baru la perasan yg wording lagu dia byk yg best2 belaka

Insya Allah

Everytime you feel like
You cannot go on
You feel so lost
That you are so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair
And never loose hope
Cause Allah is always by your side

c/o Insya Allah 3x
You'll find your way
Insya Allah 3x
You'll find your way

Everytime you commit
One more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind
And your heart is full of shame
Don't despair
And never loose hope
Cause Allah is always by your side
repeat c/o

pesanan pd diri sendiri :
ingat tu cik senah, walau ape pun yg terjadi dan ape pun dugaan yg dtg melanda, jgn skali-kali lupe yg Allah sentiasa di sisi kita. Mintalah tolong hanya pd-Nya..

* nak try masukkan lagu ni kt blog tapi aku tak reti. nnti la try tanya mana2 sifu yg terer