selamat beraya

salam aidilfitri. mohon ampun salah dan silap andai ada terkasar bahasa.




lemau sudah

salam ramadan ke 24. bila dah masuk minggu last kije sblm cuti panjang ni rasa tak sabar pulak nak balik kampung. kije pun dah lemau je rasa nak buat. simpan la lepas naik cuti nanti buleh buat kije sambil ngunyah beskut raya (kalaula buleh kan best senah oi!)

malam tadi dapat buat kuih lagi sejenis. cornflakes madu. walaupun oven zaman batuku pada mulanya buat hal tapi berkat bukak-tutup bukak-tutup hasilnya tidaklah mengecewakan. budak-budak bila tengok maknya sibuk berkuntau buat kuih asikla dok tanya. aku bgtau la buat kuih nak bawak balik kampong. yelah, aku plan kalu dah buat siap-siap senang. nanti kat kampung beli je kuih tunjuk serba sikit buat tambah-tambah.

mak aku awal-awal dia dah bgtau dia memang tak buat kuih langsung tahun ni. biasa dia buat jugak kuih favorit zaman berzaman kami, tumpi ngn tempeyek. la ni bila dah sakit lutut dah tak larat. tu pun mujur dia buleh berjalan lagi walau pun dah tak sekuat mana. ada masa kronik tu sampai tahap mengesot dalam rumah. sedih aku mengenangkannya. tunggu ye tok pah, nanti bila kami dah balik kami pakat buat sume. kita anyam ketupat sesama, masak sesama barulah meriah. alahai rindu nya nak makan ketupat nasik. tahun lepas raya kat kelantan, langsung tak merasa. tahun ni nak makan puas-puas. haha buruk lantak ko senah.
yang penting pasni kena buat checklist hape benda nak angkut bawak balik kampung. takut nanti ada yg tertinggal bila last minit mengemas.

selingan gambo buka posa masa cuti nuzul quran minggu lepas. bufet kt area acapella apt sec 13 nun. buleh tahan murah, sorang rm30++ saje, budak rm15. kalu kt hotel mana nak dpt rate camni kan..
tapi elok masa nak buka posa tu ujan turun punya la lebat. ngan orang yg maha ramai, yelah dah nama pon bufet kan. merasa lah kami berbuka dengan tempias-tempias ujan sebab dpt meja kat luar




tak pe lah tempias pun sebab ada stimboat yg bleh refill tak henti-henti.

sampai sini saje la. nak kemas-kemas dah nak balik. balik ni nak singgah hero carik bahan buat biskut makmur la pulak. mintak2 la oven kertu aku tak buat hal malam ni


puasa day 22

salam semua

amacam ramadan ke 22 hari ni? cepat betul masa berlalu, tup-tup tinggal seminggu je ramadan akan pergi meninggalkan kita. tahun depan ntah jumpa lagi ke tidak

tahun ni turn beraya kat muar. tak balik kelantan. memang dari memula kawen dulu dah sign kontrak begitu rupe. kalu tahun ni muor, tahun dpn kelantan.. gitu. tak yah nak gadoh-gadoh.

so sebab tak balik kelantan tahun ni, tadi pagi dah kirim kuih raya sket kt mak mentua. tak banyak mana pun. kat sana kuih-muih ni tak berapa nak glamer. dorang prefer makan yang berat-berat kalau beraya. disebabkan semalam buat biskut semperit ngan biskut susu, tu yang beriya nak kirim bagai. home made cookies katanya.

tapi lawak tau. masa mula-mula buat semperit tu elok je rupenya tapi bila turn biskut susu dah macam harem. kejap kuar keras kematu. ade plak terhangit. alkekdah oven zaman batu kan (sendri tak pandai buat kuih, oven jugak yg salah!)
petang nya tak masak penat kononya buat kuih sampai 2 jenis kan. beli la lauk siap ngan kuih-kuih sikit. iwe pulak buka posa kt surau ngn anak-anak yatim.

yang ni cite minggu lepas.
saje la kan godek-godek hp terjumpa la gambar-gambar ni.
ni kalu tak silap masa iwe nak balik kelantan hari tu sempat aku mengentel karipap ni. bagi dia buat bekal sahur


assistant buat karipap

5 hari masa iwe balik kg hari tu, cuma sehari je kot aku masak. tu pun sebab dah tak tau nak tapau ape utk berbuka.

masak la jugak campak-campak janji kenyang
kuih beli

notakaki: malam ni lepas terawih ingat nak buat cornflakes madu la pulak

sebab aku takleh jadik cikgu


garang kan? tu la sebab aku takleh jadik cikgu kot...
teringat aku dulu masa kecik-kecik abah aku suke kalu anak-anak dia jadik cikgu. tapi tak kesampaian. aku kan garang. orang garang mana sesuwai jadik cikgu.
ajar anak sendiri pun kalu cakap 2-3 kali tak paham-paham mula la jadik king kong.



see the face... tau takot kalu mak king kong yang dok ngajor... haha
tu lah, hari tu bukan main lagi beriya mintak whiteboard ni, pastu asek la menyonteng ntah ape-ape. skali suh tulis betul-betul terus stress... sian kau makcik kecik

ps, entry lari tema bulan puasa.


kuih oder ke buat sendiri


mesti ramai dah pakat-pakat buat kuih raya kan. kalu pegi soping complex tu juling bijik mata tengok kuih raya macam-macam fesyen. sedia duit je, tunjuk-tunjuk bayor, senang cite. tapi biasalah kuih beli ni kadang rasa nya satu spesis je walaupun design canggih-canggih belaka. aku kalu bab kuih raya ni, like tahun-tahun sebelum ni pun memang beli saje. kalu buat pun takat 2-3 jenis. kuih wajib buat adalah conflakes madu, almaklum paling la senang kan. ingat ujung minggu ni bleh la buat sebab bahan dah beli hari tu. buat 2 balang nanti satu balang angkut balik kampung.



minggu lepas aku saje la teman budak opis yang bisnes kuih raya carik bahan buat kuih kat bagus. punya lah geram tengok. macam senang je kan skang ni kalu nak buat kuih. tepung pun ada yang dah siap-siap campur sukatannya. nak coklat macam-macam ada. tapi memandangkan tangan al-bangku buat kuih asek la tak jadi saje maka aku beli bahan bagi dia yang buat. dia tak ambik upah pun, kengkawan katanya.



ni tadi tengok kat fb ada la member tag kot-kot la nak oder kuih..




1. kuih paling seksi - puteri mandi

2. kuih paling gengster - lompat tikam

3. kuih paling keji - taik itik

4. kuih bajet cun - cek mek molek

5. kuih awet muda - seri muka

6. kuih paling alim - kuih ketayap

7. kuih penyakit lelaki kronik - batang burok

8. kuih paling bahaya - kuih bom

9. kuih paling tenteram - kuih makmur

10. kuih paling lembab - kuih siput

11. kuih suka pukul - kuih lompang

12. kuih dalam zoo - badak berendam



alahai.. lawak di petang ramadan ke 16 alrupenya..



dah nak balik ni. nak masak apa ntah utk buka posa petang ni. rasa malas semacam pulak dah. sebabnya cuma aku, janah ngn makcik kecit je yang nak makan pun. makcik kecit bukan posa pun. iwe ngan faris takde, balik kelantan dari sabtu lepas. tapau saje la senang cite. cam semalam. balik kije singgah pasar ramadan area umah tapau nasik kerabu 2 bungkus, nasik ayam ngn kuih sket. setel, tu pun kuih tergolek-golek tak berusik sampai sahur pagi tadi. ahad lepas lagi lah koboi, kitaorg buka posa kat kfc je. tengok lah nanti, al-masak campak-campak je pun ok. nanti kalau tapau karang, malam nak kena masak jugak utk sahur kan..



oklah, dah jam 5, sume pun dah pakat balik. tak mo lambat-lambat kuar nanti jalan sesak. selamat berbuka sume dan selamat bercuti sempena nuzul quran besok.





setengah bulan sudah

Salam semua,

pejam celik dah masuk setengah bulan kita berpuasa. hari ni dah masuk hari ke 15 ramadhan.

bulan puasa ni takde modal nak menceceh banyak kat belog. nak update gegambar menu buka posa manjang je lupa bawak cable hp. almaklum pakai kamera hp je, itu pun kalu teringat baru la amik.

tadi bukak fb, terbaca lah satu cite ni. kisah benar katenya.

baca punya baca, aku sangat terkesan ngn intipatinya. cite kalu bersangkut paut ngn hal mak bapak memang cepat buat hati aku tersentuh. baca cite ni mula lah terbayang wajah tua orang tua ku kt kampung nun.

mungkin ramai yg dah baca cite ni, tapi saje aku kopipes kt sini utk sharing.

Ini adalah cerita benar. Cerita mengenai seorang penulis yang berjaya.

Begini kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditebak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya.

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu dan ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan “liabiliti” tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang masih mempunyai ibu bapa tetapi mengabaikannya. Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka berkekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasullulah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Ya Allah, ampunkan lah dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku serta jadikan aku anak yang walaupun takkan dapat membalas jasa mereka sekurang-kurangnya aku tidak membebankan keduanya, aminnn...


salam ramadhan

salam ramadan sume..

kejap je dah masuk tiga hari kita puasa ek? alhamdullilah, tuhan panjangkan umur kita sume untuk bertemu ramadhan lagi tahun ni. mudah-mudahan kita sume dapat meningkatkan amalan kita di bulan baik ni. dah macam ustazah pulak er.. sesi mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
dari awal puasa hari tu aku cuma terawih secara solo je kat umah. tahun lepas dapat jugak terawih kt surau seminggu kalu tak silap. lepas naik bendera merah minggu kedua posa terus la terawih kat umah je sampai sudah. hajat memang nak buat berjemaah, almaklum pahalanya berganda tapi insyaallah weekend je la kot.

the best part bila posa ialah dapat balik awal. 5.30 camtu dah sampai umah. buleh la masak ngn jayanya seperti tahun-tahun sebelumnya. teringat dulu time baru-baru kawen almost sebulan kot terpaksa bukak posa dalam kete. almaklum balik mengharung jem. masa tu stay kt klang lama. tu kenangn dulu-dulu la. so, skang alhamdullilah sampai umah, siap masak, siap mandi sume pun buleh tengok tv jap sementara nak tunggu berbuka. first day posa hari tu aku masak ayam masak merah ngn kangkung goreng belacan. takdan nak amek-amek gambo pun. semalam balik kije kuar kul 5 tapi jem la pulak. ada eksiden. mujur tak lama dalam setengah jam je sangkut pastu dah ok. sempat la masak ikan bawal kari, ayam goreng kunyit ngn sayor campur. hari ni tatau lagi nak masak ape. tak kisah sangat pun, telur goreng pun dah sedap kalu sendiri yg masak kan? singgah jugak bazar ramadan. beli kuih-kuih atau makanan sampingan lain serba sikit yang tekak rasa teringin nak makan. tu pun 2 hari ni cuma beli kat bazar ramadan area umah je. dah tak koser nak bersesak-sesak mengharung jem bagai. besok-besok kalu nak berbuka kat luar pun kena booking awal, datang awal. tak nak la nanti dah masuk waktu oder air tak sampai-sampai. bukan ape, dah penah terkena dah sebelum ni.

bila dah beranak pinak ni (ceh macam la ramai sgt anak) dah tak teruja sangat nak bercite pasal persiapan raya. biasa pun persiapan tu mesti lebih pada budak-budak je. cuma aku kalu bab carik baju raya memang suka shopping awal-awal. dah masuk bulan posa dok je dendiam kat umah. last week sempat la nyopping, tu pun beli baju budak-budak. baju melayu nya dah beli minggu sebelum nya lagi. sorang sepasang je cukuplah. baju raya taun lepas kalu muat bleh recycle balik. mak budak pun sama. selai cukup, cuma ayah je yang belum shoping lagi. sume pun ala kadar. bersederhana kan lebih baik.

so, akhir kata semoga amalan kita di bulan berkat ini adalah lebih baik dari tahun-tahun lepas hendaknya. Kerana setiap dari kita meyakini bahawa datangnya bulan Ramadhan adalah membawa sebuah keberkatan dari Allah SWT untuk kita semua sebagai hambaNya.

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya, ertinya : dari Abu Hurairah RA, bahawasanya saat Ramadhan tiba datang kepada kalian bulan yang penuh berkat yang mana pada bulan tersebut engkau diwajibkan berpuasa dan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka serta syaitan turut dibelengu. dan dalam bulan tersebut ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. (riwayat Ahmad, anNasa'i dan Baihaqi)

renung-renungkan dan selamat beramal