welcome 2011

selamat tahun baru 2011 semua.
pastinya ramai yg pasang macam2 azam utk tahun baru ni.
yg pasti azam aku tahun lepas byk yg tak materialized lagik.
so azam tahun ni cukup lah kiranya azam tu dpt dipenuhi sblm tanggal 31.12.2011 nnti.
insyallah...

cuti @ gambang resort, kuantan

salam u oll,
hari ni mood ada rajin sket tu yg korek gambar masa kitaorg p mandi manda kt gambang cuti awal muharam, 5/12/10 hari tu.

ni kira cuti x plan dan main redah je. walaupun short holiday tp best la jugak sebab budak2 hepi dpt main air sehari suntuk sampai kulit pun tukar kaler jadik dayang senandung. entrance tiket dia pun murah kalu nk compare ngn tmn tema tempat lain. tp yg tak best nya mak ngn bapak nye je tak puas ati sbb tak dapat nak layan main kt tempat yg extreme2 sebab bawak budak2.

ok enuf la with the stori mori lagipun cite dah basi, moh le nengok gambar je
masa ni kitaorg baru sampai sana dlm 1/2 jam. bertolak dr umah kul 11 sampai sana dlm kul 3 ingt bleh la check in trus..tp sbb "ter"pergi sana time cuti sekolah..nak check in pun kena beratur panjaang ya amattt...

so for those yg ada plan nk p sana avoid la p time cuti sekolah. kitaorg sampai sempat berkampung kt coffee house, mkn dan minum dan makan dan minum dekat 2 jam gak menunggu nak check in. finally, dlm kul 5 baru dpt kunci tp kitaorg letak brg je sbb bilik pun diorg tak kemas lagi.


sian kt budak peace yg dah berlengas tunggu check in lama sgt
lepas check in, trus tukarkan baju budak2 bawak p mandi pool sampai ke maghrib. malam tu kitorg makan tapau kt bilik je sebab kepenatan. tapi sempat jugak keluar kejap tengok magic n acrobatic show kt pentas sebelah pool.
so, next day..sume pepagi dah bangun excited nak mandi manda. lepas brekfast, trus tukar baju. actually diorg sediakan tram dari resort yg kitaorg stay nak ke theme park yg bleh tahan jauh jugak la kalau jalan kaki tapi disebabkan kitaorg malas nak beratur tunggu tram so naik kete saje lagi cepat sampai
hepi faris dpt main air lama2
kitaorg prefer main air kt area sini sebab ala2 manja je ombak buatannya, coco beach kot namanya tapi kadang kuat gak ombaknya. kalu naik pelampung besar tu tak pegang kuat2 bleh terlungkup masuk dlm air. tp sbb ramai sgt manusia sampai berlaga laga pelampung kt situ tak rela nk bekampung lama2. carik benda utk isik perut dulu. food dr luar not allowed plak tu. penat aku tapau beskut macam2. kesian tengok ada family tu yg dtg ramai2 tu siap bwk mangkuk tingkat segala bagai tp kena tinggal masa nak masuk sini.

bibik ngan budak asuhannyamacam dok kt tepi pantai plak

pastu kitaorg p kat area yg ganas sket. tapi yg tak best nya farisya takut plak sebab ada ikan pirana bermulut besar yg dok mencurahkan air dr mulut. skali dia gedebush..sakit tu air tu kena badan tu yg langsung dia berkepit je dia ngn aku pastu

inilah rupenya ikan yg farisya takut sangat tu

time : tengahari nak masuk petang

cuaca plak bleh tahan panas terik

aktiviti : puas berendam berjemur pulak,
maka hasilnya perubahan warna kulit dah nampak ala2 tukar kaler kelabu ala2 dayang senandung, sekian


dah nak balik dah, tata dr kami anak beranak

musim orang kawen

rasanya dah dekat sebulan aku peram entry ni. sebabnya dah elok2 taip bile time nak upload pic je fail. maklum la menumpang line wifi org sebelah umah yg tak bape nk kuat signal nya.


berbalik pd tajuk.. bila ujung2 tahun, lebih2 lagi cuti sekolah, ramai org amek kesempatan naik pelamin. so, ni cite kitorg p cousin kawen kt kluang.

mahyu & jueangah & saiful

To angah & mahyu serta pasangan masing2, selamat menjalani kehidupan berumah tangga dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. this is the second marriage for angah sebab jodoh ngn suami lama tak panjang. Sesungguhnya tuhan tu maha mengetahui, kan ke pompuan yg baik utk laki2 yg baik.

cite pasal kawen ni, teringat aku sometimes last week dapat kol dari adik ipar aku zol, dia nangis2 ngadu kat aku dia gado ngn bini dia (adik aku la tu). Nak tergelak aku, tapi kesian pun ada. kesian sebab aku tau sangat perangai hangin adik aku. walaupun badan dia cekeding bleh dilepuknye laki dia time diaorg gadoh. tu yg laki dia tepon aku mengadu nasib.

tapi adatlah, kawen mesti ada gadoh2, asam garam berumah tangga memang camtu. aku cuma nasihat dia jgn cepat gelabah. owg laki kena cool, kontrol keadaan. aku cakap kt dia even aku yg dah 8 thn kawen pun kadang2 saje carik gadoh (gadoh2 kan makin sayang) then, aku ckp kat dia tu kira proses mengenal luar dalam pasangan la sebab makin lama kita hidup ngan seseorg tu maka kita akan tau lebih banyak perangai2 yang tak best yang dulu time bercinta kita nampak sumenya indah belaka. so, belajar menerima pasangan seadanya sebab kita bukan nak hidup sehari dua je dgn dia tp akan habiskan sepanjang hayat kita bersamanya kalu diizinkan tuhan.


pic : jejaka macho ni tgh berdarah manis sbb dia plak bakal naik pelamin bulan 3 nnti

little update

dah lama tak cite apa2 kat sini. sebenarnya byk benda gak nk story tapi tak de masa nak update.
skang kan masih cuti sekolah. sian kat budak2 tak bawak diaorg p mana2. tu yg last wk masa cuti awal muharam p kuantan bwk diorg mandi manda. tu pun last minit plan, en suami tiba2 buat plan mengejut nk p gambang water park. so aku pun kemas lebih kurang sebab dok sana semalam je.
hasil drpd berkubang sehari suntuk tu balik2 dari gambang anak beranak jadik dayang senandung. paling ketara adik la, sampai la ni tak ilang lagi.
gambar nnti aku upload kalu ada masa.

tetiba touching

Hari ni digerakkan hati nak menulis setelah 2 bulan lebih belog ni tak berusik.


Time lunch tadi my old fren sms me bgtau satu perkara yg betul2 buat aku terkujat. Really terkujat. Dan sampai skang aku dok memikir perkara tu sampai sudah. Ape benda kandungan sms tu tak payah lah aku nak mention kat sini tapi "perkara" yg sama tu hampir2 terjadi pada aku bulan lepas, mujurlah Tuhan tu maha berkuasa. Ditemukan aku ngn org yang panjang pikirannya dan tinggi kesabarannya berbanding ngn aku yg dangkal segala2. Nauzubillah, kalau dipikir balik, aku mintak sangat dijauhkan la perkara ni dari menimpa diri aku sbb aku tau aku tak sekuat mana nak menghadapi kemungkinan hari esok.
Apa pun aku nak jadikkan perkara yg berlaku pd kwn aku tu sbg satu pengajaran utk diri aku. Sesungguhnya, aku sentiasa berdoa utk menjadi seseorang yang lebih menghargai dan menyanyangi orang2 yg berada sekeliling aku especially laki aku dan anak2 aku tapi kadang2 aku mudah leka dan cepat lupa diri.

Ya Allah, sedarkan aku untuk mensyukuri sgl nikmatMu...

farisya 3rd bday


4 nov 2010,


meningkat setahun lagi umur mak cik kecik kesayangan aku ni. perangai dia mengalahkan mak nenek dah skang. tp alhamdullilah aku bersyukur dari 1st day she was born sampai la skang ni, byk benda aku belajar dr dia, membesarkan anak satu perkara tapi nak mendidik dia menjadik "orang" tu yg lagi banyak cabarannya. motherhood is a neverending job kata orang, aku akui memang penat jadik mak orang, tapi aku bahagia tengok dia membesar.. tapi lagi bahagia jadik mak cik kecit ni. mana tak nye pagi celik2 je mata takmo mandi tp demand susu sambil tengok katun, layan katuunnn je sampai ke petang, pastu petang bila ayah dia balik kije, sure tunggu depan gate nak round2 naik moto tak pun pegi playground. best kan jadual dia hari2. takpe lah aku bagi chance sampai ujung tahun ni je. pastu insyaallah, tahun depan bleh sekolahkan dia. dah cukup la dia menghafal sume cite katun kt channel 613 tu.

so, to my always little gurl yg busuk bacin ni, ibu doakan adik sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yg berpanjangan dari Allah S.W.T, jadik gud girl yg buleh protect abg faris dan pembuli gak at the same time dan doa ibu agar adik jadik anak solehah dunia akhirat.

pendek kata, sebagai ibu bukan stakat hari ni, tapi hari2 aku sentiasa mendoakan yg terbaik untuknya..

bday present utk si kecik

Ni cite last week, hari khamis sebelum cuti deepavali. kebetulan hari tu bday budak kecit farisya aunie yg ke 3 thn. dah besar panjang budak bacin nih..hee suke panggil dia budak bacin tp dia idok le bacin. so, aku ngn en suami decided nk belikan dia katil baru so that dia bleh tido kat bilik dia sendiri. all this while, dia tdo berkepit bawah tiak aku lagik.

so, petang balik kije off we went to meru. tengok2 maka kitaorg pun belilah katil 2 tingkat dengan harapan si kecit ni tido kt bawah, yg tingkat atas tu aku nk susun bantal2 yg dah bertabur kt bilik faris sbb xde tempat nk letak.

doremon jugak yg menjadik pujaan hati..

katil siap je pasang si kecit tu trus susun kengkawan dia buat teman tido katanye..

tapi... sampai skang, walaupun ramai kengkawan dia temankan tido, aku gak la yg menjadik mangsa temankan dia tido sementara nak membiasakan mak cik kecik ni tido kat katil baru dia..

hai la anak..anak :)