:(

sesi meluah perasaan..


tak suke! tak suke! tak suke!

rasa sangat tak best bila diri sendiri dah ada kecenderungan untuk berfikiran negatif disebabkan pengaruh negatif yg tak boleh nak dielak berlaku sekeliling kita. sebab ni lah aku sebolehnya tak nak cite apa2 pasal KERJA kat blog ni sebab tak mendatangkan kegumbiraan pd aku pon.

entah kenapa tapi skang ni aku rasa semuanya disebabkan KERJA yg buat aku TUA sebelum waktu. ye aku tau usia bila dah masuk ke 30an ni bukan la kategori muda belia lagi. lagi plak skang ni aku rasa aku dah lost my sense of humor. rindu sangat masa study kat ITM dulu, salu bergelak gumbira macam dunia aku yg punya. time tu rasa diri masih kanak2 riang, agak2 bosan bleh dating sesuka hati. xde komitment nak dipikirin walla..heaven. sebab tu la aku rasa aku dah tua sgt skang ni. asek seriyesss manjang.. kadang tebawak2 sampai umah ngn laki ngn anak pon dah tak pandai berlawak jenaka. aiyoh..sgt la stress di situ.

kadang2 terpikir, tak baik kan bila timbul rasa menyampah pada perkara yang kita kena buat hari2 contohnya cam p kije tapi kita tak ada pilihan suke tak suke kena buat rutin yg sama hanya disebabkan nak dpt gaji ujung bln. keje sbb nak dpt gaji shj. teruk yes mmg teruk. nnti kena carik tok guru biar dia tazkirahkan aku cara camne nak menjadikkan kije as ibadah baru la dpt gaji n dpt pahala as well at the same time.

aku tau keadaan aku skang ni sgtla tak bagus. aku perlu terapi minda. aku perlu refill tangki motivasi yg dah lama kering dan seeloknya aku perlu keluar dari keadaan yg aku tak suka. tp possible aku nak buat semua tu? ha kan dah pikir negatif lagi..

takleh jadi ni. positif..positif..

cuti2 kt PD

ni pic masa pegi holiday kt P.D tahun lepas. rasa dlm bulan 5 thn lepas kot.. haha gile lama.. dah 9 bln tu, kalu pompuan ngandung dah beranak dah. dah dok opis baru ni blum dapat mood lagi nak stat kije..haha sukati tau statement aku. so dlm pada nak mencarik mood dan aura di tempat kije baru ni saje la aku belek2 file lama tu yg terjumpe pic2 ni. x kisah la kan, belog aku, sukati aku la nak post ape pon, even benda dah basi pon sape la yg kesah kan.. (jgn la pasan, xde sape nye dok nengok belog ko senah oiii)
at least, nnti dah tua2 bleh gak aku tengok balik buat kenang2an

nak gak posing anak banak walaupun kusi tu cuma muat2 bontot je

fewitt..feeling mude belia balik bila tengok gambo nih


eh x bleh blah la cik senah ni siap bertopi2 dok posing dlm kolam



hepi family..mudah2an sampai bebila


nak naik banana boat tak kesampaian sebab x bwk baju spare


last2 naik menatang ni je la, namanye speedboat tp 3 kali ganda lagi laju speedboat kt langkawi compare ngn yg ni. klaka tau kalu ingat balik, aku siap nak nangis suruh budak bawak boat tu patah balik. tp yg ni tak ganas mana, siap bleh posing sambil sengih lebar lagi



port wajib singgah kalu tak sampai sudah dia buat muka kesian dok intai dr dlm bilik

ngn anak dara aku. nak check out dah

dah macam bola

aku kena pindah tempat kije lagi.

actually, arahan pindah tu aku dpt sebelum cuti raya cina lagi
tapi siap buleh mintak pospone
so, today berbondong2 la aku
mengangkut barang ke tempat baru (baru la sgt..)
ya ampuunnn..
dah macam bola
ditendang sana sini
tapi takpe lah
sabar je la cik senah
kalu tak memikirkan yg aku punya
hutang yg perlu dilangsaikan tiap2 bulan
dan punya anak yg dah pandai mintak jajan
lama dah aku benti kije
tapi hidup bukan selalu seindah mimpi
dan ape yg kita jangka tak selalunya terlaksana
so, whatever it is, be strong mommy coz..
aku tau, AKU BULEH!!!

fyi - aku tgh ting tong..

cuti dan sakit2

salam,

ntah ape2 tajuk kan. dah type2 pastu bila nak publish tak tau nak letak tajuk ape.
last2 kuar tajuk camtu.. ala cincai je la kan, dah nama pun ting tong..

tengah sakit pala ni sebab dah bape hari tak lena tido. dah macam burung antu berjaga malam sebab farisya tak sihat, batuk2 dan muntah. ni sume gara2 berjangkit ngn ayah dia la 2 minggu lepas. sebelum cuti cny tu satu family down with fever. yg farisya ni plak dah 2 kali bawak p klinik tapi batuk tetap tak ok gak. masa kt kelantan minggu lepas pun ada bawak dia p klinik sebab dia tak lena tido, malam je batuk2 pastu muntah. so skang ni tengok ubat kelantan ni cam serasi ngn dia sebab batuk cam dah kurang sket. cuma aku kena monitor bibik time dia nak bagi ubat. ada skali hari tu dia terbagi ubat faris kat farisya sebab dah banyak sgt stok ubat, dia pun dah konpius tak tau nak bagi yg mana satu. nasib baik time tu aku ada. bleh dia bagi antibiotik faris kat farisya. naya betul. la ni setengah jam skali mesti tepon dia tanya farisya ok ke tak. siap pesan bawak payung time fetch farisya dari skool kalu panas terik, takut demam balik makcik kecik tu.

eh, rasanya belum terlambat nak wish gong xi2. yg beraya nya cina tp kitaorg pun sakan bercuti panjang, dari hari khamis sampai ahad, sambung lagi hari isnin sebab tak larat nak bersesak2 balik hari ahad.. nasib baik la balik hari isnin sebab ada member yg balik hari ahad bagitau dia anak beranak sangkut 14 jam nak nyampai kl. gile sadis, aku tau camne rasanya sebab penah rasa stuck kt bentong 4 jam tak gerak2 balik cuti raya cina masa mula2 kawen dulu. rasa cam nak kuar kete jalan kaki lagi cepat sampai.

saje selit gambar yang ada efek gong xi fa cai

ni masa jenjalan kt berjaya times square sblm cny hari tu

sambung cite. kitaorg blk kelantan hari rabu tu lagi. balik kije trus packing2 dan bertolak balik pukul 7, benti makan kat bentong, solat dan tdo kt kesedar inn gua musang. ni dah mmg cam rutin, bila balik kelantan je mmg kitaorg tdo sini semalam. pagi khamis kul 10 baru gerak sampai kampung kul 2 ptg ikut pasir puteh sebab jalan bleh tahan jammed.
lepas mandi nak p bekfast

makan kt a&w tesco k.b

sabtu tengahari kitaorg pegi pasir mas kenduri kawin sedara. ngn jalan jammed nya plak tu sesat barat nak carik rumah pengantin maka sampai umah dah pukul 4 petang. balik tu budak berdua ni pun sakan main lari2 ngn sepupu diaorg sampai ke maghrib. nak dijadikkan cite, malam tu lepas mandi faris tetiba takleh jalan. menangis2 cakap kaki dia belah kiri tu sakit. nak berdiri pun tak boleh. aku dah panik sebab takut tulang dia retak balik. sebelum ni kaki kiri dia penah retak siap kena simen 2 minggu.. aku takut jadik balik sebab doktor ada pesan kaki dia tak kuat sangat. aku agak ankle dia terseliuh, bengkak semacam. malam tu dia takleh tido, aku pun lagi la takleh tido. nak urut takut kang kalu retak makin teruk plak.



ni jadik masa last year kalu tak silap, dia jatuh n retak kt ankle so
kena simen 2 minggu

so, pagi ahad tu berbondong2 la aku ngn iwe bawak la dia p klinik. nak ngangkat dia satu hal dah la besar gajah. mintak napas aku. round2 carik klinik yg ada xray tak jumpe last2 pegi kt hospital pakar perdana. nama je swasta nak tunggu xray pun makan masa berejam. pas tu doktor yg mengxray tu tak sure plak whether retak ke ape then pas pulak kat doktor pakar tulang. tunggu lagi. siap sume dah pukul 1. tapi lega la bila doktor cakap takde retak or patah. cuma mungkin terseliuh. dpt ubat sapu n tahan sakit. doktor tak suggest urut, tapi balik tu aku bantai urut je. meronta2 dia menahan sakit, melalak toksah cakap la, iwe yg pegang dia pun cam nak tumbang.


yg bulat tu la tempat yg doktor tak pasti ada retak ke hape, tapi mmg jelas ada nampak line putih. kat situ yg dia sakit sgt kot

hasilnya alhamdullilah, dengan izin Allah, malam tu dia bleh jalan balik, cuma terincot2 sket. lega hati aku tuhan je yg tau. bukan senang nak mengangkut dia ke hulu ke hilir kalu ditakdirkan dia takleh jalan lagi. so, malam tu bila budak berdua ni dah tdo, dalam kul 11 aku nak iwe pun kuar la pegi wakaf che yeh (tempat wajib pegi bila balik ktan) dan dia janji nak belanja aku makan sup belut.

ingat nak tengok2 je tapi terbeli jugak

aku cuma beli kain 4 pasang. sepasang utk mak mentua, sepasang utk mak aku dan lagi 2 pasang utk adik2 aku. utk aku aku beli kain cotton 2 pasang cuma RM35, kalu kat sini biasa baju kurung kain cotton sepasang dah RM50. kira lebih kurang la bila dah plus minus upah jahit lagi. xpun peram je dulu simpan buat baju raya nnti

dah la cite pasal cuti, selasa stat kije cam biasa, sekian...

hepi holiday

salam...
pagi tadi p kije aman tenteram je drive. siap pasang radio kuat2
x jammed langsung, lengang je jalan...al maklum kl kan cuti.
best nya kalu hari2 camni, xyah kuar rumah awal2 (awal ke?) haha
mood skang adalah mood dah nak cuti, jadi dah xde mood nak kije.
al kaedah besok last day kije, petangnya dah nak balik kg.
blk kelantan plak tu, sakit la tulang belakang aku, dan bercuti sampai monday nxt wk.
so, hepi holidays u oll

alhamdullilah..positive

Ceh, tajuk gempak semacam. tak bukan peknen ye kak non2 sekelian.

Tadi masa lunch kuar jap p klinik annur amik result pap smear yang aku buat last week.
Alhamdullilah, resultnya positive.
Dah 8 tahun kawen, baru ni aku buat test ni. Dah lama nak buat tapi asyik tangguh2, tak padahal bukan lama pun sekejap je.
Tapi kan, masa aku buat khamis last week, jumaat sampai ke sabtu tu rasa cramp semacam tang bawah perut. Perut plak rasa membengkak, boncit semacam. Hari ni baru ok.
At first, memang rasa malu dan rasa tak tergamak nak p jumpa doc semata-mata nak buat test ni tapi bila pikir2 balik come on la kan...pencegahan awal tu kan penting..tak gitu?
Ni ada sket info berkenaan test ni, sharing kan caring..


the procedure

How the test is performed?
You will lie on a table and place your feet in stirrups to position your pelvis for examination. The health care provider will insert instrument (speculum) into your vagina and open it slightly to see inside the vaginal canal.
The health care provider will take sample of cells from the outside and just inside the opening of the cervix by gently scrapping the outside of the cervix with a wooden or plastic spatula, then inserting a small brush that looks like a pipe clener into the canal.
The cells are placed on a glass slide or put in a bottle containing a preservative, and then sent to the lab for examination.
How to prepare for the test
tell your health care provider if you:
* are taking any medication
* have had an abnormal pap smear
* might be pregnant
within 24 hours of the test, avoid:
* douching
*having intercourse
* taking a tub bath
* using tampons
Avoid scheduling your pap smear while you have your period. empty your bladder just before the test.
How the test will feel?
You may have some discomfort, similar to menstrual cramps and a feeling of pressure during the procedure. You may bleed a little bid after the test.
Why the test is performed?
The pap smear can detect cancerous conditions of the cervix. Screening should start within 3 years after first having vaginal intercourse or by age 21. after the first test:
* woman should have a pap smear ever 2 years to check for cervical cancer
* if you are over age 30 or your pap smear have been negative for 3 times in a row, your doctor may tell you that you only need a pap smear every 3 years.
Normal Result
A normal value is negative, meaning there are no abnormal cells present
What about abnormal results mean?
the current system divides teh abnornal results into these main areas:
* ASCUS or AGUS, mean there are precancerous changes present
* LSIL (low grade dysplasia) or HSIL (high grade dysplasia), means precancer changes are likely to be present
* Carcinoma in situ (CIS), means the abnormal changes are likely to progress to cancer
Risk
There are no risks involved
So, kak non2 sekelian and to those mommies out there yang tak buat lagi test ni, p la buat ye

dilema mak budak

aku baru balik amik farisya dari tadika. becok mulut dia bercerita sume benda yg dia buat kat skool. dari belajar buat bulat2 sampaikan ke makan roti cicah air milo tapi nak tergelak plak bila tanpa aku tanya, penat katanya walaupun sekolah cuma 4 jam je. itu pun sepatutnya stat dr 8 pg tapi aku anta dia dah pukul 9, kadang kul 9 lebih. bukan ape kadang terpikir kesian kat budak2 zaman skang umur 3-4 thn dah diantar sekolah. kalau kita dulu umur 6 thn baru mak bapak anta tadika, baru nak mengenal abc. skang ni kalau masuk darjah 1 tak tau lagi membaca dah dikira termasuk dlm kategori ketinggalan

faris lagi kesian, waktu sekolah dr 8 pg sampai 12.50 tapi pukul 2 baru sampai umah. kadang pukul 3 pun penah sebab naik van yg mana majoriti budak2 duduk meru dan dia paling jauh dr sekolah, so driver van anta dia last skali. kadang bila sampai umah, time makan nasik cam lapar sgt2. teringat aku time aku sekolah rendah dulu. hari2 mak bawakkan bekal. time rehat tak payah berebut2 beli makanan. pegi balik sekolah dengan abah naik moto so sampai umah on time dan bila sampai makanan sume dah dihidang tinggal nak suap masuk mulut je. tapi keadaan sekarang berbeza, disebabkan mak terpaksa bekerja, jadik kita terpaksa dan dengan redha menyerahkan hal anak2 pada bibik (ni kes aku la). sedih sebenarnya, sebab how la i wish dpt anta anak pegi balik sekolah, dengar diaorg bercerita ape yg diaorg buat kt skolah dan spend more time ngn diorg tengok diorg buat homework sume.

nota kaki : dah bincang ngn iwe nak pindahkan faris kt sekolah setia alam, hopefully by feb takde la dia sampai umah lewat lagi, mintak2 dipermudahkan..